Demam Babi Afrika (ASF) ialah penyakit berjangkit babi yang dahsyat, dan biasanya membawa maut. Tidak ada vaksin untuk memerangi virus ini. Ia tidak menjejaskan manusia atau spesies haiwan lain selain daripada babi dan babi hutan. Penyakit ini boleh berjangkit sama ada melalui sentuhan haiwan secara langsung atau melalui penyebaran makanan yang tercemar (contohnya sosej atau daging mentah).
Pada 17 Disember lalu, Jabatan Perkhidmatan Veterinar (DVS) mengesahkan bahawa Demam Babi Afrika (ASF) dikesan pada babi hutan di Bidor dan Sungkai di Perak dan Jerantut di Pahang. Jabatan itu dalam satu kenyataan berkata penularan penyakit virus ini adalah terkawal dan tidak termasuk babi komersial.
Bagaimanapun, seminggu kemudian wabak ASF dilaporkan di tujuh ladang babi komersial di Paya Mengkuang di Masjid Tanah, Melaka.
Antara langkah yang diambil oleh Jabatan Perkhidmatan Veterinar (DVS) untuk membendung wabak ASF ialah dengan mengeluarkan Notis Perintah Kuarantin kepada ladang babi yang berkaitan dan menyekat pergerakan babi. Babi dari ladang yang berkaitan juga akan dimusnahkan di bawah Seksyen 19 Akta Haiwan 1953 (Pindaan 2013) manakala babi dari ladang yang disahkan bebas jangkitan dibenarkan disembelih di pusat penyembelihan yang diluluskan sahaja, bagaimanapun, sembelihan dan daging babi tidak dibenarkan untuk diangkut ke negeri lain.
DVS juga memberi jaminan kepada pengguna bahawa ASF bukanlah penyakit zoonotik yang bermakna ia tidak berjangkit kepada manusia; namun sebagai langkah keselamatan, daging babi mesti dimasak pada suhu sekurang-kurangnya 70°C selama 30 minit untuk membunuh virus.
Apa yang membimbangkan ialah ASF ialah virus yang menular, tidak boleh dirawat dan selalunya membawa maut dan sedang melanda populasi babi diseluruh dunia. Walaupun manusia tidak boleh dijangkiti penyakit itu, saintis telah memberi amaran bahawa fisiologi babi hampir sama dengan fisiologi manusia, dan mutasi virus pada masa hadapan mungkin menjadi berbahaya kepada manusia.
Umumnya babi yang dijangkiti ASF akan mengalami suhu badan yang tinggi dan kehilangan selera makan; gejala lain termasuk muntah, cirit-birit, dan kesukaran bernafas serta berdiri. Tiada rawatan untuk penyakit ini manakala bagi sesetengah versi pula boleh mempunyai kadar kematian 100% dalam keadaan tertentu. Penyakit ini tidak sama dengan selesema babi.
ASF boleh berjangkit melalui sentuhan langsung dengan haiwan yang dijangkiti. Babi hutan telah dikenal pasti sebagai salah satu daripada beberapa kemungkinan penyebab penyebaran baru-baru ini. Ia juga boleh merebak melalui serangga seperti kutu.
Satu lagi kebimbangan dengan ASF ialah virus itu boleh disebarkan melalui manusia yang menjejak baja atau rembesan badan lain dari lokasi ke lokasi yang berfungsi sebagai vektor mekanikal virus.
Menurut laporan oleh Pertubuhan Kesihatan Haiwan Sedunia, penemuan pertama penyakit ini di Malaysia, telah dilaporkan pada pertengahan Februari tahun ini. Ia dikesan pada sekurang-kurangnya 300 ekor babi di tiga daerah iaitu Pitas, Kota Marudu dan Beluran di Sabah.
Virus ini juga boleh bertahan beberapa bulan dalam daging yang diproses, dan beberapa tahun dalam sembelihan beku.Oleh itu penyebaran penyakit ini menerusi produk daging menjadi kebimbangan khusus nya penghantaran rentas sempadan.
Dipercayai bahawa penyakit ini pada mulanya dibawa dari Afrika Timur melalui produk babi yang tercemar. Selama bertahun-tahun ASF ditemui terutamanya di Afrika, walaupun terdapat wabak di Eropah pada tahun 1950-an dan telah mengambil masa beberapa dekad untuk dihapuskan. Pada 2007, virus ini telah dikesan di Georgia, dan walaupun terdapat usaha penyelarasan, virus ini telah merebak secara meluas, pada mulanya melalui Eropah Timur dan Rusia, dan baru-baru ini ke Eropah Barat, apabila babi hutan di Belgium didapati dijangkiti penyakit ini. Virus ini kini telah melonjak ke negara Cina, dimana separuh populasi babi domestik dunia berada dan ianya sedang membiak dengan begitu cepat.
Kerajaan seluruh dunia kini meningkatkan langkah berjaga-jaga untuk melindungi industri babi domestik mereka. Denmark telah merancang untuk membina tembok untuk menghalang babi hutan memasuki negara tersebut. Perancis juga telah membuat rancangan untuk membina tembok di sepanjang bahagian sempadan Belgium. Jerman pula telah melonggarkan undang-undang mengenai pemburuan babi hutan sebagai sebahagian daripada rancangannya untuk mencegah penyakit itu merebak.
Terdapat laporan bahawa virus ASF boleh bertahan lama dalam daging yang tidak dimasak atau pun diawet dan virus ini didapati boleh bertahan selama lebih setahun dalam se jenis ham tertentu. Penularan dalam daging dan/atau sisa daging yang telah diberi makan kepada babi adalah salah satu cara ASF telah bergerak ke seluruh Eropah Timur dan Cina.
Memandangkan makanan yang mengandungi daging dan produk daging mampu untuk menyebarkan virus ASF, pihak berkuasa Malaysia harus segera mengharamkan pemberian swill (cebisan makanan/sisa makanan) kepada babi di negara ini.
a dekad untuk dihapuskan. Pada 2007, virus ini telah dikesan di Georgia, dan walaupun terdapat usaha penyelarasan, virus ini telah merebak secara meluas, pada mulanya melalui Eropah Timur dan Rusia, dan baru-baru ini ke Eropah Barat, apabila babi hutan di Belgium didapati dijangkiti penyakit ini. Virus ini kini telah melonjak ke negara Cina, dimana separuh populasi babi domestik dunia berada dan ianya sedang membiak dengan begitu cepat.
Kerajaan seluruh dunia kini meningkatkan langkah berjaga-jaga untuk melindungi industri babi domestik mereka. Denmark telah merancang untuk membina tembok untuk menghalang babi hutan memasuki negara tersebut. Perancis juga telah membuat rancangan untuk membina tembok di sepanjang bahagian sempadan Belgium. Jerman pula telah melonggarkan undang-undang mengenai pemburuan babi hutan sebagai sebahagian daripada rancangannya untuk mencegah penyakit itu merebak.
Terdapat laporan bahawa virus ASF boleh bertahan lama dalam daging yang tidak dimasak atau pun diawet dan virus ini didapati boleh bertahan selama lebih setahun dalam se jenis ham tertentu. Penularan dalam daging dan/atau sisa daging yang telah diberi makan kepada babi adalah salah satu cara ASF telah bergerak ke seluruh Eropah Timur dan Cina.
Memandangkan makanan yang mengandungi daging dan produk daging mampu untuk menyebarkan virus ASF, pihak berkuasa Malaysia harus segera mengharamkan pemberian swill (cebisan makanan/sisa makanan) kepada babi di negara ini.
Surat Kepada Pengarang, 29 Disember 2021