Penerbitan baharu CAP, “Agroekologi Untuk Semua: Inisiatif di Malaysia”, meneroka amalan terbaik agroekologi melalui pengalaman peribadi petani kecil, pekebun bandar, komuniti, institusi sosial dan pendidikan serta individu.
Penerbitan ini mengetengahkan agroekologi sebagai cara untuk berusaha ke arah kedaulatan makanan, di mana kawalan benih kekal di tangan petani dan tanah digunakan dengan cara yang mampan dari segi ekologi.
Kami memaparkan di sini petikan penuh daripada buku itu untuk menggalakkan lebih ramai rakyat Malaysia mengamalkan pertanian bandar yang mampan. Jangan lupa untuk kongsikan dengan saudara-mara dan rakan anda untuk menyebarkan ilmu pengetahuan ini.
(Gambar menunjukkan Vimala Sahadevan yang mengusahakan kebun bandar [di sebelah kanan] menerima salinan buku CAP, “Agroekologi Untuk Semua: Inisiatif di Malaysia”.)