AYAM: Tidak lebih selamat daripada daging merah

Dibesarkan dengan makanan bahan kimia, antibiotik dan hormon pembesaran, ayam yang anda makan boleh mengandungi banyak sisa bahan kimia toksik yang berkumpul dalam daging.

Pada 1998, CAP menguji ayam dan mendapati ia tidak selamat untuk dimakan – 89% sampel yang diuji didapati mempunyai kuman yang kebal kepada sekurang-kurangnya 1 daripada 5 antibiotik yang biasa diberikan kepada manusia untuk membunuhnya.

Menurut kajian pada 2018 (Journal of Food Protection), “Kehadiran sisa antibiotik dalam ternakan ayam dan daging serta produk daging melangkaui had maksimum yang dibenarkan adalah satu masalah yang serius serta membimbangkan”.

Kajian CAP mendapati penggunaan antibiotik yang berleluasa dalam ladang komersial. Pada Januari 2016, CAP mendapati antibiotik erythromycin (kini diharamkan) boleh diperolehi dengan meluas di kedai menjual makanan haiwan.

Pada 2012, Sarawak mengharamkan import produk makanan proses Ayamas tertentu disebabkan oleh chloramphenicol yang diharamkan dikesan dalam sampel frankfurter ayam.

Kekebalan ini boleh dipindahkan kepada manusia apabila mereka makan daging – ia bermakna mereka dengan jangkitan boleh sakit dalam tempoh yang panjang dan berisiko mati serta epidemik penyakit ini berpanjangan.

Di Amerika Syarikat, apabila program berita TV menguji pelbagai bahagian ayam yang dijual, mereka mendapati hampir separuh daripada ayam itu tercemar dengan bakteria berbahaya yang biasanya berasal daripada usus dan najis haiwan ketika sembelihan.

Itulah sebabnya ayam itik merupakan sumber nombor satu penyakit bawaan makanan bagi manusia di Amerika Syarikat, menyebabkan anggaran 1,680 kematian setahun dan berjuta kes perut tidak selesa atau keracunan makanan.

PENUH DENGAN KEKOTORAN

Dalam kajian ke atas industri ternakan di Amerika Syarikat, yang menemubual pemeriksa ayam persekutuan mendapati kilang ternakan ayan itik sering merupakan sisa daging, membuang penyakit yang jelas kelihatan atau bahagian yang tercemar dan menjual bahagian selebihnya sebagai sayap, kaki atau dada yang dibungkus.

Di kilang penyembelihan di sana, beribu ayam tidak berbulu dan terkeluar isi perut dimasukkan bersama ke dalam air tangki sejuk, mewujudkan campuran yang dikenali sebagai “sup najis” yang merebakkan pencemaran daripada ayam kepada ayam. Pengguna Amerika Syarikat membayar bagi “sup najis” ini apabila mereka membeli ayam memandangkan sehingga 15% berat ayam itik terdiri daripada “sup najis”. Jabatan Pertanian Amerika Syarikat mengeluarkan kajian pada 1988 yang mengaku bahawa membasuh tidak cukup untuk membuang kuman Salmonella yang ditinggalkan oleh pencemaran najis, malah selepas 40 kali dibilas berturut-turut!

KAYA DENGAN KOLESTEROL 

Ramai orang takut dengan paras lemak dan kolesterol yang tinggi dalam daging lembu dan daging “merah” lain, memakan lebih banyak ayam, mempercayai bahawa ayam itik adalah alternatif yang sihat. Mereka silap.

Ayam itik juga mengandungi kira-kira jumlah kolesterol yang sama seperti daging lain. Dengan kaedah pengeluaran moden, ia juga mempunyai lemak yang tinggi seperti daging lain. Lemak dalam daging ini bukan hanya kelihatan kekuningan yang anda boleh lihat dan dibuang di bawah kulit.

UNTUK MAKLUMAT LANJUT: Lihat PANDUAN CAP: Keburukan Makan Daging. Boleh diperolehi di sini