Jika anda melihat di bahagian bawah mana-mana bekas plastik boleh diguna semula pada hari ini, anda mungkin melihat label yang mengisytiharkannya sebagai “bebas BPA”, BPA (atau Bisphenol A) digunakan untuk membuat polikarbonat, plastik keras yang kelihatan dan terasa seperti kaca tetapi ringan dan hampir tidak boleh pecah dan terdapat di dalam banyak produk isi rumah.
BPA adalah pengganggu endokrin, dan ramai saintis percaya ia boleh menyebabkan kanser dan kemudaratan kepada reproduktif. Pakar kesihatan mengatakan lebih daripada 90% pendedahan kita kepada BPA datang daripada proses menelan, daripada bekas makanan plastik dan botol yang boleh melarut resap bahan kimia ke dalam makanan dan minuman.
Di Malaysia, tinjauan lepas dan ujian bersama CAP dengan Rangkaian Penghapusan Pencemaran Antarabangsa (IPEN), dan juga Institut Wonjin bagi Kesihatan Pekerjaan dan Persekitaran (WIOEH), mendapati BPA terdapat dalam banyak produk (botol penyusuan bayi dan air, pemadam, kertas haba, dan pelet plastik yang digunakan untuk plastik kitar semula). Walaupun Malaysia secara sah melarang polikarbonat dalam botol penyusuan bayi yang mengandungi BPA pada 2012, ujian kami pada 2022 mendapati ia masih terdapat dalam botol air. Kami juga menemui BPA dalam botol pemberian makanan “bebas BPA” (https://consumer.org.my/ms/bahan-kimia-toksik-ditemui-dalam-botol-air-dari-malaysia-kuatkuasakan-pengharaman-ke-atas-botol-mengandungi-bpa/).
(Penemuan CAP mengenai BPA dalam pemadam dan kertas haba: https://consumer.org.my/ms/cap-bahan-kimia-pengganggu-endokrin-ditemui-dalam-pemadam-dan-kertas-termal/. Penemuan CAP mengenai BPA dan bahan kimia lain dalam pelet plastik: https://consumer.org.my/cap-toksik-kimia-ditemui-dalam…/)
Dalam beberapa tahun kebelakangan ini, produk bebas BPA telah membanjiri pasaran. Program Talking Point menyiasat bagaimana produk tersebut masih melarut resap bahan kimia yang menjejaskan tubuh kita dan melihat beberapa alternatif.