RECYCLE: Membuang sisa plastik secara sempurna dengan mengikut garis panduan kitaran semula tempatan

 

Mengitar semula pembungkusan untuk memproses semula bahan menjadi produk berguna. Pembuangan yang tidak sempurna mendedahkan risiko bocoran plastik ke dalam alam sekitar dan pencemaran sisa sungai.

Dianggarkan hanya 9 peratus dari semua plastik yang dihasilkan telah dikitar semula (Parker, 2018).

Perubahan tingkah laku boleh membantu meningkatkan permintaan untuk plastik kitar semula.

Tindakan yang boleh diambil:

> Fikirkan tentang ‘R’ yang lain sebelum memutuskan untuk membuang produk.

> Ketahui bahan mana yang boleh dikitar di daerah anda dan bertanggungjawab membuang benda. Misalnya di UK pemproses sisa buangan sukar mengenali bungkusan plastik hitam untuk dikitar semula.

> Menuntut akses bagi mendapatkan prasarana dan pungutan sisa yang lebih baik

> Pelajari apa makna label kitaran semula dan patuhi arahan untuk membuang barangan dengan betul.

> Sebarkan mesej penting yang baharu dilancarkan untuk menggalakkan kerajaan, peniaga, penggubal piawaian dan pertubuhan pelabelan meningkatkan komunikasi lestari mengenai label.

Peniaga menggunakan label tersendiri dan bersama pendidikan pengguna bagi    menggalakkan pembuangan sisa yang bertanggungjawab. Kerajaan pula melabur dalam prasarana kitar semula dan pengurusan sisa serta kutipan sisa di peringkat kebangsaan.