AGROEKOLOGI BERI LALUAN UNTUK PENDEBUNGA

Esei oleh Kuganesh Ravientheran (Pelatih CAP)

Pada hakikatnya manusia tidak akan dapat bertahan, dan ekosistem Bumi akan musnah jika kita tidak mempunyai pendebunga. Oleh itu, pendebungaan bukan sekadar sejarah yang menarik. Ia adalah fungsi penting bagi setiap bahagian kitaran ekologi dunia. Tiga perempat daripada tumbuhan berbunga dunia dan 35% tanaman lain membiak dan dapat tumbuh melalui pendebungaan.

Pendebunga termasuk burung, kelawar, lebah, penyengat, kupu-kupu, rama-rama, kumbang, dan mamalia kecil lain yang mengangkut biji-bijian debunga daripada anter (bunga jantan) kepada stigma (bunga betina), dan proses ini dikenali sebagai pendebungaan. Pendebungaan yang berjaya membolehkan tumbuh-tumbuhan menghasilkan semula dan menghasilkan biji, buah-buahan, dan generasi tumbuh-tumbuhan yang seterusnya.

Walaupun pendebunga adalah agen asas, amat menyedihkan untuk melihat kepupusan spesies ini akibat amalan pertanian moden, perubahan iklim, kehilangan habitat dan kemerosotan kepelbagaian tanaman. Kegiatan pertanian secara intensif dan berskala besar mengancam pendebunga ini kerana ia kehilangan habitat tempat bersarang dan mencari makan, yang akhirnya mengurangkan populasinya. Ini merupakan satu ancaman yang amat menakutkan kepada ekosistem. Satu pendekatan untuk melindungi pendebunga adalah melalui amalan agroekologi, menyatukan prinsip pertanian dan ekologi ke arah sistem pengeluaran makanan yang mampan. Mari kita melihat beberapa cara untuk melindungi pendebunga daripada sudut pandangan agroekologi.

Pengurusan Makhluk Perosak

“Melindungi lebah adalah tugas ekologi, mendorongnya kepada kepupusan adalah satu jenayah ekologi. Ancaman terhadap lebah adalah ancaman bagi manusia.” – Dr Vandana Shiva, Presiden Navdanya International

Racun makhluk perosak amat kuat untuk pendebunga kerana ia boleh mengubah ciri fisiologi dan tingkah laku serta membunuh pendebunga. Contohnya, racun makhluk perosak seperti neonikotinoid dan racun makhluk perosak berterusan lain yang boleh menyebabkan Gangguan Keruntuhan Koloni (CCD) pada lebah madu, di mana lebah pekerja hilang dan tidak pernah kembali ke koloni, meninggalkan ratu dengan kekurangan lebah dewasa yang sihat di dalam sarang lebah.

Kajian menunjukkan bahawa gangguan bekalan lebah madu menaikkan harga bagi kacang, buah-buahan, dan sayur-sayuran yang ditanam dalam negara yang amat bergantung kepada pendebungaan untuk pertumbuhan. Selain itu, pendebunga mungkin terdedah kepada racun makhluk perosak dengan berbagai cara, termasuk sentuhan langsung dengan sisa semburan pada tumbuh-tumbuhan, menelan debunga dan nektar yang tercemar, atau pendedahan kepada bahan atau tempat sarang yang tercemar. Oleh itu, amalan pengurusan makhluk perosak yang mesra pendebunga amat penting.

Pengurusan makhluk perosak tanpa bahan kimia, terutamanya di kawasan penanaman berskala besar, sering diabaikan oleh petani kerana mereka memilih cara yang lebih cepat untuk membunuh makhluk perosak. Walau bagaimanapun, saintis telah menunjukkan bahawa kawalan biologi, menggunakan agen seperti serangga pemangsa dan mikrob dan pencegah semula jadi yang dirumuskan daripada tumbuh-tumbuhan, menunjukkan hubungan pemangsa dan parasit. Selain memangkas dan membuang tumbuh-tumbuhan yang berpenyakit atau diserang makhluk perosak, membuang makhluk perosak dengan tangan, dan penggunaan perangkap yang boleh melindungi pendebunga. Kita juga boleh menanam jenis tumbuh-tumbuhan yang tahan kepada makhluk perosak.

Lebih-lebih lagi, rangka kerja baharu yang dipanggil Pengurusan Pendebunga dan Makhluk Perosak Bersepadu (IPPM) telah dicadangkan kerana Pengurusan Makhluk Perosak Bersepadu (IPM) tidak secara jelas dianggap ‘mesra pendebunga’. IPPM adalah pendekatan baharu yang mengutamakan pendebungaan dan kawalan biologi untuk mempromosikan pengeluaran makanan yang lebih mampan.

