Malaysia mestilah menyokong penepian Pertubuhan Perdagangan Sedunia (WTO) berhubung hak harta intelektual untuk COVID-19 – Jika tidak sekarang bila lagi?

Nota: Surat ini telah dihantar pada hari ini kepada Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin bin Hj. Mohd Yassin dan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI), Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI), Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna dan Menteri Kesihatan.

Pertubuhan yang bertandatangan di bawah dan kumpulan advokasi pesakit menggesa Kerajaan Malaysia supaya dengan segera menyokong penggantungan sementara penguatkuasaan hak harta intelektual sebagai tindak balas segera COVID-19.

Penepian perjanjian Pertubuhan Perdagangan Sedunia berhubung hak harta intelektual (Perjanjian TRIPS) akan membebaskan teknologi dan membolehkan lebih banyak pengeluar termasuk di negara membangun, untuk segera dan meningkatkan dengan cepat pengeluaran vaksin, ubatan untuk merawat COVID-19, diagnostik, ventilator dan produk perubatan lain yang diperlukan.

Kami mengalu-alukan pengumuman pada 5 Mei oleh Pentadbiran Joe Biden bahawa Amerika Syarikat (AS) akan berhenti menyekat cadangan penepian pertama yang diserahkan oleh Afrika Selatan dan India kepada WTO pada Oktober 2020 dan kini disokong oleh lebih daripada 100 negara membangun. Kempen global yang melihat tsunami gesaan daripada orang biasa sehinggalah kepada penerima anugerah Nobel, bekas Ketua Negara dan Pope Francis telah menggesa AS, Kesatuan Eropah, Jepun, Kanada dan negara kaya lain untuk tidak menyekat penepian itu.

Daripada Oktober 2020 sehingga bulan lepas, perbincangan WTO tidak ke mana-mana kerana negara yang menyekat dan industri farmaseutikal di belakangnya mengutamakan keuntungan dan kepentingan sendiri mengatasi nyawa penduduk di seluruh dunia. Hasilnya pengeluaran vaksin dimonopoli oleh beberapa pemegang paten dan rahsia perdagangan berhubung pengetahuan teknologi dan menyorok vaksin oleh negara kaya, berakhir dengan lebih banyak daripada apa yang mereka perlukan sementara banyak negara miskin hampir tidak dapat mevaksinkan petugas kesihatan barisan hadapan mereka. Ini telah mencetuskan kemarahan di seluruh dunia.

Kami menggesa Kerajaan Malaysia untuk turut bersama negara membangun lain sejak November lepas. Sementara Kerajaan telah memperolehi vaksin untuk Malaysia, penyampaian sebenar adalah bergantung sepenuhnya kepada sebilangan kecil pembekal, dan tiada jaminan bahawa kita akan mendapat apa yang kita perlukan. Lihat India di mana merupakan pengeluar terbesar bagi AstraZeneca tidak boleh mengeksport lagi kerana apa yang mereka hasilkan tidak mencukupi untuk India sendiri.

Penepian yang perlu diguna pakai oleh ahli WTO bukan hanya mengenai vaksin. Ia juga mengenai ubatan bagi merawat COVID-19, diagnostik, injap ventilator, dan pelbagai produk ubatan yang mempunyai paten, rahsia perdagangan dan perlindungan harta intelektual lain. AS menyokong penepian paten dan harta intelektual lain bagi vaksin yang merupakan langkah pertama, tetapi ia tidak mencukupi.

Dengan gelombang baharu jangkitan dan lebih banyak varian yang ganas, jangkitan semakin meningkat. Malaysia berada dalam gelombang yang membimbangkan dengan Menteri Kesihatan sudah pun memberikan amaran bahawa katil di unit rawatan rapi semakin mencapai penggunaan penuh. Setiap negara termasuk Malaysia mestilah bersedia bagi pandemik ini yang akan berlanjutan untuk beberapa tahun. Sesetengah ubatan sedia ada yang sedang dalam ujian klinikal yang berpotensi untuk rawatan COVID-19 terkunci dalam paten di Malaysia. Industri farmaseutikal tempatan kita boleh menjadi sebahagian persediaan bagi kesihatan dan keselamatan tetapi mereka memerlukan kebebasan untuk beroperasi dengan penepian WTO boleh membantu untuk mempercepatkannya.

