400 Orang Terkaya Amerika Lwn Masai

Dalam tinjauan pada 1985 oleh Ed Diener (Universiti Illinois) dan Martin E.P. Seligman (Universiti Pennsylvania) dalam “Psychological Science in the Public Interest” (Julai 2004),  responden daripada senarai Forbes bagi 400 orang terkaya Amerika dan puak Masai di Afrika Timur memperolehi kepuasan yang hampir sama dan kesejahteraan yang agak tinggi.

Puak Masai adalah golongan penggembala tradisional yang tidak mempunyai bekalan elektrik mahupun air paip dan tinggal dalam pondok yang diperbuat daripada najis binatang.

Kajian berkenaan menunjukkan kemajuan ekonomi dan pendapatan peribadi tidak menjamin kebahagiaan yang sering dikaitkan dengannya.

Panduan CAP: Buku Mencari Erti Bahagia Boleh didapati di sini