Rumpai Makanan Pendebunga

Rumpai sering dianggap tumbuh-tumbuhan yang tidak diingini di ladang. Tetapi, adakah anda percaya bahawa rumpai membantu meningkatkan hasil tanaman, bertindak sebagai kawalan makhluk perosak semula jadi, dan mengekalkan kepelbagaian tumbuh-tumbuhan dan serangga? Rumpai menyediakan sumber makanan seperti nektar, tempat bersarang untuk serangga bermanfaat, terutamanya pendebunga sebelum, semasa, dan selepas tanaman mekar. Di samping itu, rumpai meningkatkan kepelbagaian ekosistem agro. Persekitaran yang pelbagai dan bervariasi dapat mengelirukan dan mengalihkan makhluk perosak serta meningkatkan musuh semula jadi berbanding kawasan penanaman monokultur, sehingga mengurangkan wabak makhluk perosak.

Oleh itu, petani tidak perlu menggunakan racun makhluk perosak untuk membunuh makhluk perosak. Oleh sebab itu, terimalah beberapa jenis rumpai di ladang anda. Contohnya, kita boleh menetapkan kawasan tertentu di sekitar atau di tepi ladang untuk rumpai tumbuh. Terdapat rumpai yang cantik di Malaysia seperti Rumput Kekupu (Creeping Spiderwort), Lakum Air (Cacabean), Timun Padang/Pokok Pang Bulu (Wild Water Lemon), Akar Mempelas (Sandpaper Vine), Bunga Tahi Ayam (Spanish Flag), Daun Sekentut (Lesser Malayan Stinkwort), Senduduk (Stone Leaf, Straits Rhododendron), Seri Pagi (Morning Glory) dan Setawar Halia (Malay Ginger) yang dapat digunakan untuk tujuan estetik.

Membuang rumpai yang menyerang boleh membahayakan tumbuh-tumbuhan dan membiarkan rumpai asli tumbuh di kawasan tertutup akan memberikan manfaat. Jangan gunakan sebarang pendekatan bahan kimia untuk membunuh rumpai. Sebagai gantinya, kita boleh menggunakan alatan tangan atau membuang rumpai dengan tangan.

Ladang yang terletak berhampiran habitat semula jadi seperti hutan yang mengandungi pendebunga asli menyebabkan pendebungaan yang mencukupi. Namun begitu, biasanya, pendebunga asli tidak dapat melimpah dan menembusi ladang besar. Oleh itu, kadar pendebungaan akan menjadi lebih rendah memandangkan ia perlu meliputi kawasan yang luas. Oleh itu, membuat jalur atau poket rumpai berbunga di kawasan pertanian adalah amat penting. Ini bukan sahaja dapat membantu pendebunga tetapi juga membantu tanaman yang tumbuh untuk melakukan pendebungaan kerana ia mempunyai habitat alternatif untuk mendapatkan bekalan makanan sepanjang musim. Walau bagaimanapun, pertumbuhan rumpai sebagai sebahagian daripada sistem pengurusan makhluk perosak masih menjadi perdebatan yang berterusan kerana pencerobohan yang lebih cepat, tetapi mempertahankannya dengan cara yang baik dan melihat faedahnya amat bermanfaat untuk mengekalkan kepelbagaian pendebunga.

Ketahui Amalan Pertanian

Tanaman giliran, tanaman penutup bumi, penanaman dua atau lebih tanaman dan tanah yang dibajak adalah sesuatu yang kita semua pernah dengar sebelumnya dan dianggap sebagai amalan pertanian mesra ekologi. Menariknya amalan pertanian asas ini sangat mempengaruhi pendebunga. Selain daripada tanaman berbunga, baja dan tanaman penutup bumi juga menyediakan makanan untuk pendebunga daripada awal sehingga tanaman utama dituai atau ditanam. Sistem penanaman dua atau lebih tanaman di mana kita boleh menanam tanaman berbunga seperti kekwa, bunga daisi, bunga matahari dan bunga marigold di antara tanaman yang tumbuh dengan ketara adalah kaedah yang berkesan untuk menarik pelbagai pendebunga. Nanas sering ditanam sebagai tanaman kontan di antara pokok palma yang belum matang sementara menunggu pokok palma mula mengeluarkan hasil. Lebih-lebih lagi, tanaman yang berakar umbi seperti lobak merah, tomato, parsnip dapat ditanam secara bersilang dengan sayur-sayuran seperti brokoli dan salad.

