Terma “empty calories” bukan bermaksud makanan itu tiada atau kosong kalori, tetapi ia membawa maksud makanan tersebut mempunyai kalori yang tinggi, di mana penyumbang kalori tersebut datangnya dari kebanyakannya hanya gula dan lemak. Sebaliknya, nilai nutrisi makanan sebegini adalah rendah – makanan demikian digelar makanan “empty calories”. Nilai nutrisi yang dimaksudkan adalah seperti serat, protein, vitamin dan mineral.
Contoh makanan “empty calories” ini adalah seperti gula-gula, minuman berperisa yang manis, kek, dan donut (bersalut manisan).
Pengambilan makanan seperti ini mungkin tidak begitu mengenyangkan tetapi menyumbang kalori yang agak tinggi. Pengambilan “empty calories” yang berlebihan boleh meningkatkan risiko obesiti. Maka, kurangkanlah pengambilan “empty calories”.
~ disunting dari panduan Pusat Maklumat Pemakanan Johor
Sumber: Nutritionist KKM