Dunia menjadi begitu kompleks dan sukar untuk dimengerti, dan ramai daripada kita dipaksa untuk hanya menerima apa yang berlaku sepertimana yang kaya dan berkuasa memerintah kita. Majoriti daripada kita dipinggirkan, ditindas dan miskin. Manakala yang kaya bertambah kaya sementara yang miskin bertambah miskin. Semua ini juga dengan mengorbankan kesihatan yang buruk dan tercemar, persekitaran yang sakit sedang dimusnahkan.
PAOLO FREIRE berhujah bahawa KESEDARAN KRITIKAL satu kemestian jika kita mahu membina dunia yang lebih baik. Beliau bermaksud bahawa kita mestilah mempunyai kemampuan untuk mengakui percanggahan ekonomi, politik dan sosial yang mewujudkan, memanfaatkan dan mengekalkan order sosial yang menindas.
Freire berkata bahawa terdapat 3 tingkat kesedaran:
> Tingkat kesedaran paling rendah apabila manusia percaya bahawa mereka tidak dapat mengubah kehidupan mereka dan nasib bukan ditangan mereka dan ia adalah soal nasib. Kebanyakan daripada kita di peringkat ini ketika kita berjuang untuk meneruskan kelangsungan hidup dan dipesongkan daripada mempersoalkan oleh gangguan dan pelarian daripada kenyataan dalam kepenggunaan, kebendaan, hiburan, ketagihan alkohol, dadah, sukan, perjudian dan banyak lagi. Mereka yang beragama percaya bahawa hanya Tuhan melakukan perubahan dalam hidup mereka jadi mereka tidak berusaha untuk membuat perubahan. Jadi segalanya tidak berubah untuk menjadi lebih baik atau adil.
> Tingkat kedua/sederhana ialah apabila manusia sedikit berkuasa. Mereka mempunyai minda untuk mengubah perkara tetapi mereka pesimis dan menangani masalah yang timbul satu persatu. Mereka juga dengan naifnya mengikut pemimpin yang kuat (ahli politik) yang mereka berharap untuk membuat perubahan supaya mereka tidak perlu melakukannya.
> Tingkat akhir ialah apabila manusia menunjukkan tingkat pemikiran dan tindakan tertinggi. MEREKA PERCAYA BAHAWA MEREKA BOLEH MEMBUAT PERUBAHAN.
Kesedaran kritikal juga boleh dijelaskan sebagai mempunyai kualiti yang berikut.
> KESEDARAN KUASA – Mengetahui siapa yang mempunyai kuasa dalam masyarakat.
> CELIK HURUF KRITIKAL – Mempunyai minda analitis dan cara bercakap, menulis, berfikir, membaca dan perbincangan serta memahami maksud dengan lebih mendalam.
> DESOSIALISASI – Mengakui dan cabaran stereotaip dalam masyarakat seperti kekayaan/kelas, perkauman, seksisme dan sebagainya.
> ORGANISASI DIRI/PENDIDIKAN DIRI – Mengambil inisiatif untuk melakukan perubahan yang diperlukan dalam masyarakat tidak demokratik dan mengatasi anti-intelektualisme pendidikan massa.