Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Muhammad Radzi Abu Hassan menyatakan sebanyak 18,247 kes direkodkan dalam tempoh lima minggu pertama 2024, meningkat 65.6% berbanding 11,127 kes dalam tempoh yang sama tahun lepas.
Sebagai salah satu penyakit tropika yang boleh membawa maut, denggi menjejaskan saiz populasi global yang besar disebabkan oleh faktor termasuk globalisasi, penempatan manusia, dan mungkin perubahan iklim.
Disebabkan oleh isu-isu ini, mengamalkan langkah-langkah pencegahan untuk mencegah denggi lebih bermakna. Ini akan melibatkan semua orang dalam komuniti dan bukannya hanya mengharapkan Jabatan Kesihatan untuk menjalankan semburan kabus (fogging).
Tinjauan CAP di kebanyakan tempat di Pulau Pinang, terutamanya di tapak pembinaan rumah dan penyelenggaraan jalan, mendapati air bertakung di dalam rongga penghadang jalan, yang mungkin membolehkan nyamuk membiak. Longkang yang tidak bersih dengan air bertakung juga menjadi punca pembiakan nyamuk.
Sejak pandemik COVID-19, lebih ramai orang membeli atau memesan lebih banyak barangan, termasuk makanan, dalam talian dan ini disertakan dengan pembungkus plastik yang, jika tidak dilupuskan dengan betul, akan menjadi tempat pembiakan nyamuk.
“Justeru, CAP menyeru semua pihak khususnya pihak berkuasa tempatan meningkatkan penguatkuasaan, memantau dan mengambil tindakan terhadap mana-mana tapak projek pembinaan yang menjadi tempat pembiakan nyamuk,”
Mohideen Abdul Kader
Presiden
Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP)
Kenyataan Akhbar, 8 Mac 2024