Ekosistem air tawar membekalkan makanan, air dan tenaga kepada berbilion orang, melindungi kita daripada kemarau dan banjir, dan menyediakan habitat unik untuk banyak tumbuhan dan haiwan termasuk satu pertiga daripada semua spesies bertulang belakang.
Ekosistem ini terdiri daripada hutan bakau yang melindungi pantai kita daripada tsunami dan hakisan, tasik dan sungai yang padat dengan ikan dan tanah lembap yang menapis dan menyederhanakan aliran air sementara menyimpan sejumlah besar karbon.
Ekosistem air tawar khususnya terjejas. Ia berhadapan dengan pencemaran daripada bahan kimia, plastik dan kumbahan serta penangkapan ikan berlebihan dan pengambilan air berlebihan untuk mengairi tanaman, menjana tenaga dan membekalkannya untuk industri dan rumah.
Sungai berhadapan kesan tambahan daripada empangan, terusan dan perlombongan pasir dan batu kerikil. Tanah lembap dikeringkan untuk pertanian, dengan kira-kita 87% kehilangannya di seluruh dunia dalam tempoh 300 tahun yang lalu, dan lebih daripada 50% sejak1900. 1 bagi setiap 3 spesies air tawar terancam dengan kepupusan.
Melindungi dan memulihkan ekosistem air tawar boleh melibatkan penambahbaikan kualiti air, contohnya dengan merawat semua air sisa sebelum ia dibuang. Menangkap ikan dan perlombongan mestilah dikawal. Empangan boleh ditiadakan atau direka bentuk dengan lebih baik untuk memulihkan penyambungan sungai, sementara pengambilan air boleh diuruskan untuk mengekalkan aliran minimum. Mengembalikan aliran air di tanah gambut dan tanah lembap lain kepada paras semula jadi mengekalkan kemampuannya untuk mencegah simpanan karbon daripada mencapai atmosfera.
SAWAH PADI Juga Perlukan Perlindungan
Sawah padi adalah ladang tanah lembap. Padi adalah tumbuhan (air tawar) yang bergantung kepada tanah lembap dan makanan ruji bagi lebih separuh daripada penduduk dunia. Ia menyediakan kira-kira 20% daripada jumlah bekalan kalori di dunia dan ditanam di sekurang-kurangnya 114 negara di seluruh dunia terutamanya di Asia.
Padi secara semula jadi dibanjiri atau sawahnya diairi di mana padi ditanam. Padi tumbuh dengan akarnya tenggelam, tetapi dengan daun dan benih (padi) di atas daripada air. Padi biasanya kering apabila tiba masa menuai, menggambarkan bahawa sistem penggiliran antara fasa akuatik dan daratan (tanah kering).
Padi hanya satu tanaman. Tetapi kehidupan dalam air di sawah padi adalah beribu spesies organisma akuatik. Penduduk luar bandar mendapat manfaat secara langsung daripada sesetengah biodiversiti ini dengan menangkap reptilia, amfibia, ikan, udang, serangga dan moluska untuk penggunaan isirumah. Tetapi biodiversiti lain dikaitkan dengan sawah padi ialah sokongan kesihatan dan produktiviti padi itu sendiri melalui contohnya mengawal makhluk perosak padi dan membantu menjadikan nutrien yang boleh didapati untuk pokok padi.
Tanah lembap ini juga menyokong pemuliharaan antarabangsa penting bagi populasi burung air hijrah. (Sumber: Youth and United Nations Global Alliance)
Apa yang ANDA boleh lakukan
PEKA DARI MANA AIR TAWAR DATANG dan berapa banyak kita bergantung kepadanya: tidak hanya untuk apa yang kita minum, tetapi untuk kebersihan diri, menanam tanaman makanan kita dan menghasilkan tenaga serta barangan yang kita gunakan.
Tahukah anda: Daripada air yang kita minum (hanya kira-kira 0.75 hingga 1.5 meter padu setahun), kurang daripada 1% sebenarnya digunakan untuk minuman. Kita menggunakannya lebih banyak dalam cara lain, terutamanya dengan memakannya.
Berikut adalah beberapa keperluan air untuk menghasilkan produk biasa ini:
- Hamburger: 2,400 liter
- Segelas jus epal: 190 liter
- Segelas susu: 200 liter
- Baju T kapas: 4,100 liter
- Secawan kopi: 140 liter
- Sepasang kasut kulit: 8,000 liter
- Secawan teh: 35 liter
- Satu tan keluli: 230,000 liter
MAKAN DIET MAMPAN. Pengeluaran daging terutamanya daging lembu, menggunakan air yang banyak. Purata jumlah air (di seluruh dunia) yang diperlukan untuk menghasilkan 1 tan daging lembu ialah 15,497 meter padu; berbanding 1 tan ayam (3,918) atau 1 tan kacang soya atau barli (1,789 dan 1,388).
KURANGKAN/HAPUSKAN PENGGUNAAN BAHAN KIMIA. Banyak bahan pencuci pakaian hari ini bebas fosfat, ini bukan kes bagi kebanyakan bahan pencuci pinggan mangkuk. Bagaimana pula mengenai bahan pencuci lain, bahan pembersih diri dan produk kebun yang anda gunakan? Adakah ia benar-benar perlu? Telitilah apa kandungannya dan bagaimana anda boleh menggantikannya. Kebanyakan bahan kimia kebun boleh dielakkan dengan menukar tanaman yang ditanam, amalan pertanian dan menerima lebih banyak landskap semula jadi. (Sumber: Youth and United Nations Global Alliance)