Sahabat Alam Malaysia (SAM) amat terkejut dengan berita kematian tiga ekor gajah di kawasan ladang kampung di Kampung Sri Timur 3, Kluang, Johor. Ia dipercayai telah diracun. Kematian gajah ini menggambarkan masa depan yang muram bagi gajah kita.
Dengan ladang kelapa sawit menceroboh dari semua sudut ke dalam habitat gajah, bersama dengan aktiviti pembalakan dan pertanian, beberapa dekad ini memperlihatkan kemerosotan ketara hutan ditambah dengan kemusnahan hutan dan habitat hidupan liar sebagai faktor utama di sebalik masalah yang semakin bertambah ini.
Sementara mereka yang bertanggungjawab terhadap pembersihan tanah menyedari akan konflik antara gajah dan manusia dan selanjutnya kematian yang akan timbul daripadanya, masalah kini menyebabkan gajah menjadi musuh yang hina bagi manusia. Didorong keluar daripada habitat semula jadi mereka oleh faktor yang dicetuskan manusia, gajah sering menjadi mangsa kepada semua jenis kemalangan. Analisis yang tidak memihak daripada situasi ini akan mendedahkan manusia sebagai mereka yang bertanggungjawab sepenuhnya bagi situasi yang amat menyedihkan ini.
Konflik manusia-gajah tidak terhad kepada Semenanjung Malaysia sahaja tetapi ia juga kerap berlaku di Sabah yang menimbulkan kemarahan kepada penyokong pemuliharaan. Selain daripada ancaman terbesar yang dihadapi oleh gajah daripada pengembangan ladang kelapa sawit, gajah juga menjadi mangsa diracuni oleh pekerja ladang, pemburu haram atau perangkap yang dipasang untuk menangkap hidupan lain dan kematian lain.
Secara misterinya, penyebab banyak daripada kes kematian gajah pigmi kekal tanpa jawapan disebabkan kegagalan untuk mengenal pasti pelakunya malah pemilik ladang kelapa sawit juga mendakwa tidak mengetahui bagaimana kematian gajah pigmi ini berlaku.
Sementara semua perhatian ditumpukan kepada aktiviti buatan manusia dan khususnya kita mestilah memberikan tumpuan terhadap tekanan daripada pertumbuhan bilangan manusia yang menjadi penyebab utama kehilangan hutan semula jadi. Penempatan manusia dan pencerobohan pertanian berhampiran dengan habitat gajah meningkatkan tekanan kepada habitat gajah. Kekurangan makanan di kawasan hutan yang semakin mengecil serta menceroboh kawasan tanaman dan sering mengakibatkan kerosakan kepada penemapatan manusia dan tanaman pertanian. Hubungan gajah dan manusia yang semakin meningkat membawa mereka kepada konflik hampir setiap masa.
Memandangkan betapa seriusnya masalah ini, amat penting untuk mengenal pasti strategi alternatif bagi kewujudan bersama manusia-gajah untuk jangka masa panjang. Salah satu daripadanya ialah perlunya strategi pemuliharaan baharu berdasarkan gabungan perancangan penggunaan tanah sensitif hidupan liar, perlindungan tanaman, pampasan ekonomi, dan pendidikan untuk mempromosikan kewujudan bersama manusia-gajah. Malaysia mampu untuk memulihara gajahnya dalam jangka panjang tetapi tetapi perubahan penting dalam sikap manusia amat diperlukan bagi merealisasikannya.
Surat Kepada Pengarang, 14 Jun 2019