Kami menggesa Kerajaan untuk tidak berlengah lagi dan untuk menyokong penepian bagi vaksin dan juga bagi ubatan untuk rawatan, diagnostik dan semua produk perubatan yang diperlukan untuk COVID-19.

Kami mengucapkan terima kasih dan berharap agar Malaysia turut serta dengan majoriti besar kerajaan dunia yang lain dalam mengejar bagi melawan COVID-19 yang amat diperlukan dengan segera ini.

Ditandatangan oleh:

  1. Agora Society Malaysia
  2. Allied Coordinating Council of Muslim NGOs Malaysia
  3. Amnesty International
  4. Consumers Association of Penang (CAP)
  5. Health Equity Initiatives (HEI)
  6. Gerakan Kepenggunaan Masjid
  7. Ikatan Pengamal Perubatan dan Kesihatan Muslim Malaysia
  8. Ikatan Intelegensia Membangun Malaysia
  9. Jaringan Ekologi & Iklim (JEDI)
  10. Majlis Tindakan Ekonomi Melayu Bersatu Berhad
  11. Malaysian AIDS Council
  12. Malaysia Citizens’ Health Initiative
  13. Malaysian Consumers Movement
  14. Persatuan Kebajikan Sokongan Keluarga Selangor dan Kuala Lumpur (Family Frontiers)
  15. Pertubuhan Penggerak Masyarakat Malaysia
  16. Pertubuhan Muafakat Sejahtera Masyarakat Malaysia
  17. Majlis Tindakan Ekonomi Melayu Bersatu Berhad (MTEM)
  18. Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia
  19. Missing Positive Malaysian Treatment Access & Advocacy Group (MTAAG+)
  20. Parti Sosialis Malaysia (PSM)
  21. Penang Forum
  22. Pertubuhan Kebajikan Vivekananda Rembau NS
  23. Pertubuhan Wanita Malaysia untuk Kawalan Tembakau dan Kesihatan (MyWATCH)
  24. Persatuan WeCareJourney
  25. Pertubuhan Persaudaraan Pesawah Malaysia
  26. PT Foundation
  27. Prostate Cancer Society Malaysia
  28. Pusat Kecemerlangan Pendidikan Ummah
  29. Sahabat Alam Malaysia
  30. The International Women’s Alliance for Family Institution and Quality Education
  31. Third World Network
  32. Together against Cancer
  33. Teras Pengupayaan Melayu

Individu

  1. Prof Dr Nur Aishah Taib
  2. Assoc Prof Dr Nirmala Bhoo Pathy
  3. Assoc Prof Dr Ho Gwo Fuang
  4. Dr Tan.Soon Guan
  5. Wong Kuan Sing
  6. Khong Chee Seng
  7. Ng Siu Kiam
  8. Tan Weng Keong
  9. Tan Yi Jie
  10. Tan Yi Xin
  11. Anna Mary Sebastian
  12. Kenneth Koh
  13. Peter Wong You Pa
  14. Chen Ooi Khoon
  15. Albert Liew
  16. Steven Kong
  17. Yong Nam Fatt
  18. Tan Chung Kim
  19. Cheong Pooi Wah
  20. Wong Kon Lee
  21. Wong Kon Len
  22. Wong Kon Thye
  23. Wong Kon Hee
  24. Wong Kon Nyet
  25. Yap Nyok Len
  26. Chen Ooi Foon
  27. Yap Tong Yee
  28. Tan Khim Woon
  29. PHANG Cheong Yuen
  30. Samrull Zaman
  31. Chow Chee Kong
  32. Chai Nam Gnok
  33. Ong Boon Tatt
  34. Lee Ming Yuet
  35. Leyu C. H
  36. Annie Chia

Surat Kepada Pengarang, 7 Mei 2021