“AGROEKOLOGI UNTUK SEMUA: Inisiatif di Malaysia” – KEBUN BANDAR

Keluarga yang menjaga alam sekitar dalam aktiviti harian mereka. Dari kiri Prabahar, Mullaimalar, Lingesh dan Sakama.

MULLAIMALAR PRABAHAR
Agroekologi Bermula Di Rumah

(Bahagian 1)

Kerja dan aktiviti harian keluarga Mullaimalar membuktikan tanpa keraguan bahawa agroekologi bermula dari rumah. Keluarga ini melaksanakan amalan alam sekitar terbaik dengan berhati-hati. Dalam proses itu, pada tahap yang ketara, mereka meminimumkan kerosakan yang ditimpakan ke atas alam sekitar. Sepanjang perjalanan, mereka membimbing rakan, saudara, dan kenalan untuk menempuh jalan yang sama.

Anjung depan rumah Mullai dipenuhi dengan kunyit, misai kucing, daun jintan (Indian borage), kemangi, belalai gajah, daun sirih, pirandai, Solanum trilobatum, dan pandan, yang semuanya penuh dengan nilai perubatan.

Tanaman ini memenuhi dapur Mullai dalam bentuk jus, makanan ringan, dan pembersih udara. Sementara kunyit yang kaya dengan curcumin digunakan dalam masakan, daun kunyit pula dikeringkan dan ditambah kepada asap suci tradisional yang bertujuan untuk membersihkan udara. Mullai mendakwa aroma asap itu menyegarkan dan melegakan paru-paru tersumbat.

Daun jintan yang disebut-sebut sebagai penggalak imun, ditambah pada adunan dosa (lempeng India) dalam bentuk pes sebelum dijadikan sebagai dosa.

Mullaimalar memastikan keluarganya diberikan makanan yang terbaik dan walaupun kebun di balkoninya kecil ia memainkan peranan penting di dalamnya.

Suami Mullai, Prabahar, menyokong penuh langkah keluarga itu ke arah kehidupan yang lebih hijau. “Selalunya, sebarang penyelewengan daripada norma lazim mencetuskan reaksi negatif. Hampir tidak ada orang yang mengusahakan kebun di blok pangsapuri kami.

Pihak pengurusan pengsapuri tidak menggalakkan sesiapa pun untuk berkebun. Kami sahaja yang menanam pelbagai jenis tanaman. Ada kalanya, daun kering daripada tanaman kami jatuh di unit di tingkat bawah, dan ulat gonggok yang tidak berbahaya menemui jalan ke rumah jiran, yang mana kami menerima amaran daripada pihak pengurusan.

Jadi, manusia telah merosot sehingga ia tidak bertolak ansur dengan apa-apa selain spesiesnya sendiri,” kata Prabahar.

Kebanyakan bahan pencuci dan detergen isi rumah mengandungi ftalat, parabens, plumbum, triclosan, dan oxybenzone. Bahan kimia ini terbukti sebagai neurotoksin, mengganggu sistem endokrin manusia, dan menyebabkan ketidakseimbangan hormon serta penyakit pernafasan.

Fosfat yang terdapat dalam detergen dan mesin basuh pinggan mangkuk menyebabkan alga berkembang dan membunuh ikan serta haiwan akuatik lain dengan mengurangkan oksigen di dalam air.

Kebebasan untuk semua makhluk hidup. Sakama dan Lingesh suka memberi makan burung.

Seseorang itu boleh mengelakkan bahan kimia toksik ini dengan memilih agen pembersih yang mesra alam.

Anak lelaki Mullai, Lingesh, menyediakan sendiri cecair mikroorganisma (EM) yang berkesan. Maklumat yang dikumpul daripada internet menyedarkan beliau mengenai banyak cara EM boleh disediakan dengan kos yang minimum. (Lihat Bahagian 2)

Menyatakan alam sekitar sebagai alasan, seluruh keluarganya kini mengamalkan vegetarian. Malah, anak Mullai, Lingesh, yang pertama kali mengamalkan vegetarian, selepas itu ahli keluarga yang lain mengikutinya.

Keluarga itu juga menyediakan susu vegetarian mereka sendiri (lihat Bahagian 2 untuk resipi). Kami disambut dengan susu kacang tanah yang kaya dengan protein. Keluarga itu juga mendakwa susu itu boleh membuatkan seseorang itu bertenaga sepanjang hari.

Mullai melahirkan rasa puas hati kerana melalui amalan harian yang sihat itu, dia dapat melihat anak-anaknya membesar sebagai insan yang bertanggungjawab terhadap alam sekitar dan masyarakat.

Agroecology Fund