LAMBAKAN SISA PLASTIK DUNIA DI MALAYSIA Menjejaskan Usaha Hijau

Kesatuan Eropah menghantar sebahagian besar sisa ke seluruh dunia, menghasilkan kesan alam sekitar, sosial dan ekonomi yang negatif. Bersama dengan GAIA dan Sahabat Alam Malaysia, Zero Waste Europe baru-baru ini mengeluarkan kajian kes terbaharu yang menggambarkan apa yang berlaku di salah sebuah negara yang paling terjejas: Malaysia.

Kajian kes ini menunjukkan eksport sisa plastik haram ke Malaysia tidak hanya memberi kesan kepada alam sekitar dan kesihatan awam, tetapi juga menjejaskan penyelesaian sebenar sisa sifar mampan yang diusahakan oleh koperasi kitar semula, usahawan sosial, pembuat dasar yang berwawasan dan pengamal inovatif menunjukkan strategi berdaya maju untuk mencegah dan meminimumkan sisa terutamanya di Pulau Pinang, negeri sisa sifar perintis di Asia Tenggara.

Di samping bergelut dengan sisa plastik sendiri, Malaysia menjadi tempat lambakan sisa plastik dunia pada 2018. Negara dari Eropah dan Amerika Syarikat mengeksport masalah plastik mereka ke Asia Tenggara, selepas China mengenakan pengharaman import pada Januari 2018. Daripada 1 Januari hingga November 2018, Malaysia merupakan destinasi nombor satu bagi sisa plastik, menerima 15.7% daripada jumlah eksport plastik daripada negara pengeksport utama.

Pada Mei 2020, pihak berkuasa Malaysia mula memproses memulangkan semula lebih daripada 4,000 tan sisa plastik tercemar dan bercampur yang dihantar secara haram daripada 20 negara, menandakan tekad Malaysia untuk menangani perdagangan haram sisa plastik.

Laporan itu menyatakan, kini di Malaysia, penyelesaian sisa sifar mewujudkan kehidupan mampan, menjimatkan wang dan melindungi alam sekitar dan kesihatan awam. Ini merupakan pendekatan inovatif dan berkesan kepada pengurusan sisa yang mesti disokong, bukannya menjejaskan, oleh EU dan komuniti global.

Baca lebih lanjut di sini: