Kita hidup di atas planet biru ini dengan lautan dn laut meliputi lebih daripada 70% daripada Bumi. Lautan menyumbang makanan kepada kita, mengawal iklim, dan menjana kebanyakan oksigen yang kita sedut. Ia menyokong sektor utama ekonomi seperti pelancongan dan perikanan. Dan ia menjadi tempat yang aman bagi biodiversiti daripada ikan paus kepada plankton dalam habitat dan daripada terumbu karang yang disinari cahaya matahari hinggalah kepada lautan kutub.
Walaupun ia amat penting, lautan dan pantai berhadapan dengan ancaman yang belum pernah terjadi sebelumnya. Berjuta tan sisa plastik memasuki lautan dunia dan menjejaskan makhluk termasuk burung laut, penyu dan ketam. Perubahan iklim merosakkan terumbu karang dan ekosistem utama lain.
Manusia memotong terlalu banyak kayu daripada hutan bakau dan membersihkannya untuk ternakan ikan dan aktiviti lain. Penangkapan ikan berlebihan mengancam kestabilan stok ikan, pencemaran nutrien menyumbang kepada kewujudan zon mati, dan hampir 80% air sisa dunia dibuang tanpa rawatan.
Pemulihan lautan dan pantai bermaksud mengurangkan tekanan kepada ekosistem supaya ia boleh pulih, secara semula jadi dan dengan penyemaian semula benih atau penanaman spesies utama. Ia juga bermakna memahami bagaimana untuk menjadikan ekosistem dan komuniti lebih berdaya tahan dalam menhadapi perubahan global.
Contohnya, kerajaan dan komuniti perlu menjadikan perikanan mampan. Pencemaran mestilah dirawat sebelum ia mencapai lautan, dan sisa pepejal seperti plastic dijauhkan sama sekali.
Kota raya pesisir pantai yang semakin berkembang perlu dilindungi, bukan diganti, ekosistem pantai. Dan terumbu karang, hutan bakau dan rumput laut mestilah diuruskan dengan berhati-hati dan dipulihkan secara aktif supaya lautan terus menyokong bilion kehidupan di seluruh dunia.
UN Environment Programme
Food and Agriculture Organization of the United Nations (FAO)
#WorldEnvironmentDay2021 #GenerationRestoration #EcosystemRestoration #PlasticPollution