Kita Perlu Hentikan Pergantungan Kepada Arang Batu Untuk Tenaga Demi Kepentingan Iklim

Sahabat Alam Malaysia (SAM) merujuk kepada artikel Mangai Balasegaram bertajuk ‘Malaysia needs to stop building coal-fired power plantas – here’s why’ dalam The Star, 11 Ogos 2020, dan menyuarakan sokongan sepenuh hati terhadap gesaannya.

Demi kepentingan perubahan iklim, kami menggesa kerajaan Malaysia supaya menghentikan pergantungan negara kepada arang batu bagi sumber tenaga kita, dan mempercepatkan usaha dengan segera untuk melakukan pembaharuan dalam sektor tenaga ke arah tenaga diperbaharui (Renewable Energy [RE]) yang akan meninggalkan daripada pergantungan kepada bahan api fosil.

Usaha untuk memperbaharui sektor tanaga Malaysia melalui beberapa siri dasar dan campurtangan sejak 1980-an disasarkan terutamanya bagi memelihara keselamatan tenaga negara, mengatasi semua yang lain. Hanya pada 2000, apabila Dasar Kepelbagaian Bahan Api Kelima (FFDP) dilancarkan, tenaga diperbaharui seperti biomass, biogas, solar dan mini hidro sebagai sumber tenaga (dikenal pasti secara kolektif sebagai ‘bahan api kelima’) pertama kali diperkenalkan. 20 tahun sudah berlalu sejak FFDP dan Malaysia terus membakar lebih banyak arang batu berbanding sebelum ini, menyumbang kepada masalah perubahan iklim disebabkan oleh pelepasan karbon dioksida (CO2).

Walaupun Malaysia mensasarkan untuk mencapai 20% penembusan tenaga diperbaharui menjelang 2025, pada masa ini ia berada pada tahap yang amat sedikit iaitu 2% (terutamanya daripada solar photovoltaic). Oleh sebab itu, tidak ada keselesaan untuk diambil oleh sektor elektrik seperti pengangkutan, dan melabelkan mereka dengan perkataan ajaib ‘eko’ apabila sumber bahan api untuk menjana elektrik ini masih datangnya daripada bahan api fosil.

Tiada lagi masa untuk arang batu

Sehingga 38% daripada penjanaan elektrik global terus bergantung kepada arang batu, manakala angka kebangsaan lebih tinggi, di mana arang batu merupakan separuh (50.6%) daripada bahan api yang dibakar untuk menjana elektrik pada 2017. Amat mengejutkan, hanya 20 tahun sebelum itu pada 1997, arang batu hanya menyumbang sedikit iaitu 7.4% sebagai sumber tenaga elektrik (manakala gas asli menguasai pada 63.4%).

Di peringkat global, pembakaran arang batu bertanggungjawab terhadap 46% pelepasan CO2 dan merupakan 72% daripada jumlah pelepasan gas rumah hijau (GHG) daripada sektor elektrik sahaja.

Sepertimana yang ketahui hari ini, kita sedang berdepan dengan kecemasan iklim dan sudah terdapat tanda amaran yang mencukupi bahawa semua negara mestilah melakukan dengan sepenuhnya dalam memastikan bahawa purata suhu permukaan planet kita tidak melebihi1.5°C berbanding dengan paras praindustri dan pada masa kini kita sudah pun berada pada 1.°C.

Bergantung kepada arang batu ketika terdapat alternatif tenaga diperbaharui yang mampu dan berdaya maju adalah sesuatu yang tidak bertanggungjawab.

Menjana elektrik daripada arang batu adalah tidak cekap malah dengan penambahbaikan. Sepertimana yang dijelaskan oleh Mangai, apa yang diperlukan oleh Malaysia hari ini ialah sumber tenaga dengan fleksibiliti, bukannya ‘big dinosaur plants’.

Perlu untuk menghindari penguncian karbon

Pada masa kini, Malaysia mengimport sehingga 98% daripada arang batu yang digunakan untuk membakar dalam loji tenaga haba untuk menjana kira-kira 40% daripada elektrik negara. Pada 2018, negara merupakan pengimport kelapan terbesar di dunia bagi bahan penyala arang batu dan pengimport kedua belas terbesar arang batu bitumen (bukan aglomerat), masing-masing membelanjakan sehingga USD$3.59 bilion dan USD$1.78 bilion. Arang batu terutamanya diimport dari Indonesia, Australia dan Rusia.

Walaupun tenaga diperbaharui boleh bersaing dengan berkesan dengan minyak dan gas pada umumnya, kewujudan loji tenaga haba dengan pembakaran arang batu yang terus beroperasi seperti biasa disebabkan arang batu adalah sumber bahan api yang murah bagi menjana elektrik. Bagaimanapun, pembakaran arang batu datang dengan pelbagai masalah luaran (contohnya kos negatif kepada alam sekitar dan kesihatan awam) yang tidak sepenuhnya diakui, biarkan ia dalam penetapan harga elektrik.

Jika kerajaan gagal untuk memikirkan semula dengan serius pilihan tenaga yang dibuat hari ini, ia akan mengunci negara ini dalam pelepasan karbon yang lebih tinggi pada tahun-tahun yang akan datang dengan pergantungan kepada bahan api fosil termasuk arang batu. Ini tidak selaras dengan kewajipan di bawah Perjanjian Paris, di mana negara dijangka berusaha ke arah strategi pelepasan lebih rendah dalam jangka panjang.

Penguncian karbon seperti itu secara tidak bertanggungjawab mendedahkan negara dan rakyatnya kepada risiko besar pada masa depan daripada kesan sampingan perubahan iklim yang boleh membawa kepada penderitaan yang tidak terhingga.

Seperti negara lain di dunia ini, Malaysia mempunyai tugas untuk menjaga keselamatan tenaganya. Bagaimananpun, menjamin keselamatan tenaga seperti itu tidak boleh dengan mengorbankan risiko iklim, terutama sekali apabila alternatif yang lebih selamat seperti wujudnya tenaga diperbaharui.

Sehubungan itu, kami menggesa kerajaan supaya menghentikan selanjutnya loji tenaga menggunakan arang batu dan tidak meneruskan untuk memulakan pembangunan intensif karbon yang tidak berpandangan jauh yang gagal untuk meletakkan dasar kritikal yang diperlukan untuk memastikan ketahanan iklim dan mencegah penguncian karbon.

 

Surat Kepada Pengarang, 21 Ogos 2020