KURANG Dan URUS – Tidak Menyelesaikan Masalah Pembaziran Makanan.
Persatuan Pengguna Pulau Pinang ( CAP ) berpandangan bahawa mengurangkan sisa makanan dan menguruskan Sisa Makanan suatu perkara yang berbeza. Namun kedua-duanya tidak akan menyelesaikan isu utama iaitu Pembaziran Makanan. Pembaziran merupakan suatu amalan yang ditegah oleh agama Islam dan dilarang Allah swt. Firman Allah swt , Barangsiapa mengamalkan amalan boros / membazir, maka di adalah saudara Syaitan, dan Syaitan adalah makhluk yang sangat ingkar kepada Tuhannya.” Surah Al Isra 27
Kenapa berlaku perkara ini, Ianya adalah strategi ekonomi yang ampuh untuk merancakkan pertumbuhan dan kemajuan Negara, yang bergantung kepada produk dan perkhidmatan, permintaan dan penawaran. Akar permasalahan ini ialah “Double size” atau “Big Size” yang diorientasikan dalam budaya masyarakat pengguna kini. Mari kita menerjah, di Hotel, Mall, Restoran, Premis makanan segera, Food Truck, Bazar, dan hatta di dalam sosial budaya Masyarakat, Istilah Double size atau Big Size ini sudah sebati dan sinonim dengan pengguna di Malaysia.
Jika hendak makan, istilah double scoop, king kong size, tambah, Big Cup, Borong, longgok, hidangan kambing golek dan hidangan tradisi ala kampung di hotel, semuanya adalah merupakan menifestasi kepada terhasilnya amalan membazir, boros dan lahap ketika hendak makan.
Merujuk kepada laporan Sinar Harian, Sinar Siasat 27hb Mei 2019 Isnin, menjelaskan bahawa punca makanan yang masih elok dibuat bertan-tan adalah datang dari Premis kediaman, bazar ramadhan dan buffet ( Majlis berbuka puasa, dan Hotel ). Fakta 4,600 tan makanan yang masih elok dibuang harus dilihat sebagai punca masalah peningkatan kos sara hidup kini dan faktor ekonomi yang lain.
“ Berapa banyakkah Dosa yang telah di lakukan akibat terlalu kenyang dan makan dengan lahap. Berapa banyak pula pahala yang gugur kerananya. Sesiapa yang dapat mengawal dirinya dari kejahatan perutnya, maka sesungguhnya ia telah melindungi dirinya daripada kejahatan yang besar. Syaitan mempunyai pengaruh yang besar ke atas orang yang kenyang perutnya.” ( Ibn Al Qayyim ).
Malangnya kita masih belum sedar, wujudnya masalah ini mengakibatkan pengguna menanggung kesan yang amat besar. Sampah Sisa Makanan yang di hasilkan pengguna di Malaysia sehari mencecah 16,500 tan sehari pada bulan Ramadhan, atau 4,000 tan makanan yang belum disentuh dibazirkan sepanjang hari dibulan Ramadhan. Pada sisi lain pula pengguna berhadapan dengan Kos Sara hidup yang tinggi. Harga barang yang tinggi, kos untuk mendapatkan makanan yang mahal, kebergantungan Negara kepada import makanan yang amat tinggi, iaitu mencecah berbilion ringgit setiap tahun.
Penyelesaian kepada perkara ini tidak pernah hadir. Kita masih bergelut dengan Istilah penyelesaian untuk “mengurangkan” dan “menguruskan” pembaziran makanan. Apabila akar / jiwa kepada masalah ini tidak pernah ditanggani. “Hentikan”, atau “Hapuskan” pembaziran tidak dilihat sebagai matlamat untuk mengatasi masalah ini. Hal ini tidak boleh dikompromi lagi. Amalan yang tidak baik seharusnya dihentikan, bukanya di kurangkan atau diuruskan dengan baik.
Akibatnya pengguna dan rakyat terpaksa menanggung kos yang tinggi, beban dari segi harga yang mahal, kos sara hidup yang meningkat, perbelanjaan dana rakyat yang double untuk, “ Mengurus” dan “Mengurangkan” pembaziran makanan dalam masyarakat.
Justeru Itu CAP menggesa agar Hentikan Pembaziran makanan dalam Buffet yang wujud di Majlis dan Hotel ketika ramadhan, perayaan dan musim kunduri-kendara. CAP sekali lagi menegaskan dan beranggapan mengurus dan mengurangkan pembaziran makanan tidak akan sama sekali menyelesaikan isu pembaziran makanan malah terlalu banyak sumber ekonomi yang terpaksa Negara dan rakyat bazirkan.
CAP beranggapan bahawa Isu Pembaziran Makanan yang wujud kini merupakan suatu Jenayah yang dilakukan oleh masyarakat pengguna. Kita Merompak makanan daripada orang miskin dan membuangnya.
KENYATAAN MEDIA, 27 Mei 2019