Sulfit – boleh memburukkan asma bagi mereka yang sensitif. Di samping boleh menyebabkan masalah perut, pandangan kabur, pening, pernafasan tidak teratur, sesak nafas dan kerengsaan saraf. Ia juga mengurangkan paras Vitamin B1 secara drastik bagi mereka yang dietnya kekurangan vitamin.
Sulfur dioksida – dikaitkan dengan mutasi dan kanser.
SULFIT & SULFUR DIOKSIDA
- Natrium sulfit (E221)
- Natrium bisulfit (E222)
- Natrium metasulfit (E223)
- Kalium metabisulfit (E224)
- Kalium sulfit (E225)
- Kalsium sulfit (E226)
- Kalsium hidrogen sulfit (E227)
- Kalium bisulfat (E228)
- Sulfur dioksida (E220)
Sulfit mencegah sayuran dan buahan (termasuk buahan kering seperti aprikot) daripada menjadi perang selepas ia dikupas, dan memastikan sayuran kelihatan segar malah jika ia lama dan basi.
Sulfit sering digunakan dalam kentang goreng di kedai makanan segera dan restoran untuk mengelakkannya daripada menjadi perang selepas kentang dikupas.
Industri arak juga menggunakan sulfit untuk menghentikan arak daripada bertukar menjadi cuka dan mengekalkan warnanya.
Sulfur dioksida ialah gas yang terbentuk apabila sulfur dibakar. Ia juga terjadi secara semula jadi. Ia larut dalam air untuk membentuk asid sulfurus. Asid ini membentuk satu siri garam yang dipanggil sulfit dan metabisulfit yang digunakan sebagai pengawet makanan.
Kepingan buahan kering boleh kekal bertahan berjam lamanya dalam cecair sulfit sehingga sulfur dioksida menembusi sepenuhnya kepingan itu.
Anggur sering diasapi dengan sulfur dioksida bagi mencegah pertumbuhan kulat. Sulfit juga digunakan untuk mencegah ragi dan pertumbuhan bakteria dalam makanan dan untuk menghentikan minyak dan lemak daripada bertukar menjadi tengik, dengan itu memanjangkan lagi jangka hayatnya.
Ia juga digunakan sebagai pengawet warna dalam makanan laut seperti udang dan udang karang.
Kegunaan lain ialah sebagai agen pemutih untuk memutihkan tepung dan makanan berkanji dan sebagai pensteril peralatan dan bekas makanan di kilang makanan dan kilang bir. Natrium metabisulfit (serbuk putih yang digunakan untuk mensterilkan botol) menunjukkan label amaran bahawa ia “berbahaya jika tertelan, hubungi doktor, jauhi daripada kanak-kanak”.
Disebabkan ia digunakan dalam begitu banyak makanan, ia mudah memakan sejumlah besar sulfit.
Dipetik daripada PANDUAN CAP: Jauhi Bahan Kimia Dalam Makanan
Boleh didapati di sini: https://consumer.org.my/ms/product/jauhi-bahan-kimia-dalam-makanan-2/