REUSE: Lanjutkan jangka hayat produk plastik dengan menggunakannya semula

Mengguna semula barangan plastik untuk melanjutkan usia/jangka hayatnya akan memaksimumkan penggunaannya dan mengurangkan buangan plastik.

Menggunakan semula pisau, sudu dan garpu plastik atau memilih alatan yang boleh dikompos memungkinkan anda menjimatkan 466 barangan plastik tidak perlu setiap tahun (WWF). Tambahan pula, menukar 20% pembungkusan plastik menjadi model guna semula adalah peluang perniagaan bernilai USD10 bilion yang menguntungkan pengguna dan merupakan unsur penting dalam usaha untuk menghapuskan sisa dan pencemaran plastik (Ellen MacArthur Foundation, 2019).

Peningkatan dalam permintaan membuatkan peniaga memperluaskan pilihan untuk pengguna mengguna semula.

Tindakan yang boleh diambil:

> Mengguna semula sebelum mengitarnya semula

> Mengguna semula bahan pembungkusan atau menghantar semula kertas pembungkus untuk digunakan semula.

> Mengguna semula beg untuk membeli-belah dan membawa barangan

> Mencuci dan mengguna semula bekas makanan bawa pulang

> Menjual atau menderma produk agar orang lain boleh menggunakannya

Kerajaan mempromosi guna semula dan struktur ekonomi sirkular untuk sistem plastik. Peniaga pula menetapkan sasaran rantaian bekalan khusus untuk guna semula. 83% daripada responden pengguna merasakan adalah penting atau amat penting bagi syarikat merekabentuk produk untuk kegunaan semula atau dikitar semula (Accenture, 2019).