Pembunuhan Buaya yang Tidak Wajar

Sahabat  Alam Malaysia (SAM), NGO alam sekitar di Pulau Pinang, menyuarakan rasa yang amat terkejut dan mengerikan terhadap pembunuhan hampir 300 ekor buaya di wilayah Papua Barat Indonesia. Kehilangan nyawa manusia amat menyedihkan, tetapi buaya itu tidak boleh dipersalahkan sepenuhnya berikutan naluri semula jadinya akan membunuh apa sahaja “mangsa” yang memasuki habitatnya.

Kefahaman manusia terhadap buaya amat terhad. Biasanya jarang, serangan ke atas manusia adalah berkaitan dengan mempertahankan kawasan, perlindungan anak, atau kemalangan atau niat provokasi oleh manusia. Tindak balas berlebihan manusia terhadap kumpulan buaya adalah sesuatu yang tidak munasabah serta menjijikkan. Ini kerana buaya sering dilihat sebagai ganas disebabkan bentuknya yang bersisik, merayap, dan kasar. Apa yang paling mengejutkan ialah reputasi buaya sebagai pemakan manusia.

Perasaan buruk dan bermusuhan terhadap makhluk itu telah mencetuskan kesan serius yang mengakibatkan kematian yang tidak sepatutnya terhadap banyak buaya yang tidak bersalah itu. Buaya sering dibenci sebagai pembunuh manusia, sering dilayan dengan penuh kebencian oleh kumpulan orang ramai, yang hanya berniat untuk menghapuskan makhluk itu dengan penuh kebencian dan dendam. Tingkah laku tidak bermoral dan mengejutkan ini tidak lain dan tidak bukan satu keganasan menyembelih makhluk yang lemah ini di mana kumpulan orang ramai ini mendapatkan kebanggaan dan balas dendam.

Pendera haiwan ini amat berbahaya kepada semua orang: mereka mengeluarkan isu mereka ke atas manusia dan bukan manusia dan mestilah ditangkap sebelum mereka bertindak sekali lagi.

Manusia sebagai hieraki tertinggi alam semula jadi seharusnya menjadi pelindung hidupan liar dan haiwan, bukan pemusnah. SAM benar-benar sependapat dengan Basar Manullang, Ketua Agensi Pemuliharaan Sumber Asli Indonesia, bahawa buaya adalah makhluk Tuhan yang perlu dilindungi.

Kumpulan orang ramai ini tidak seharusnya membuat keputusan sendiri. Apa yang mereka lakukan ini bertentangan sekali dengan undang-undang. Kini tiba masanya pihak polis dan agensi pemuliharaan bekerjasama untuk memastikan siapakah yang bertanggungjawab terhadap pembunuhan itu.

Komuniti tempatan tidak seharusnya membunuh buaya dengan sewenang-wenangnya kerana ia akan menjadi contoh kepada orang lain yang akan meniru kelakuan itu. Ini adalah satu contoh yang tidak baik dan berbahaya. Contohnya, jika seekor harimau atau spesies terancam lain membunuh seseorang, adakah spesies itu akan dibunuh dengan cara yang kejam?

Memandangkan buaya adalah spesies yang dilindungi di Indonesia, kenapa Kementerian Alam Sekitar dan Perhutanan terus berdiam diri berhubung isu ini? Pihak Kementerian perlu bekerjasama dengan pihak polis dan NGO dalam mendakwa pelaku yang bertanggungjawab memulakan rusuhan yang membawa kepada pembunuhan itu. Buaya tertakluk kepada undang-undang pemuliharaan negara, di mana perlindungan harus diberikan kepadanya yang diklasifikasikan sebagai spesies yang dilindungi.

Pada masa kini, hanya cara yang berkesan untuk mengelakkan pembunuhan yang tidak wajar dan tiada belas kasihan itu ialah dengan mendakwa pelaku dan memenjarakan mereka bagi tempoh masa yang panjang. Inilah apa yang SAM harapkan pihak kehakiman lakukan dan tidak mengambil ringan pelaku yang melakukan jenayah keganasan, agar kes ini menjadi yang pertama dan terakhir.

Surat Kepada Pengarang, 6 Ogos 2018