Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) kecewa apabila pindaan undang-undang Akta Kemudahan dan Standard Minimum Perumahan Pekerja 1990 tidak menjadikan satu mandatori bagi majikan untuk menyediakan pekerja mereka dengan perumahan. Ini merupakan satu langkah ke belakang dalam bentuk kerajaan menangani dengan keadaan buruk pekerja asing dan malah pekerja tempatan yang bekerja jauh dari rumah. Majikan seharusnya menyediakan perumahan bagi pekerja ini terutama sekali bagi mereka yang hanya dibayar gaji minimum.
Apabila orang tempatan mahu mengambil pekerja asing, telah menjadi amalan biasa kontrak yang ditandatangani antara dua pihak itu termasuk majikan akan menyediakan makanan dan tempat tinggal kepada pekerja dan kos itu akan ditanggung oleh majikan. Sementara ini akan memastikan pekerja asing tidak terabai, sering kali tempat tinggal yang disediakan oleh majikan mereka tidak sihat dan berbahaya.
Tidak seperti pekerja asing, pekerja tempatan yang diambil bekerja oleh syarikat yang jauh dari rumah biasanya dibiarkan hidup sendiri. Ini juga tidak adil memandangkan mereka yang berhijrah ke negeri lain untuk bekerja juga tidak berdaya sepertimana pekerja asing yang datang dari negara berbeza untuk bekerja.
Undang-undang baharu perlu meringankan masalah ini sepenuhnya dengan menjadikan perumahan pekerja mandatori tetapi ia tidak dilakukan. Dua perkara mengenai undang-undang baharu yang perlu diutamakan. Pertama ialah menjadikan pilihan bagi majikan untuk menyediakan pekerja mereka dengan perumahan (kecuali pekerja estet) dan majikan mungkin mengutip sewa atau sebarang caj berkaitan tempat tinggal. Kedua ialah perumahan pekerja mestilah memenuhi standard minimum yang dinyatakan dalam Akta dan perumahan mestilah mempunyai Sijil Penginapan.
Menetapkan standard minimum dan memerlukan sijil boleh menjadi satu perkara yang baik memandangkan pekerja tidak akan tinggal dalam situasi bahaya seperti pekerja pembinaan yang tinggal dalam kontena di tapak pembinaan atau terlalu ramai pekerja kilang yang tinggal dalam keadaan bersesak-sesak di dalam unit flat kos rendah.
Bagaimanapun, tidak menjadikan satu mandatori bagi majikan untuk menyediakan penginapan tidak baik memandangkan ramai majikan kini mungkin memilih untuk tidak menyediakan tempat tinggal bagi pekerja mereka, baik mereka itu pekerja tempatan atau asing. Mereka yang terdesak masih mahu bekerja jauh dari rumah dan jika mereka tidak mampu untuk memiliki rumah sendiri maka bilangan mereka yang tidak berumah akan meningkat. Atau mereka menggunakan sebahagian besar daripada pendapatan mereka untuk membayar sewa dan berakhir dengan meminjam dan akhirnya terperangkap dalam hutang. Kedua-dua senario ini amat buruk.
Kami mengulangi bahawa amalan biasa majikan menyediakan penginapan untuk pekerja asing mereka perlu dijadikan satu mandatori bagi semua pekerja, baik pekerja asing atau tempatan.
Kenyataan Akhbar/Surat Kepada Pengarang, 26 Julai 2019