Bukannya buah, kacang dan herba asli, makanan proses yang anda beli boleh mempunyai bahan kimia berikut sebagai perisa:
- Vanila – Piperohal (derivatif benzena yang berbau kuat digunakan untuk membunuh kutu)
- Strawberi – Benzyl acetate (pelarut nitrat digunakan untuk membuat simen penyambung filem)
- Nanas – Etil asetat (digunakan untuk membersihkan kulit dan tekstil)
- Pisang – Amil asetat (juga digunakan untuk membersihkan kulit dan tekstil)
- Raspberi – Etil butirat (bahan kimia aromatik)
- Kopi, durian & nangka – Mercaptan (bahan kimia berbau kuat)
- Kacang – Butyraldehid, juga dikenali sebagai butil aldehid (ramuan dalam simen getah)
MENURUT sumber industri, kira-kira 100 warna yang berasal dari bahan kimia yang berbeza, perisa dan aroma digunakan dalam produk makanan setiap hari, terutamanya dalam industri minuman dan konfeksi.
Bahan makanan popular seperti santan, minuman isotonik, yogurt, aiskrim, pencuci mulut, agar-agar, puding buah, daging vegetarian tiruan (contohnya sosej vegetarian dan bebola daging), mi segera, kordial, makanan yang dibakar (contohnya roti), susu pekat, biskut, kek, minuman bersoda dan gula-gula sering mengandungi perisa ini.
Tetapi walaupun ia berperisa bahan kimia, nama perisa yang disebutkan pada produk makanan sering mengelirukan kerana menggunakan nama yang hampir serupa.
Beberapa contoh nama yang kabur bagi perisa sintetik ialah “perisa plum masam”, “perisa keladi”, “perisa oren”, “perisa ceri coke”, “perisa ginseng liar”, “perisa tutty-fruity” dan “perisa pudina”.
Petikan daripada “Jauhi Bahan Kimia Dalam Makanan”: Boleh diperolehi di sini:
https://consumer.org.my/ms/product/jauhi-bahan-kimia-dalam-makanan-2/