Institusi kewangan tidak boleh menyumbang kepada kemusnahan hutan dan tanah gambut serta jerebu rentas sempadan

Memandangkan krisis iklim dan biodiversiti semakin meningkat, kredit kepada syarikat komoditi yang berisiko kepada hutan meningkat 60 peratus antara 2020 dan 2021.

Laporan terbaharu, yang dikeluarkan hari ini oleh Forests & Finance Coalition, dengan ahlinya termasuklah Rainforest Action Network, Profundo, TuK Indonesia, Bank Track, Amazon Watch, Reporter Brasil, Friends of the Earth US dan Sahabat Alam Malaysia (SAM), mendapati bahawa tiada satu pun daripada bank dan pelabur terbesar dalam sektor AFOLU (Pertanian, Perhutanan dan Penggunaan Tanah Lain) yang berisiko tinggi mempunyai dasar alam sekitar, sosial dan tadbir urus (ESG) yang mencukupi. Forests & Finance penganjur platform ketelusan yang tiada tandingannya mendedahkan aliran kewangan kepada syarikat komoditi yang berisiko kepada hutan terbesar di dunia yang beroperasi di kawasan hutan tropika. Set data (extensive, searchable dataset[1]) yang boleh dicari dan meluas baharu sahaja dikemas kini untuk memasukkan kredit, pegangan bon dan pegangan saham pada September 2022.

Secara keseluruhannya, laporan itu mendapati bahawa dasar bank global terus mempunyai dasar yang tidak mencukupi untuk menghalang pembiayaan penebangan hutan, huru-hara iklim dan penyalahgunaan hak asasi manusia. Wang terus mengalir kepada syarikat komoditi yang berisiko terhadap hutan dengan cara yang sebahagian besarnya tidak terhad. Sejak Perjanjian Paris ditandatangani, bank telah menyalurkan USD 267 bilion ke dalam syarikat komoditi yang berisiko kepada hutan, dan sehingga September 2022, pelabur memegang USD 40 bilion dalam bon dan saham dalam komoditi yang berisiko kepada hutan.

“Kini sudah diketahui bahawa krisis berkembar ini melibatkan perubahan iklim dan kehilangan biodiversiti mendedahkan ancaman kepada generasi, skala planet, namun, institusi kewangan dunia sebenarnya meningkatkan lagi pinjaman mereka kepada industri yang mendorong kemanusiaan ke tepi jurang,” kata Tom Picken, Pengarah Kempen Forest and Finance dengan Rainforest Action Network dan ahli pengasas Forests & Finance Coalition[2]. “Penilaian terbaharu ini menunjukkan bagaimana bank besar dan pelabur institusi tidak melihat kepada masa ini yang amat mendesak dan dasar sektor kewangan yang kekal tidak mencukupi serta berbahaya. Dengan sektor pertanian, perhutanan dan guna tanah menyumbang kepada 23 peratus daripada pelepasan karbon global, adalah jelas sekali bahawa kita mestilah merombak peraturan yang mengawal pembuatan keputusan bank dan pelabur jika kita ingin memenuhi kecemasan iklim global, biodiversiti dan hak yang kita hadapi.”

Penilaian baharu terhadap 200 bank dan pelabur terbesar dalam komoditi yang berisiko kepada hutan global di kawasan hutan tropika menimbulkan kebimbangan yang serius. Secara keseluruhannya, skor purata hanyalah 1.6 daripada 10 dan 59 peratus institusi kewangan mendapat skor di bawah 1 yang amat membimbangkan, ia menunjukkan kegagalan besar untuk mengurus dan mengurangkan risiko alam sekitar, sosial atau tadbir urus. Hanya 3 institusi kewangan yang mendapat skor 7 atau lebih tinggi yang masih memberikan ruang yang besar untuk penambahbaikan dan tidak menggambarkan keperluan mendesak dengan yang mana dunia mestilah menangani perubahan iklim dan kehilangan biodiversiti.

Taklimat ringkas itu mengetengahkan peranan kewangan untuk dua sektor pemusnah hutan terutamanya: sektor pulpa dan kertas di Asia Tenggara dan sektor daging lembu di Amazon.

Industri pulpa Asia Tenggara boleh dikaitkan dengan lebih 170,000 hektar penebangan hutan pada tahun-tahun yang lepas. Namun, sejak Perjanjian Paris, sektor ini telah menarik kredit sebanyak USD 23.6 juta. Lima bank terbesar yang membiayai bahagian pulpa Royal Golden Eagle dan Sinar Mas di Asia Tenggara antara 2016 dan September 2022 ialah: Bank Rakyat Indonesia (USD 4.3 bilion), Bank Mandiri (USD 2.7 bilion), Bank Central Asia (USD 2.5 bilion) dan Bank Negara Indonesia (USD 1.4 bilion); dan British Barclays (USD 2 bilion). Purata skor untuk polisi pulpa dan kertas bagi bank-bank ini hanyalah 1.3 daripada 10.

Penilaian dasar Forests & Finance 2022 terhadap bank dan pelabur terbesar menunjukkan bahawa majoritinya tidak mempunyai dasar bagi mencegah penebangan hutan, degradasi tanah gambut, kebakaran, atau menegakkan hak asasi manusia, termasuk Prinsip Izin Berasaskan Makluman Awal, Bebas dan Telus (IMBAT) (Free Prior Informed Consent FPIC) untuk komuniti orang asli dan masyarakat tempatan, atau untuk mencegah buruh paksa atau buruh kanak-kanak. Polisi ini adalah sangat minimum dan jauh di bawah daripada menyediakan perlindungan. Pengawal selia perlu sedar dan menghentikan penyumberan luar pada kadar dan skala tindakan iklim terhadap institusi kewangan yang mendapat keuntungan daripada kemusnahan.

Pembangunan industri pulpa dan kertas yang tidak mampan di Indonesia, amat membimbangkan Malaysia. Contohnya, pengembangan kapasiti kilang pulpa dan kertas di Sumatera dan Kalimantan, mungkin memerlukan penukaran lebih banyak kawasan tanah gambut dan hutan, menjadi ladang monokultur pulpa dan kertas, bagi menyediakan lebih banyak bahan mentah kepada kilang. Akibatnya, risiko kejadian jerebu rentas sempadan yang berlaku di Asia Tenggara dalam masa terdekat mungkin berterusan. Merumitkan lagi masalah ini, perubahan iklim juga boleh meningkatkan kekerapan dan keamatan kejadian El Niño, mengakibatkan kemarau yang lebih teruk yang boleh menyebabkan ladang dan hutan di sekitarnya lebih terdedah kepada kebakaran yang lebih besar yang tidak dapat dipadamkan dengan mudah.

Oleh sebab itu, ahli sektor kewangan, termasuk bank Malaysia, mestilah memainkan peranan  dalam memastikan mereka tidak membiayai syarikat yang terlibat dan mungkin terlibat dalam penukaran hutan dan tanah gambut kepada ladang monokultur. Ini hanya boleh dicapai jika institusi kewangan mempunyai dasar ESG yang jelas dan berkesan, yang turut  merangkumi dasar No Deforestation, No Peat and No Exploitation (NDPE) yang kukuh.

Laporan ini boleh diakses di sini (here[3]).

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi Puan Hilary Kung +60 16-391 0183

 

 

Meenakshi Raman
Presiden
Sahabat Alam Malaysia (SAM)

Kenyataan Media, 19 Oktober 2022

[1] https://forestsandfinance.org/

[2] https://forestsandfinance.org/about-us/

[3] https://forestsandfinance.org/wp-content/uploads/2022/10/FF2022-policy-briefer.pdf