Komuniti Terjejas Menggesa Tamatkan Perdagangan Sisa Global
19 Mei 2021: Global Alliance for Incinerator Alternatives (GAIA) Asia Pasifik bersama dengan #breakfreefromplastic telah mengadakan taklimat kepada pihak media pada hari ini berhubung perdagangan sisa plastik yang masih berlanjutan. Dengan penceramah daripada negara pengeksport dan pengimport, acara ini menyelami isu alam sekitar dan sosial yang berbangkit dari perdagangan ini.
Selama hampir tiga dekad, perdagangan sisa plastik telah berterusan dan malah menjadi lebih buruk apabila negara China melarang pengimportan sisa ke negaranya pada tahun 2018. Kesannya, negara di rantau Asia seperti Malaysia, Thailand, Sri Lanka, dan Vietnam menjadi pilihan baharu pengeksport sisa plastik. Bagaimanapun, kebanyakan negara penerima sisa ini serba kekurangan dari segi strategi pengurusan sisa dan fasiliti sisa yang sempurna. Ini telah membawa kepada pembuangan atau pembakaran terbuka sisa yang telah memberikan kesan buruk kepada kesihatan komuniti dan alam sekitar.
Walaupun usaha telah dibuat untuk menghentikan perdagangan haram sisa plastik, negara di Asia Pasifik terus memerangi pertarungan yang berat terhadap arus deras sisa yang tidak dikitar semula dan operasi tidak berlesen. Pada Mei 2019, kerajaan Filipina – didesak oleh gesaan daripada pertubuhan masyarakat sivil – menghantar kembali bertan-tan sampah yang disalah label ke Kanada. Demikian juga pada 2020, Tunisia menerima kontena campuran sisa perbandaran yang ditipu penglabelannya oleh syarikat Itali Sviluppo Risorse Ambientali sebagai barangan kitar semula. Pada April 2021, pihak berkuasa Malaysia mengumumkan bahawa lebih 300 kontena mengandungi sisa haram dihantar kembali ke negara asal mereka.
Memetik Konvensyen Basel, Mageswari Sangaralingam dari Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) dan Sahabat Alam Malaysia (SAM) menyatakan, “Peraturan amat penting dan memperolehi persetujuan awal (prior informed consent) daripada negara penerima adalah langkah pertama untuk mengekang lambakan sisa plastik. Kita perlu kukuhkan perundangan serta mempunyai mekanisma pemantauan rapi dan langkah penguatkuasaan yang tegas untuk menangani perdagangan sisa haram.”
Hemantha Withanage dari Centre for Environmental Justice (CEJ) menyatakan bahawa perdagangan sisa plastik adalah satu bentuk ketidakadilan dan menekankan bahawa Asia Pasifik bukanlah tapak pembuangan sisa dunia. “Undang-undang diperlukan untuk memastikan rantau ini selamat daripada kesan berbahaya sisa toksik.”
Ray Yeung dari Green Earth bersetuju dan berkongsi bahawa Hong Kong merupakan pelabuhan bebas utama bagi perdagangan sisa plastik antara ekonomi kaya dan negara membangun. Bagaimanapun, Hong Kong baru-baru ini menyemak semula dasar dan mengukuhkan penguatkuasaan peraturan untuk memastikan bahawa pedagang memperolehi permit yang sepatutnya sebelum urusan penghantaran sisa. Sejak semakan itu, jumlah skrap plastik yang dieksport semula jatuh lebih 70% pada Februari dan Mac tahun ini. Yeung menggesa Jabatan Perlindungan Alam Sekitar (EPD) meningkatkan lagi peranan mereka sebagai penjaga pintu masuk. “Adalah diharapkan agar Hong Kong tidak lagi menjadi sebahagian daripada amalan perdagangan haram ini. Kami akan bekerjasama rapat dengan rakan kongsi kami dari Asia Pasifik dan kami akan tetap berwaspada dan memantau kontena yang masuk.”
