1. Kami mengingatkan rakyat Malaysia jangan pandang ringan isu ketidakjaminan makanan (food insecurity) yang sangat serius akan melanda negara ini jika tren kebergantungan makanan dari luar berterusan.
2. Sikap tidak peduli kepada isu ini bakal menjerat rakyat Malaysia terlalu bergantung kepada membeli makanan yang dibekal pihak lain dan mengakibatkan bekalan makanan ditentukan oleh pihak luar.
Krisis makanan yang melibatkan kos input pertanian, harga makanan dan rantaian bekalan makanan akan semakin serius dalam masa mendatang. Catuan makanan terpaksa dilaksanakan jika keadaan bekalan terhad.
Tahun 2022 memperlihat peningkatan harga makanan secara mendadak dan bekalan makanan yang tidak mencukupi diseluruh dunia.
Krisis makanan ditambah rumit lagi dengan tercetusnya krisis geo-politik, krisis ekonomi dan krisis perubahan iklim. Krisis- krisis ini akan diikuti dengan krisis sekuriti makanan yang semakin tajam dan kronik walaupun pandemik covid 19 berubah kepada endemik.
3. Kenyataan bahawa Malaysia mengimport makanan mencecah lebih RM55 bilion setahun dari luar adalah tanda negara ini mungkin akan terjebak dengan realiti pahit tidak cukup makanan bila berlaku insiden luar jangka semada didalam negara mahupun diluar negara.
4. Ketidakjaminan makanan adalah isu yang sangat serius yang dihadapi oleh isirumah di negara membangun, termasuk Malaysia. Sungguhpun Malaysia secara umumnya masih berada dalam keadaan makanan yang terjamin, Malaysia berada ditangga ke 40 dari 113 negara dalam Global Security index pada 2018, namun berlaku ketidakjaminan makanan di isirumah yang menunjukkan tren meningkat, adalah suatu yang harus dipandang serius.
5. Pada 2019, Organisasi Makanan dan Pertanian PBB mencatat 900,000 rakyat Malaysia dalam keadaan kelaparan. Dari jumlah ini, golongan dewasa dan kanak-kanak makan kurang dari tiga kali sehari – ini bukan kerana memilih untuk berbuat demikian tetapi kerana mereka tidak cukup wang untuk membeli makanan dan kurang akses kepada makanan.
6. Terdapat beberapa fakta yang amat mengkhuatirkan didalam negara ini terkait dengan jaminan makanan
7. Pada 2019, Bank Dunia mengenalpasti 3 dari 10 orang di Malaysia menyatakan mereka tidak punya wang mencukupi untuk membeli makanan.
8. Antara 2012 dan 2018, bilangan warga Malaysia yang menyatakan tidak cukup wang untuk membeli makanan meningkat 3 kali ganda dari 8.6% kepada 28.7%. Di kawasan desa, meningkat dari 18.6% kepada 30%.
9. Ironinya dikawasan bandar yang sepatutnya ada akses kepada makanan , ternyata faktanya ialak ketidakjaminan makanan semakin serius. Fakta 52% isirumah dikalangan isirumah penghuni flat kos rendah di Kuala Lumpur, tidak punya cukup wang untuk membeli makanan seharusnya merisaukan semua.
10. Antara 2017 dan 2019, 2.1 juta rakyat Malaysia menghadapi isu ketidakjaminan makanan paling kritikal.
11. Faktornya ialah kurang akses kepada makanan, kenaikan harga makanan, rantai bekalan yang terganggu dan bencana alam.
12. Golongan B40 berbelanja untuk makanan sekitar RM763 sebulan setiap isirumah. Bermakna secara kasar, RM25 sehari sekeluarga. Golongan M40 berbelanja RM44 sehari, manakala golongan T20 swkitar RM76 sehari untuk makanan sahaja.
13. Dalam pada itu, kami menyeru rakyat Malaysia segera atasi masalah pembaziran makanan. Angka 16,688 ton makanan dibuang setiap hari di Malaysia amat parah. Dari jumlah itu 3000 ton masih boleh dimakan Pembaziran makanan meningkat 15 – 20% semasa musim perayaan.
14. Mengikut Mohammad Diah Wahari, Timbalan CEO Public Cleansing Corporation (SWCorp), “Jumlah rakyat Malaysia membazir makanan cukup untuk memberi makanan kepada 12 juta orang sebanyak 3 kali sehari.”
15. Kami mengesa:
- Suatu pelan menyeluruh diujudkan untuk mengerakkan rakyat Malaysia menghasil makanan diperingkat lokal.
- Inisiatif rakyat terlibat dengan agro-makanan perlu digalakkan.
- Tanah terbiar perlu diguna secara optima untuk menghasilkan makanan.
- Kerajaan perlu kawal guna tanah pertanian dari ditukar kepada projek pembanggunan. Prasarana pertanian perlu dibangunkan untuk memberi kemudahan rakyat terlibat dalam agro-makanan.
- Pertanian bandar perlu segera dikembangkan dan diberi kemudahan agar setiap isirumah boleh mengasilkan makanan disekitar rumah.
- Agrobank perlu menyediakan skim kredit agromakanan yang mudah.
- Kerajaan perlu memberi kemudahan kepada petani kecil untuk menghasilkan tanaman makanan.
- Insentif menghasilkan makanan yang selamat, bebas kimia dan mengguna kaedah organik perlu digalakkan kepada semua warga Malaysia.
- Undang-undang anti pembaziran makanan perlu digubal untuk memastikan.
- Jaminan makanan diperkukuhkan untuk rakyat.
Mohd Azmi Abdul Hamid
Pengerusi Gerakan Rakyat Perkasaan Jaminan Makanan ( GESAAN )
Kenyataan Media, 11 September 2022