Lebih 400 pelajar sekolah rendah daripada Darjah 4-6 memulakan hari persekolahan mereka pada hari Rabu lalu (29 November 2023) dengan mendengar ceramah mengenai “Penjimatan dan Pemuliharaan Tenaga” oleh CAP. Sesi ini sangat interaktif di mana semua pelajar terlibat dalam perbincangan dan memberikan pendapat mereka mengenai gas rumah hijau dan kesan terhadap perubahan iklim.