Sahabat Alam Malaysia (SAM) mengalu-alukan usaha Bank Negara Malaysia (BNM) dan Suruhanjaya Sekuriti (SC) dalam mempercepatkan tindakan iklim melalui sektor kewangan, melalui Jawatankuasa Bersama mengenai Perubahan Iklim (J3) yang ditubuhkan untuk mempeloporinya.
Kami memuji usaha BNM dan SC dalam memimpin usaha mempercepatkan tindakan iklim dalam sektor swasta, dengan memastikan bahawa institusi kewangan tempatan mengambil langkah yang secukupnya, pencegahan dan membina penampan terhadap risiko iklim.
Kami merasa amat gembira apabila mendapati ahli JC3 (dalam kenyataan mereka pada 15 September baru-baru ini) telah mengesahkan akan kepentingan menguruskan perubahan iklim “memandangkan risiko ketara dan kesan sistemik iklim boleh menimbulkan kesan kepada kehidupan kita.”
Kami bersetuju dengan JC3 bahawa wabak COVID-19 semasa telah mengajar kita banyak pengajaran, termasuk “kejutan permintaan dan bekalan yang merebak melintasi sempadan”, dari mana kita mesti mempelajarinya.
SAM mengalu-alukan kesedaran bahawa “ini telah meningkatkan keadaan yang mendesak kepada usaha JC3 dalam menyokong usaha untuk membina ketahanan terhadap keadaan berkaitan alam sekitar dan iklim, dan peralihan secara tersusun kepada ekonomi yang lebih mampan.”
Ini memang penting melalui usaha ini untuk menggerakkan sektor kewangan ke arah menjadikan pelaburan kewangan yang lebih bertanggungjawab dan beretika dalam meningkatkan pembiayaan rendah karbon dan alam sekitar, serta dalam memberikan perhatian yang sama kepada pelaburan dalam penyesuaian iklim.
Kesepakatan penyesuaian dengan melaksanakan langkah untuk meningkatkan ketahanan negara terhadap kesan iklim seperti dalam pelaksanaan sistem amaran awal untuk mengurangkan risiko banjir atau untuk membolehkan aktiviti ekonomi lain menyesauikan dengan perubahan iklim.
Apa yang paling mengejutkan daripada kajian global baru-baru ini ialah kekurangan persediaan mencukupi yang jelas di kebanyakan kota dan negara di seluruh dunia, termasuk kita sendiri dalam menangani kemungkinan kesan iklim daripada perubahan iklim.
Lebih daripada dua dalam tiga kota di seluruh dunia sudah pun melihat kesan perubahan iklim daripada gelombang panas kepada banjir yang lebih buruk, tetapi hanya sedikit mempunyai pelan yang berkesan dalam menangani ancaman ini. tampaknya, batasan belanjawan menjadi alasan utama kota ini mengatakan mereka gagal untuk bertindak terutamanya terhadap ancaman jangka panjang.
Oleh itu, melabur dalam penyesuaian kini amat penting. Diketahui bahawa pembiayaan bagi pencegahan (mengurangkan pelepasan gas) biasanya diutamakan daripada penyesuaian, memandangkan yang awal itu boleh menjana pendapatan manakala yang akhir itu tidak. Tetapi untuk mengabaikan tindakan penyesuaian akan membawa kepada kerugian ekonomi yang teruk seperti kebakaran hutan dan kesan daripada banjir.
Dalam kes pelaburan dalam usaha berkaitan pencegahan, kami menekankan keperluan untuk mengakhiri pembiayaan bahan api fosil.
Amat merisaukan untuk mengetahui bahawa bank Malaysia berisiko ketinggalan untuk menyokong industri yang semakin mati, memandangkan pelaburan yang besar dalam tenaga haba arang batu dan tenaga arang batu, manakala landskap global tenaga diperbaharui terus berkembang dengan pesat.
Manakala sesetengah bank Malaysia telah menyatakan bahawa mereka sedang mengambil pendekatan berfasa untuk meredakan pembiayaan arang batu, keperluan ini lebih mendesak dalam mengakhirinya sama sekali.
Laporan Panel Perubahan Iklim Antara Kerajaan (IPCC) baru-baru ini menyatakan bahawa pemanasan global cenderung untuk mencapai 1.5°C antara 2030 dan 2052 jika pelepasan gas terus meningkat pada kadar semasa. Malah sesetengahnya meramalkan bahawa paras 1.5°C akan dicapai lebih awal.
Pada masa kini ia sudah pun meningkat 1°C, dunia menyaksikan perubahan ketara dalam iklim seperti kadar penurunan hujan yang lebat yang tidak pernah dilihat sebelum ini termasuk di negara ini serta kebakaran hutan yang besar.
Oleh itu, melakukan lebih banyak perkara berhubung perubahan iklim dengan keperluan yang mendesak amat penting, terutama sekali dalam sektor kewangan yang boleh membentuk arah ke mana yang kita tuju.
Pilihan kewangan kita akan menentukan sama ada kita berada di jalan rendah karbon dan masa depan yang lebih selamat yang juga tahan kepada kesan iklim atau sama ada kita terdedah kepada seluruh beban risiko yang sama kepada wabak COVID-19 yang memberikan kesan meluas ke seluruh semua sektor termasuk kehidupan dan ekonomi kita.
Oleh itu, kami sekali lagi mengulangi desakan bagi sektor kewangan dan bank untuk memastikan pelaburan mesra iklim.
Surat Kepada Pengarang, 1 Oktober 2020