KESAN GLYPHOSATE KE ATAS KESIHATAN MANUSIA DAN ALAM SEKITAR

Glyphosate merupakan racun rumpai yang paling banyak digunakan dalam sejarah manusia. Racun rumpai berasaskan glyphosate (GBHs) merupakan racun rumpai berspektrum luas yang bertindak ke atas laluan shikimate dalam bakteria, kulat dan tumbuhan. Kesan GBHs yang mungkin berlaku kepada kesihatan manusia menjadi subjek perdebatan umum berhubung kesan potensi karsinogenik dan bukan karsinogenik, termasuk potensi kesan ke atas sistem endokrin.

Glyphosate dianggap ‘Racun Makhluk Perosak Amat Berbahaya’ (HHP) oleh Pesticide Action Network International kerana ketoksikan akutnya, kesan toksik jangka panjang, dan kesan sampingan lain ke atas kesihatan manusia dan alam sekitar.

Kira-kira 8.6 bilion kilogram GBHs disembur di seluruh dunia sejak 1974. Penggunaan glyphosate telah meningkat 15 kali ganda sejak tanaman rekayasa genetik (GE) diperkenalkan pada 1996, majoritinya tumbuhan GE toleran glyphosate (GT).

Kertas taklimat ini membincangkan kesan glyphosate terhadap kesihatan manusia dan alam sekitar dengan mengetengahkan beberapa kajian saintifik terpilih berkaitan dengan perkara ini.

Muat turun secara percuma Kertas Taklimat CAP mengenai: CAP Briefing Paper_Impacts of Glyphosate on Human & Environmental Health_1_