Juru Kempen Hak Penduduk Asal dan Pencinta Alam Sekitar, Tina Ngata berkongsi pandangan, “Berbanding negara maju lain, New Zealand di belakang dalam menguruskan sisa. Sementara undang-undang dan peraturan yang lebih ketat boleh membantu mengekang kemasukan sisa plastik, penyelesaian jangka panjang ialah bebas sepenuhnya daripada plastik sekali guna. Apa yang kita lakukan dan apa yang kita guna memberikan kesan kepada semua.”
Dengan kehadiran wartawan daripada media antarabangsa dan serantau, taklimat media ini menawarkan pandangan terhadap peraturan dan bagaimana komuniti berdiri teguh, serta menekankan bahawa Asia Pasifik bukannya tapak pelupusan sisa plastik.
About GAIA | Global Alliance for Incinerator Alternatives is a worldwide alliance of more than 800 grassroots groups, non-governmental organizations, and individuals in over 90 countries whose ultimate vision is a just, toxic-free world without incineration. www.no-burn.org and www.zerowasteworld.org
About Break Free From Plastic | www.breakfreefromplastic.org/ | @brkfreefromplastic
The #breakfreefromplastic Movement is a global movement envisioning a future free from plastic pollution. Since its launch in 2016, more than 11,000 organizations and individual supporters from across the world have joined the movement to demand massive reductions in single-use plastics and to push for lasting solutions to the plastic pollution crisis. Break Free From Plastic runs the #WeChooseReuse campaign, calling for a global shift towards refillable and reusable products.
Sumber Berkaitan:
- Taklimat Media:[link]
- Untuk maklumat lanjut mengenai bagaimana komuniti berhadapan dengan krisis sisa plastik, kunjungi http://wastetradestories.org/
- Kravchenko, A [2019, November 13] Not all trade is good – the case of plastic waste. UNESCAP.https://www.unescap.org/blog/not-all-trade-good-case-plastics-waste
- Reuters Staff [2021, April 06] Malaysia sends back over 300 containers of illicit waste. Reuters. https://www.reuters.com/article/us-malaysia-environment-plastic-idUSKBN2BT1YT
- Data dari UN Comtrade: Malaysia mengimport HS3915 (sisa/skrap plastik) sejumlah 872,762 tan pada 2018, tetapi berkurang kepada 333,500 tan pada 2019. Ia meningkat lagi pada 2020 kepada 478,092 tan.
- Pada 2019, Green Earth memeriksa pangkalan data UN Comtrade dan menyedari bahawa Hong Kong adalah sumber kedua dan ketiga terbesar sisa plastik dari Vietnam, Thailand dan Filipina pada 2019. Pada 2020, Hong Kong mengeksport semula 100,000 tan sisa plastik yang bersamaan lima ribu kontena ke Negara Asia Tenggara, termasuk Vietnam, Thailand dan Malaysia.
Sejak Konvesyen Basel dengan pindaan sisa plastik dilaksanakan pada 1 Januari 2021, HK EPD kemudiannya menggubal “Garis Panduan dan Rujukan untuk Kawalan Import dan Eksport Sisa Plastik”, yang memerlukan deklarasi sempurna bagi import dan eksport semula sisa plastik terkawal. Pada 2021, jumlah skrap plastik yang diimport dan dieksport semula jatuh 30% (9,600 tan) dan 70% (1,284 tan) pada Mac tahun ini.
Eksport semula sisa plastik di Hong Kong | |
Tahun | Kuantiti (Tan) |
2021 (Januari – Mac) | 7532 |
2020 | 273,053 |
2019 | 279,764 |
2018 | 1,688,679 |
Hong Kong mengeksport semula sisa plastik ke Negara Asia Tenggara (2019) | ||||
Rantau | Jumlah Import (Tan) | Import dari
Hong Kong (Tan) |
Peratus | Kedudukan
Hong Kong |
Vietnam | 279,717 | 48,356 | 25% | 2 |
Thailand | 138,427 | 34,764 | 17% | 2 |
Filipina | 16,330 | 2,244 | 13% | 3 |
Sumber: UN Comtrade |