Pantai dan ekosistem laut Pulau Pinang menghadapi pelbagai cabaran, termasuk projek penambakan yang berleluasa, pencemaran laut dan perlindungan yang tidak memadai bagi nelayan pantai.
Persatuan Nelayan Pulau Pinang (Pen Mutiara) ditubuhkan di bawah Akta Persatuan Nelayan 1971, lebih 50 tahun dahulu.
Ia adalah sebuah organisasi yang mempunyai yang mempunyai kelayakan dan tanggungjawab untuk mewakili dan melindungi hak serta kesejahteraan 6,000 nelayan di Pulau Pinang.
Pen Mutiara amat prihatin dengan isu-isu alam sekitar yang melanda komuniti pantai kami. Dengan itu, kami ingin mengeluarkan kenyataan ini untuk menarik perhatian kepada calon-calon pilihan raya di Pulau Pinang mengenai isu-isu mendesak dan menuntut tindakan segera daripada mereka.
Pantai dan ekosistem laut Pulau Pinang menghadapi pelbagai cabaran, termasuk projek penambakan yang berleluasa, pencemaran laut dan perlindungan yang tidak memadai bagi nelayan pantai.
Sebagai wakil komuniti nelayan, kami menyeru calon-calon pilihan raya di Pulau Pinang untuk keutamaan kepada tuntutan-tuntutan berikut untuk kemajuan komuniti pantai kami:
1. Hentikan projek penambakan di Pulau Pinang
Aktiviti penambakan laut yang tidak terkawal dan tidak mampan di Pulau Pinang membahayakan ekosistem marin dan mata pencarian nelayan pantai kami. Kami mendesak calon-calon Pilihan Raya Negeri Pulau Pinang untuk menghentikan projek-projek penambakan yang dalam perancangan dan yang baharu diluluskan serta meneroka alternatif ekonomi mampan yang tidak mengorbankan alam sekitar kami.
2. Galakkan pertumbuhan Ekonomi Biru (Blue Economy)
Kerajaan Pulau Pinang mesti menerima pakai dan melaksanakan strategi Ekonomi Biru, di mana pertumbuhan ekonomi yang mampan, harus sejajar dengan pemeliharaan lautan.
Contohnya, sektor ekopelancongan marin patut digalakkan. Operasi ekopelancongan marin fauna dan sumber semula jadi dan aktiviti memancing dapat merangsang ekonomi tempatan serta memperkasakan Persatuan Nelayan Pulau Pinang.
3. Konservasi dan pemeliharaan laut
Calon-calon Pilihan Raya Negeri Pulau Pinang perlu memasukkan komitmen ini dan mengambil langkah segera untuk melestarikan serta memelihara sumber-sumber marin kami.
Calon-calon mestilah berjanji untuk melaksanakan peraturan yang lebih ketat agar pencemaran laut dikurangkan, habitat-habitat penting dilindungi, dan amalan menangkap hasil laut secara bertanggungjawab digalakkan.
Semua ini adalah penting bagi kelestarian ekosistem pantai kami.
4. Iktirafkan kampung nelayan sebagai Tapak Warisan
Banyak kampung-kampung nelayan di Pulau Pinang mempunyai kepentingan sejarah dan budaya yang bernilai.
Contohnya, kawasan Perkampungan Nelayan Teluk Kumbar yang memiliki catatan sejarah sejak 1880. Kami menyeru kepada calon yang menang dalam Pilihan Raya Negeri ini untuk mengesyorkan kepada pihak berkuasa agar kawasan komuniti nelayan di Pulau Pinang dijadikan Tapak Warisan.
Ini mampu memastikan perlindungan komuniti pesisir pantai serta memelihara tradisi dan cara hidup mereka.
5. Tubuhkan Pelan Induk Strategik bagi Ketahanan Iklim di Pulau Pinang
Perubahan iklim membawa cabaran yang besar kepada komuniti pantai.
Adalah penting bagi Kerajaan Negeri untuk membangunkan dan melaksanakan pelan strategik yang membantu komuniti nelayan pantai kami untuk menyesuaikan diri dan berdaya tahan terhadap kesan perubahan iklim.
Ini termasuk menyediakan infrastruktur dan sumber yang diperlukan , latihan, dan sokongan untuk memastikan mata pencarian mereka terpelihara. Calon Pilihan Raya Negeri yang menang mesti mendukung dan memperjuang pelan ini.
Persatuan Nelayan Pulau Pinang beriltizam untuk bekerjasama dengan calon yang dipilih oleh rakyat pada Pilihan Raya Negeri Pulau Pinang untuk menangani kebimbangan ini dan membangunkan satu pelan yang adil dan strategik bagi nelayan pantai yang menekankan matlamat pembangunan mampan.
Dengan mengambil tindakan segera, kami boleh melindungi hak dan mata pencarian nelayan pantai serta memastikan kelestarian komuniti pantai kami dalam jangka masa panjang. – Pen Mutiara
Disokong oleh:
- Pertubuhan Jaringan Ekologi dan Iklim (Jedi), Pulau Pinang
- Agora Society
- Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP)
- Sahabat Alam Malaysia (SAM)
- Persatuan Penduduk Tanjong Bungah (TBRA)
- Penang Public Transport Users Association (PeTUA)
- Persatuan Aliran Kesedaran Negara (Aliran)
- Forum Kedaulatan Makanan Malaysia (FKMM)
- Pertubuhan Lestari Khazanah Alam Pulau Pinang (LEKAS)
- Pertubuhan Pelindung Khazanah Alam Malaysia (PEKA)
- Persatuan Kesedaran dan Keadilan Iklim Malaysia (Klima Action Malaysia – KAMY)
- Pertubuhan Alam Sekitar Sejahtera (GRASS Malaysia)
- Greenpeace Malaysia
- Family Frontiers
- Alliance of River Three (ART!)
- Pertubuhan Sisa Sifar Malaysia (Zero Waste Malaysia)
- Gabungan Darurat Iklim Malaysia (GDIMY)
- Five Arts Centre
- Persatuan Aktivis Sahabat Alam (KUASA)
Sumber: Aliran (4 Ogos 2023)