Belanjawan 2021: Ulasan Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) dan Sahabat Alam Malaysia (SAM)

Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) dan Sahabat Alam Malaysia (SAM) mengalu-alukan belanjawan pada umumnya secara keseluruhannya ia boleh dilihat sebagai maklum balas kepada cabaran yang dihadapi dalam situasi semasa dengan pandemik Covid-19 dan kemerosotan ekonomi. Baiknya ia dinyatakan sebagai belanjawan pengembangan dan merangkumi semua.

Kami gembira melihat banyak cadangan untuk membantu terutamanya golongan B40, syarikat mikro, Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS), golongan berusia, orang kurang upaya, dan komuniti orang asli. Belanjawan juga mengakui dan memberikan pengiktirafan kepada barisan hadapan yang membantu menangani pandemik Covid-19.

Mengenai Alam Sekitar:

 Kami merasa gembira untuk melihat lebih banyak penekanan mengenai alam sekitar dan pertama kali penekanan diberikan kepada Matlamat Pembangunan Mampan (SDG) dengan peruntukan RM20 juta untuk Dana Amanah MYSDG.

Kami juga mengalu-alukan perkara berikut:

RM400 juta untuk semua negeri bagi perlindungan biodiversiti. Ini merupakan langkah pertama yang baik kerana ia akan membantu negeri melindungi biodiversiti dan hutan. Adalah penting untuk memastikan bahawa ia diuruskan dengan baik dan pihak negeri menggunakan sumber ini dengan baik dan memastikan bahawa mewartakan hutan ini sebagai hutan perlindungan dan memastikan ia kekal dalam perlindungan mereka.

Memberikan perhatian yang lebih dalam memastikan sungai bersih daripada sampah dan sisa termasuk bagi meningkatkan penguatkuasaan dan aktiviti pemantauan. Kami berharap dengan peningkatan peruntukan untuk ini, sungai kita akan dilindungi dengan lebih baik dan kita akan melihat kurangnya berlaku gangguan air akibat daripada pencemaran air.

Baik juga untuk melihat RM20 juta diperuntukan untuk mengambil 500 bekas tentera dan polis serta Orang Asli untuk mengawal hutan. Ini amat diperlukan untuk mencegah aktiviti haram termasuk pembalakan, pemburuan dan penyeludupan hidupan liar.

Kami juga mendapati bahawa terdapat cadangan untuk melancarkan Bon Lestari (Sustainable Bonds) untuk menyokong aktiviti alam sekitar termasuk menggalakkan pelaburan Lestari dan Bertanggungjawab. Pelaburan dan dana ini seharusnya diuruskan dengan sebaiknya dan digunakan dengan penuh ketelusan.

Sesuatu yang baik untuk melihat lebih banyak penekanan ke atas galakan untuk teknologi hijau dan kecekapan tenaga.

Menggalakkan pertanian organik. Ini juga satu langkah yang baik.

Kami merasa kecewa kerana ketiadaan pernyataan khusus berhubung menangani perubahan iklim, khususnya dalam bidang penyesuaian bagi menyediakan negara daripada kesan sampingan perubahan iklim, dengan kenaikan suhu dan meningkatnya taburan hujan dan sebagainya. Kami ingin melihat lebih banyak penekanan diberikan berhubung perkara ini.

Kami juga merasa kecewa dengan dana yang diperuntukkan bagi menyediakan pinjaman untuk mengembangkan ladang hutan. Perladangan pokok bukan hutan dan pembangunan ladang ini di masa lalu membawa kesan sampingan kepada alam sekitar dan komuniti yang bergantung kepada hutan.

Bagi pengguna, kami mengalu-alukan usaha bagi langkah yang diambil untuk kehidupan yang lebih sihat dalam kalangan rakyat Malaysia. Ini termasuklah membekukan pengeluaran lesen import bagi rokok dan mengenakan duti eksais ke atas peralatan rokok elektronik dan bukan elektronik dan cecair vape bermula pada Januari 2021.

Kami melihat ke hadapan terhadap pengenalan skim manfaat pengangguran bagi mereka yang tidak berada di bawah Sistem Insurans Pekerjaan (EIS). Kami berharap agar pengguna berjimat-cermat dalam mengeluarkan simpanan KWSP mereka dalam Akaun 1 kerana simpanan itu merupakan simpanan “untuk masa depan”.

Kami juga turut mengalu-alukan usaha dalam menggalakkan pengangkutan awam dengan menyediakan insentif untuk pengguna. Kami juga turut merasa gembira kerana terdapat langkah untuk menyemak semula Akta Kredit Pengguna memandangkan kami telah lama menggesa supaya ia diteliti semula dan ia menjadi lebih berkaitan disebabkan oleh pandemik.

Memandangkan jurang antara pendapatan minimum kebangsaan dan kos sara hidup semakin meningkat, kami berharap kerajaan akan melihat kepada keadaan yang membolehkan bagi bayaran pendapatan sara hidup oleh majikan.

 

6 November 2020