Setiap tahun, pada tarikh 13 Oktober merupakan Hari Antarabangsa bagi Pengurangan Risiko Bencana (DRR), dengan gesaan oleh Perhimpunan Agung PBB sejak 1989, bagi hari untuk menggalakkan budaya kesedaran risiko global dan pengurangan bencana.
Hari Antarabangsa bagi DRR tahun ini memberikan tumpuan kepada governan, dengan langkah governan risiko bencana yang baik nyawa dapat diselamatkan, mengurangkan bilangan bencana yang menjejaskan orang ramai dan mengurangkan kerugian ekonomi.
Tindak balas negara yang baik dan selaras terhadap pandemik Covid-19 semasa menunjukkan kemampuan kita menempatkan visi yang jelas, terancang dan cekap, institusi yang diberikan kuasa, bertindak berdasarkan bukti saintifik untuk kebaikan awam.
Tindak balas yang serupa dan keutamaan yang tinggi diperlukan untuk bertindak balas terhadap kecemasan iklim dan krisis yang akan berlaku.
Pada 2010, negara kita mengemukakan Dasar Iklim Negara mengenai Perubahan Iklim yang menekankan komitmen negara untuk menginstitusikan langkah untuk menyepadukan rentas isu dalam dasar, rancangan, program dan projek dalam usaha untuk meningkatkan daya pemulihan kepada perubahan iklim.
Bidang keutamaan kita digambarkan dalam Rancangan Malaysia Ke-11 (2016-2020) dalam memerangi perubahan iklim dan mengurangkan risiko bencana melalui penambahan penyesuaian iklim dan mengukuhkan pengurusan risiko bencana.
Negara perlu mempercepatkan usaha dalam meletakkan Pelan Tindakan Penyesuaian Negara untuk memandu perundangan, governan, perancangan dan penyelarasan langkah penyesuaian serta sebagai idek penyesuaian untuk mengukur paras mudah terdedah negara terhadap kesan perubahan iklim.
Tindakan segera amat diperlukan dalam usaha ini, memandangkan realiti di luar sana menunjukkan negara tidak bergerak dalam arah yang betul, dengan pelan dan projek berjalan seperti biasa, seperti kita tidak merancang atau bersedia secukupnya atau sepenuhnya bagi kesan iklim semasa dan yang akan berlaku.
Banyak persoalan timbul berhubung perkara ini. Adakah penggubal dasar dan perancang di semua peringkat kerajaan, termasuk arkitek dan jurutera menyedari sepenuhnya kesan perubahan iklim semasa dan yang akan berlaku? Adakah kita merancang bagi bencana dan ancaman masa depan?
Kita melihat galakkan besar-besaran “seperti biasa” projek infrastruktur lebuh raya, terowong, kerja tebus guna tanah dan pembinaan bangunan, dengan sedikit atau tanpa mempedulikan risiko perubahan iklim dan kesannya.
Kelihatan tidak terdapat pertimbangan yang cukup diberikan kepada sama ada projek seperti itu menyumbang kepada peningkatan daya pemulihan iklim atau jika mereka menjejaskannya.
Kita perlu memberikan amaran yang lebih kuat dan menyesuaikannya (jika boleh) kepada ‘normal baharu’ kesan perubahan iklim. Kita juga perlu bersedia untuk berdepan situasi di mana penyesuaian tidak lagi berlaku.
Contohnya, di Singapura, menangani cabaran risiko dan kesan iklim sudah pun berada di peringkat tertinggi kerajaan, dengan Perdana Menteri sendiri bercakap mengenai risiko perubahan iklim bagi negara pulau itu. Adalah dianggarkan ia akan menelan kos S$100 bilion atau lebih untuk melindungi negara pulau itu daripada peningkatan paras laut, dan langkah sedang diambil dengan perspektif jangka panjang.
Sudah tentu kita juga perlu memulakan pelaburan dalam rancangan penyesuaian dan langkah yang membina negara terhadap daya pemulihan iklim.
Tindak balas segera diperlukan kini dan kita boleh mempelajari daripada apa yang negara lain sudah pun lakukan. Terdapat juga dana antarabangsa yang boleh diperolehi untuk kita seperti Dana Iklim Hijau UNFCCC yang menjadi sumber untuk membantu negara dalam menangani cabaran iklim.
Jelas, bahawa kita perlu membetulkan semula dalam cara kita melakukan sesuatu untuk menjamin masa depan kita, dalam perubahan iklim dunia. Kita perlu mula untuk melihat semula setiap perkara yang kita lakukan daripada kaca mata perubahan iklim. Jika tidak, kita akan membuat pelaburan yang salah yang tidak mampan dalam jangka panjang dan akan membazirkan sumber awam.
Pelan penyesuaian segera, termasuk pendekatan berasaskan ekosistem diperlukan untuk memastikan bangunan, infrastruktur dan kawasan pantai mempunyai daya pemulihan kepada ribut, kadar hujan yang meningkat, berdaya tahan terhadap banjir dan peningkatan paras laut dan sebagainya. Langkah pemuliharaan tanah dan hutan termasuk perlindungan kawasan tadahan air dan sungai untuk mencegah dan menghalang banjir, menukarkan kawasan bandar kepada “kota span” dan mengukuhkan pesisir pantai kita melalui perlindungan dan pemulihan hutan bakau semuanya bahagian penting dalam rancangan ini. Langkah yang lebih komprehensif juga diperlukan dalam menangani kemarau, gelombang haba, kekurangan air, kesan ke atas pertanian, kesihatan, cuaca yang lebih melampau dan bencana.
Jelas, lebih banyak lagi yang diperlukan dan dengan kadar yang lebih segera. Jika tidak, kita mungkin tidak bersedia sepenuhnya bagi bencana masa depan dengan kesan malapetaka.
Surat Kepada Pengarang, 12 Oktober 2020