Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) menggesa Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) membenarkan penyembelihan ayam itik di pasar memandangkan pengguna seharusnya mempunyai pilihan antara ayam itik yang telah siap diproses dan dengan ayam itik yang disembelih di pasar basah.
Alasan untuk tidak melakukan penyembelihan ayam itik di pasar basah itu tidak cukup kuat kerana terdapat cara untuk mengelakkan masalah sedia ada serta menolak amalan itu sebagai tidak bersih dan juga isu pelupusan sisi yang tidak sihat. Masalah itu boleh ditangani.
Gesaan kami adalah sebagai tindak balas kepada pembinaan pusat pengedaran ayam itik di pasar Batu Lanchang oleh MBPP. Ia dijangka siap pada tahun depan, secara perlahan menghapuskan penyembelihan ayam itik di pasar basah dengan pusat pengedaran ini akan mengedarkan ayam itik yang siap diproses kepada 126 penjual ayam itik di 26 pasar di Pulau Pinang.
Ia mungkin kelihatan bersih, tetapi masa yang diambil untuk memproses ayam itik sehingga masa ia diedarkan kepada peruncit perlu dianggap sebagai mungkin mengambil masa berjam-jam untuk berbuat demikian. Sebarang ayam itik yang tidak terjual perlu dibekukan, jika ia dismpan dalam bahagian penyejukan, ia boleh bertahan selama satu hingga dua hari menurut maklumat keselamatan makanan yang disediakan oleh agensi kerajaan Amerika Syarikat. Kualitinya akan kekal baik jika disimpan pada suhu -18°C tetapi jika terdedah kepada pendedahan yang berpanjangan dan berulang kepada kenaikan suhu seperti peningkatan suhu 6°C, ia akan mengalami kehilangan kualiti yang ketara dalam bentuk kelembutan, rasa, aroma, kandungan air dan warna daging.
Peningkatan suhu seperti itu adalah tidak mustahil memandangkan kemerosotan peti sejuk beku dari masa ke semasa, dan pelanggan membuka dan menutup peti sejuk beku untuk memilih ayam itik yang dibeli.
Kita juga perlu mempertimbangkan masa yang diambil bagi ayam itik yang disembelih di pasar sehingga masa ia dimasak berbanding ayam itik yang diproses dari ‘kilang’ yang disembelih berjam-jam atau sehari sebelumnya, dengan mengandaikan ayam itik itu dimasak segera selepas tiba di rumah dari pasar.
Faktor lain yang perlu kita lihat ialah ayam itik beku tidak bermakna ia bebas bakteria. Peti sejuk beku hanya memperlahankan percambahan mikroorganisma seperti salmonella dan campylobacter yang biasanya menyebabkan keracunan makanan.
Bagi keadaan bahagian ayam itik di pasar basah yang tidak bersih dan kotor pada masa ini boleh ditangani.
Bagi sistem semasa, ayam itik kebanyakannya di sembelih di atas lantai dan dengan itu kotor dan tidak bersih. Walaupun lantai dibasuh di akhir hari, darah belu, lemak, dan sisa tinggalan bahagian ayam itik itu tidak dapat dielakkan memasuki longkang. Bagi anggota dan bahagian lain ayam itik, kebanyakannya dibuang ke dalam tong sampah tidak bertutup dan ini akan menarik burung dan haiwan untuk menyelongkarnya.
Oleh itu, Pertubuhan Makanan dan Pertanian (FAO) menyarankan bagi penyembelihan, darah dalam kes ini bagi ayam itik dikumpulkan dan dibekukan menjadi pejal untuk mencegah ia daripada longkang tersumbat. Darah juga boleh digunakan untuk pengeluaran makanan ternak atau baja. Penutup tong sampah yang besar boleh diubah suai dengan tempat buka yang lebih kecil dengan penutup yang boleh dibuka untuk mencegah haiwan daripada menyelongkarnya. Penjual ayam itik enggan untuk menutup tong sampah seperti itu kerana ia amat berat dan besar. Pasang perangkap lemak untuk membantu membersihkan tisu lemak dalam air sisa.
Masalah bahagian peruncitan ayam itik sedia ada yang ‘tidak bersih’ di pasar basah tidaklah tidak dapat diatasi; ia hanya memerlukan beberapa idea untuk menstruktur semula sistem tanpa ‘membuang masa atau menghasilkan sesuatu yang sudah pun ada’. Sehubungan itu, CAP menggesa MBPP supaya memperkenalkan kemudahan yang membolehkan penjual ayam itik untuk terus menyembelih ayam itik dengan cara tradisional tetapi dengan cara yang bersih.
Kenyataan Akhbar, 29 Mac 2020