Terdapat keperluan segera bagi ketelusan yang lebih besar dalam pendedahan pada peringkat amalan dan bayaran bagi pengarah entiti kaitan kerajaan (GLEs), demikian penekanan dalam buku baharu yang diterbitkan oleh Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP).
Buku, How Much is Hidden? Pay for Elites in Government Linked Entities, membuat gesaan ini pada ketika kebimbangan orang ramai berhubung prestasi yang tidak memenuhi syarat sesetengah GLEs dan pengakuan betapa perlunya penggunaan sumber kerajaan yang lebih sempurna dalam persekitaran ekonomi semasa yang semakin mencabar.
GLEs termasuklah syarikat pelaburan berkaitan kerajaan (GLICs) dan syarikat berkaitan kerajaan (GLCs) serta badan berkanun, yayasan, syarikat tujuan khas, institusi kewangan pembangunan dan pelbagai agensi di peringkat negeri.
Kes tidak memenuhi syarat yang didokumentasikan terhadap beberapa GLEs terkemuka menimbulkan persoalan terhadap kecekapan lembaga pengarah mereka dan kesesuaian amalan ganjaran upah mereka. Oleh itu terdapat keperluan untuk memastikan bahawa prestasi pengarah GLEs dalam mentadbir dan menguruskan entiti ini sepadan dengan paras bayaran mereka. Seharusnya terdapat kejelasan bukan hanya bagaimana prestasi diukur tetapi juga jumlah bayaran yang diterima oleh lembaga.
Buku ini mendapati pada 2017, setiap pengarah eksekutif GLEs (termasuk CEOs) memperolehi purata sebanyak jumlah minimum pendapatan 308 pekerja. Lebih lanjut, median bagi bayaran pengarah bukan eksekutif GLEs meningkat 19.9% daripada 2016 kepada 2017, manakala kadar pertumbuhan median upah dan gaji pekerja hanya 7.7%.
Angka ini menimbulkan antara lain kepada persoalan mengenai perbezaan bayaran. Contohnya, adakah pengarah eksekutif GLEs bekerja 308 kali lebih keras berbanding pekerja yang menerima bayaran terendah? Adakah jurang bayaran atas bawah yang meluas ini dapat dibenarkan dari sudut ekuiti dan kecekapan? Dan bagaimana perkara ini tepat dengan Wawasan Kemakmuran Bersama yang dilancarkan baru-baru ini yang menggesa pembahagian sumber yang lebih adil?
Menurut buku itu, bayaran bonus, yang tidak seperti gaji tidak ditetapkan dalam jumlah, boleh tertakluk kepada salah guna. Oleh sebab itu, jumlah bonus yang besar mungkin juga perlukan pengawasan. Anggaran tertinggi nisbah bonus kepada gaji yang didedahkan dalam buku ini ialah: 618% (dalam tahun kewangan 2015) untuk Pemangku Presiden dan CEO S P Setia Bhd; 600% (Tahun kewangan 2017) untuk Pengarah Urusan dan CEO IHH Healthcare Berhad; dan 433% (Tahun Kewangan 2017) untuk CEO Telekom Malaysia Berhad.
Pengarang How Much Is Hidden?, Marizah Minhat dan Nazam Dzolkarnaini adalah ahli akademik kewangan dan perakaunan berpangkalan di United Kingdom bagaimanapun menegaskan bahawa penemuan buku itu meliputi tempoh kewangan 2013-2017, adalah berdasarkan jumlah maklumat yang terhad dan exercise of judgement oleh pengumpul data, ini disebabkan laporan bayaran pengarah GLEs tidak konsisten dan mencukupi, yang memerlukan lebih banyak ketelusan dalam bidang ini.
Contohnya, seperti yang dinyatakan oleh buku ini, GLEs terkemuka seperti Khazanah Nasional Berhad, Permodalan Nasional Berhad (PNB) dan Malaysia Airlines Berhad tidak menerbitkan laporan saraan mereka. Bagi sesetengah GLEs seperti PETRONAS dan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (EPF) yang tidak melapotkan perkara ini, pendedahan mengalami kekurangan butiran yang mencukupi. Amalan pendedahan juga tidak juga tidak konsisten dalam kalangan GLEs yang berbeza; contohnya sesetengah GLEs mengumpulkan bersama beberapa komponen bayaran dalam satu angka. Di atas semua ini, komponen bayaran kompleks seperti pilihan saham yang diberikan kepada pengarah sering didedahkan dengan tidak mencukupi dan nilai sebenarnya tersembunyi atau tidak dimasukkan.
Berhubung penemuan ini, buku ini mendedahkan beberapa kebimbangan utama. Pertama, GLEs tidak tersenarai tidak tertakluk kepada keperluan pendedahan walaupun pada hakikatnya mereka memperolehi manfaat daripadanya dan diberikan kepercayaan untuk menguruskan sumber awam. Kedua, bagi banyak GLEs tersenarai, lebih banyak anggaran yang boleh dipercayai daripada setiap komponen bayaran lembaga (gaji, bayaran, elaun, bonus, geran/pilihan saham, bayaran pasca bersara, manfaat) dan peboleh ubah kepada ketetapan nisbah bayaran tidak dapat diperolehi disebabkan pendedahan bayaran dibuat berdasarkan agregat merentasi beberapa komponen. Sebagai tambahan, buku ini juga mendedahkan beberapa keadaan faedah istimewa yang luar biasa dan manfaat yang diberikan kepada pengarah GLEs, mempersoalkan sama ada ganjaran seperti itu adalah wajar dari sudut perspektif ekonomi.
Bagi menghapuskan keadaan yang tidak jelas yang mengelilingi saraan pengarah GLEs, Marizah dan Nazam mencadangkan bentuk pendedahan bayaran yang standard bagi semua GLEs, yang boleh dilihat daripada model Peraturan Laporan Saraan Pengarah United Kingdom. Ketelusan yang lebih besar akan membolehkan lebih banyak pengawasan yang berkesan dan diberitahu oleh orang ramai, yang merupakan pemegang taruh GLEs. Ini selaras dengan kepentingan awam dalam menambah baik urus tadbir GLEs dan memastikan sumber diuruskan dengan lebih cekap bagi pihak mereka.
Buku ini cuma dalam Bahasa Inggeris. Klik di sini untuk membeli
Siaran Akhbar, 17 Oktober 2019