“Perubahan yang berlaku di Amazon mengusir spesies haiwan seperti kelawar, monyet dan nyamuk ke kawasan baharu, sementara spesies yang mampu menyesuaikan diri dengan persekitaran savana seperti tikus mula menghuni kawasan yang terbiar itu.
Pertukaran tersebut, berserta interaksi manusia yang semakin kerap dengan haiwan kerana manusia kini bergerak jauh ke dalam hutan, meningkatkan peluang virus ganas, bakteria atau kulat melompat spesies, kata Adalberto Luis Val, penyelidik di INPA, Institut Penyelidikan Kebangsaan di Amazon, yang berpusat di Manaus.
“Kita sering menyalahkan kelawar, monyet, babi” apabila muncul penyakit baharu, kata Barreto dari suku kaum asli Tukano. “Tetapi hakikatnya, manusialah yang menyebabkan kemunculannya, melalui hubungan yang kita bina dengan pemilik ruang tersebut”.
Tanpa pemuliharaan hutan, sungai dan haiwan yang mencukupi, ketidakseimbangan dan penyakit akan berlaku, tegasnya, memandangkan manusia tidak menghormati entiti alam yang dikenal pasti oleh pawang sebagai “wai-mahsa”.