Tanah yang dibajak adalah di mana tanah akan dikacau atau dibalik-balikkan menggunakan jentera bagi persediaan untuk bercucuk tanam dan mengurangkan pemadatan tanah. Terutamanya, kebanyakan pendebunga tinggal di bawah tanah atau di pangkal tumbuh-tumbuhan hampir sepanjang tahun. Oleh itu, pembajakan yang dalam dan kerap akan memusnahkan tempat tinggal dan membunuh pendebunga. Mengamalkan pembajakan cetek (kurang daripada 4 inci) atau amalan tidak membajak boleh mengurangkan risiko pendebunga. Selain itu, jenis pembajakan tanah yang berisiko rendah seperti kelajuan pembajak atau bilah bajak hanya mengganggu permukaan tanah sambil meninggalkan tanah yang lebih dalam tidak terjejas. Disarankan juga untuk mengusahakan hanya sebahagian daripada tanah pertanian pada tahun tertentu sehingga setiap larva pendebunga berkembang di kawasan bersarang yang tidak terganggu dapat berkembang sepenuhnya, muncul dan mencari daerah baharu untuk bersarang.

Menjamu Pendebunga dengan Makanan Sedap

Memilih tanaman yang betul adalah ramuan penting untuk menarik pendebunga. Biarkan ia menjadi kebun kecil atau kawasan pertanian yang lebih besar; menanam satu tanaman utama akan mewujudkan persekitaran yang buruk bagi tumbuh-tumbuhan untuk membiak dan tumbuh. Pelbagai tanaman menarik pendebunga yang pelbagai, yang akhirnya membantu meningkatkan hasil tanaman yang ketara. Contohnya, memilih tanaman berbunga yang mekar pada masa yang berbeza dalam setahun memastikan bekalan nektar dan debunga yang konsisten kepada pendebunga. Petani dapat membolehkan sekurang-kurangnya tiga hingga empat spesies tanaman tumbuh sepanjang tahun. Ia tidak semestinya tanaman berbunga, tetapi tanaman buah-buahan dan sayur-sayuran yang membantu petani memperoleh pendapatan juga boleh ditanam. Lebih-lebih lagi, warna dan bentuk bunga atau buah-buahan  tanaman yang berbeza, lebih baik ditanam dalam rumpun, kerana ia amat berkesan untuk pendebungaan.

Pertumbuhan tumbuh-tumbuhan tahunan dan bertahan lama dalam agro-ekosistem amat digalakkan. Pembentukan tumbuh-tumbuhan asli, termasuk bunga liar dan pokok renek yang  berbunga di sepanjang pinggir ladang, menarik lebih banyak pendebunga liar dan asli. Amalan ini dapat berfungsi sebagai tempat bersarang untuk serangga lain yang bermanfaat, dengan itu dapat mengekalkan rantaian makanan yang stabil dan kitaran ekologi. Paling  penting, pertanian organik tanpa sebarang input agrokimia dan penyediaan sumber bunga yang lebih tinggi menyumbang kepada kesan penstabilan yang konsisten terhadap kepelbagaian pendebunga.

Malangnya, amalan pertanian secara relatifnya tidak berkembang, mengubah ekosistem dengan cepat selama bertahun-tahun. Sebagai hasilnya, terdapat pengurangan besar dalam jumlah populasi pendebunga selama beberapa dekad yang lalu. 90% daripada tumbuh-tumbuhan di dunia ini memerlukan pendebunga untuk pertumbuhan yang berterusan. Seiring dengan perjalanan waktu, pergantungan kita kepada pendebunga akan bertambah seiring dengan bertambahnya penduduk kerana tumbuh-tumbuhan memerlukan pendebunga untuk membiak, berubah menjadi makanan yang kita makan setiap hari.

Kesimpulannya, agroekologi adalah konsep penyelamat di mana ia membolehkan alam semula jadi dan pertanian saling memanfaatkan antara satu sama lain. Memaksimumkan hasil tanaman dan mengekalkan kepelbagaian pendebunga dapat dicapai melalui amalan pertanian mampan. Bukan hanya petani tetapi setiap daripada kita masing-masing bertanggungjawab untuk melindungi pendebunga. Malah taman kecil yang ditanam secara organik di rumah anda akan menyelamatkan makhluk-makhluk yang paling cantik dan amat berfungsi ini.