Penerbitan CAP – “AGROEKOLOGI UNTUK SEMUA: INISIATIF DI MALAYSIA

Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) telah menerbitkan buku Agroekologi Untuk Semua: Inisiatif Di Malaysia, yang meneroka amalan terbaik agroekologi melalui pengalaman peribadi petani kecil, pekebun bandar, komuniti, institusi sosial dan pendidikan serta individu. Penerbitan ini menonjolkan agroekologi sebagai cara untuk berusaha ke arah kedaulatan makanan, di mana kawalan benih kekal di tangan petani dan tanah digunakan dengan cara yang mampan dari segi ekologi.

Buku ini memaparkan usaha CAP ke arah menyemai amalan agroekologi yang baik dalam kalangan rakyat Malaysia sejak sedekad yang lalu. Ia memprofilkan orang ramai daripada pelbagai latar belakang yang berbeza, kumpulan umur dan profesion yang telah mencuba berusaha dengan tangan mereka sendiri dalam mengamalkan agroekologi sebagai sebahagian daripada kehidupan mereka.

Berikut adalah pautan kepada buku tersebut:
https://consumer.org.my/wp-content/uploads/2023/07/4-Julai-2023-Agroecology-for-All_Malay-version.pdf