Sahabat Alam Malaysia (SAM) amat terkejut dengan kes kekejaman yang dilakukan terhadap haiwan seperti anjing dan kucing. Perangkaan daripada Jabatan Perkhidmatan Veterinar (DVS) mendedahkan anjing dan kucing berada di tangga teratas dalam senarai aduan kekejaman terhadap haiwan. Aduan yang dibuat semakin meningkat dalam tempoh lima tahun lepas. Pada 2016, pihak jabatan menerima 463 aduan mengenai kekejaman, dan pada 2017 bilangannya meningkat kepada 510, menunjukkan peningkatan sebanyak 10%.
Bagaimanapun, bilangan kes kekejaman haiwan yang dilaporkan dalam media hanya segelintir daripada kebanyakan kes yang tidak pernah dilaporkan. Sementara haiwan menderita malah sesetengahnya mati disebabkan oleh penderaan ini, tiada seorang pun daripada pesalah ini dipenjarakan bagi lebih daripada enam bulan. Ramai daripada pesalah terlepas daripada hukuman penjara disebabkan dakwaan diguurkan akibat kekurangan susulan atau kekurangan bukti.
Untuk mengatakan bahawa kita tidak mempunyai undang-undang mengenai adalah salah. Pada 2017, kerajaan persekutuan sebelum ini mengumumkan Akta Kebajikan Haiwan (Akta 772) yang baharu di mana mereka yang didapati bersalah boleh didenda maksimum RM100,000, atau tiga tahun penjara atau kedua-duanya. Berapa kerap tindakan sebenarnya diambil dan pesalah dibawa ke mahkamah dan didakwa? SAM ingin mengimbas kembali kes di mana seorang lelaki memanah dua anak panah terhadap Brianna seekor anjing daripada jenis Rottweiler. Beliau tidak didakwa kerana mendakwa dia memanah ke arah anjing itu dengan mendakwa bahawa dia “melindungi anak-anaknya” dan tidak mengetahui anjing itu sakit dan buta.
Kenapa kes penderaan haiwan begitu berleluasa di Malaysia? Pihak Polis dan DVS perlu lebih prihatin dalam menangani kes penderaan haiwan, banyak daripadanya dibiarkan kepada NGO pembela haiwan dan rumah perlindungan haiwan untuk mengendalikannya.
Baru-baru ini terdapat tiga laporan mengenai kes kekejaman haiwan yang berbeza dilaporkan. Pertama melibatkan anjing yang diseret oleh sebuah lori sepanjang lebuh raya Seberang Jaya, dan kedua melibatkan dua lelaki yang meletakkan seekor kucing yang bunting ke dalam mesin pengering, yang membunuh kucing itu. Tindakan mereka boleh dianggap sebagai kejam, tiada belas kasihan dan penderaan yang tidak berperikemanusiaan. Terdapat satu lagi insiden di mana seorang remaja dari Pulau Pinang terlepas hukuman penjara kerana menendang kucing.
Kekejaman ke atas haiwan menyebabkan kekejaman kepada makhluk hidup. Ia bukanlah seseorang secara tidak sengaja berlaku kejam kepada haiwan. Ia satu tindakan sengaja terhadap haiwan dan oleh sebab itu ia juga sepenting jenayah lain seperti pencurian. Kini tiba masanya bagi mahkamah untuk menangani kekejaman haiwan sebagai jenayah yang setara dengan kesalahan serius lain.
Mahkamah mungkin mempertimbangkan jenayah terhadap haiwan sebagai isu kebajikan haiwan dan bukan sebagai serius seperti jenayah berkaitan manusia. Suara supaya menjadikan hukuman penjara bagi jenayah kekejaman terhadap haiwan tidak pernah lantang, dengan peningkatan tuntutan bagi pendera dikenakan hukuman yang mengiktiraf jenayah sebagai bencana negara, dan mengelak orang lain daripada meluahkan kemarahan mereka atau menendang dengan kejam haiwan yang tidak bersalah ini.
Sebagai tambahan kepada peningkatan dalam penderaan haiwan ini, kita juga mesti menangani isu anjing liar yang dibunuh untuk dijadikan makanan. Perkara ini terjadi sejak 2015 apabila dua bakul kulit dan bulu ditemui di rumah terbiar di Merlin Lane, Sibu. Terdapat laporan yang menyatakan orang Vietnam menjual daging anjing dan kucing di Johor Bahru dan Selangor. Turut sama ialah orang Indonesia di Persiaran Elmina, Shah Alam yang terus memakan daging anjing dengan video memberikan tumpuan kepada mereka. Orang Indonesia ini dari estet kelapa sawit berdekatan yang mengadakan kenduri di mana menjadi satu kebiasaan untuk membunuh dua hingga tiga anjing atau kucing untuk tujuan itu. Laporan anjing liar dengan anggota tubuh yang terputus, dipercayai telah diperangkap, ditemui di kawasan itu.
Menggunakan daging daripada anjing dan kucing yang tidak diketahui status penyakitnya yang disembelih dan dijual dagingnya serta menggunakan kaedah pembunuhan yang tidak bersih amat kejam dan berisiko membawa kematian kepada komuniti dan haiwan mereka daripada virus rabies yang membunuh. Tambahan pula, kanak-kanak yang menyaksikan kaedah membunuh secara kejam mungkin satu masa menjadi tidak sensitif lagi kepada kekejaman.
Sementara sesetengah orang mungkin mempertahankan amalan memakan daging anjing dan kucing ini sebagai “adat” tempatan, SAM percaya bahawa adat tidak seharusnya dibenarkan untuk menjadi alasan atau menjadikan sesuatu yang biasa bagi penderaan haiwan. Realitinya bahawa tidak mengira asalnya, pasar haiwan menjejaskan keselamatan dan kepentingan awam serta negara, dan mempromosikan sumber haram haiwan, mendedahkan risiko serius kepada kesihatan manusia dan kebajikan haiwan.
Amat sedih sekali kerana tiada undang-undang khusus untuk menghukum mereka yang memakan daging anjing dan kucing di Malaysia. SAM menggesa Kementerian Pertanian dan DVS mengharamkan pengambilan daging anjing dan kucing di Malaysia.
Kepada Pengarang,1 Oktober 2018