Kelulusan Kuari di Hutan Simpan Segari Melintang: Pihak Berkuasa Negeri Perak Tidak Mematuhi Ketetapan Majlis Tanah Negara

Kenyataan Pengarah Perhutanan Negeri Perak, Datuk Mohamed Zin Yusof bahawa kawasan pembalakan di sebahagian Kompartmen 13, 14, 15 dan 16, Hutan Simpan Segari Melintang (HS Segari Melintang), Daerah Manjung, Perak dilulus untuk dijadikan kuari telah mengesahkan dakwaan Sahabat Alam Malaysia (SAM) sebelum ini.

Kelulusan kegiatan kuari dalam Hutan Simpanan Kekal (HSK) adalah bercanggah dan tidak mematuhi ketetapan Mesyuarat Majlis Tanah Negara (MTN) ke-70 tahun 2014.

MTN telah menyarankan semua Pihak Berkuasa Negeri mengambil inisiatif mengawal atau sebolehnya mengelakkan sebarang kelulusan kegiatan perlombongan dan kuari dalam kawasan HSK.

Kewajaran MTN melaksanakan ketetapan tersebut kerana kegiatan perlombongan dan kuari dalam kawasan HSK secara langsung akan memberi kesan kepada pencapaian pengurusan hutan secara berkekalan yang menjadi teras dalam pengurusan hutan negara.

Oleh kerana kawasan HSK tersebut telah dilulus untuk dijadikan kuari, pengusahasilan (harvesting) yang dilaksana adalah secara tebang habis.

Amalan pengusahasilan secara tebang habis tidak tertakluk kepada Catuan Tebangan Tahunan – (CTT – Annual Allowable Cut), tidak tertakluk kepada Sistem Pengurusan Tebangan Memilih (SMS) dan tidak tertakluk dengan pematuhan sepenuhnya terhadap Kriteria, Petunjuk dan Aktiviti Pengurusan Hutan Secara Berkekalan (MC&I) bagi tujuan pensijilan pengurusan hutan.

Malah sebelum ini pun, SAM telah mengemukakan bantahan melalui penyertaan awam Rancangan Tempatan Daerah Manjung 2030 (RTD Manjung 2030) berhubung pengezonan kawasan kuari di HS Segari Melintang.

Bantahan SAM adalah kerana telah terdapat beberapa buah kuari sedia ada di HS Segari Melintang yang memberi impak kepada ekosistem hutan dan kawasan semula-jadi pesisiran pantai.

Penduduk kawasan berhampiran terutama yang tinggal di Kampung Sungai Batu, Pantai Remis mendakwa kegiatan pembalakan di hutan simpan tersebut telah menjejaskan kawasan air terjun Tanjung Batu.

Mereka mendapati ranting-ranting pokok dan sisa-sisa kayu daripada kegiatan pengusahasilan (harvesting) ditinggalkan di kawasan simpanan sungai dan zon penampan.

Mereka juga mendakwa terdapat pokok di kawasan simpanan sungai / zon penampan telah ditebang.

Penduduk tempatan mendapati kawasan yang diusahasil dan telah dilulus untuk dijadikan kuari tersebut berpotensi dijadikan kawasan rekreasi kerana terdapat kawasan air terjun dan menjadi tumpuan penduduk tempatan beriadah dan penggiat-penggiat kegiatan rekreasi luar.

Mengikut maklum balas daripada Jawatankuasa Siasatan RTD Manjung 2030 kepada SAM, Jawatankuasa bersetuju dengan bantahan pembantah (SAM) dan menolak permohonan (kuari) yang baru bagi mengekalkan kawasan hutan sedia ada.

Oleh itu SAM menggesa Pihak Berkuasa Negeri mempertimbang semula supaya membatalkan kelulusan menjadikan kawasan HS Segari Melintang di Tanjung Batu, Pantai Remis, Daerah Manjung, Perak sebagai kuari.

Kenyataan Media,  7 Ogos 2017