Saranan Suruhanjaya Siasatan Negeri (SSN) berhubung tragedi Granito di Tanjung Bungah yang membawa kepada 11 kematian pekerja pada 21 Oktober 2017, mestilah diterjemahkan dengan segera kepada tindakan dan dilaksanakan oleh semua agensi kerajaan yang berkaitan.
Ini perlu dilakukan dalam usaha untuk mencegah tragedi berkaitan pembangunan di lereng bukit dan kawasan berbukit pada masa depan, bukan hanya di Pulau Pinang tetapi di seluruh negara.
Kehilangan 11 nyawa pada hari kejadian tidak seharusnya sia-sia dan pembaharuan sebenar mestilah memberikan hasil, daripada pengajaran yang dipelajari dan saranan yang dibuat oleh SSN.
TBRA telah mengambil bahagian aktif dalam SSN dan kami gembira untuk melihat bahawa sesetengah gesaan kami agar dilakukan pembaharuan tergambar dalam saranan itu.
Antaranya yang utama ialah saranan supaya dipinda ‘Garis Panduan Keselamatan bagi Pembangunan Kawasan Bukit 2012’ “untuk memastikan ia digunakan kepada sebarang dan semua lereng (sama ada kekal atau sebaliknya), semula jadi atau buatan manusia (dan sama ada wujud atau hanya dibentuk kemudian ketika pembinaan),” yang memiliki (atau niat untuk memiliki) sebarang ketinggian melebihi 25 darjah kecerunan.” SSN menyarankan dalam kes seperti itu, laporan geoteknikal dan pemeriksaan bebas mestilah diwajibkan berhubung cerun seperti itu.
Dalam kes Granito, semua Pihak termasuk jurutera yang didapati bertanggungjawab bagi kegagalan cerun oleh SSN serta Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP), mengambil kedudukan bahawa Garis Panduan Tanah Bukit tidak diguna pakai bagi projek itu, memandangkan tapak binaan bagi projek itu di atas tanah berkecerunan di bawah 25 darjah dan Garis Panduan hanya diguna pakai untuk cerun semula jadi dan bukan cerun buatan manusia.
Seperti mana yang disahkan oleh SSN, malah apabila Jabatan Kejuruteraan MBPP dimaklumkan kepada hakikat bahawa cerun 60 darjah sedang dipertimbangkan berdasarkan pelan kerja tanah bagi projek itu, MBPP tidak mengenakan pemakaian Garis Panduan Tanah Bukit, yang memerlukan laporan geoteknikal dan pelantikan pemeriksa bebas.
TBRA telah berhujah kepada SSN bahawa jika MBPP mengenakan keperluan itu, tragedi ini mungkin boleh dielakkan.
Sementara laporan SSN amat tegas dan kuat dalam kritikannya terhadap jurutera yang terlibat dalam projek ini, dan kami memuji panel Pesuruhjaya baginya, kami kesal bahawa SSN tidak keras terhadap MBPP berhubung perkara ini, apabila ia merumuskan bahawa pihak berkuasa tempatan tidak bertanggungjawab memandangkan “adalah tidak munasabah (tanpa manfaat pengalaman lalu) bagi MBPP untuk melayan (pelan kerja tanah) sebagai ‘kaedah kerja’ ke arah mencapai pembinaan dinding multi-tier” dan MBPP “tidak bertanggungjawab bagi meneliti kaedah kerja”.
Kami percaya MBPP perlu menerima lebih banyak bidasan daripada SSN dan dibiarkan terlepas terutama sekali apabila mereka tidak menjalankan pemeriksaan tapak, walaupun mengetahui pembinaan cerun curam sedang dijalankan.
Penemuan SSN jelas mendedahkan banyak kekurangan dalam dasar kita dan kemampuan penguatkuasaan terhadap pembangunan tanah bukit dan cerun bukit.
Kami bersetuju dengan saranan SSN bahawa “MBPP perlu segera menyusun dan menguatkuasakan dasar bahawa tiada projek pembangunan perlu dibenarkan untuk menjalankan sebarang kerja (termasuk kerja tanah), melainkan dan sehingga jurutera residen bertauliah dilantik dan ditempatkan di tapak projek bagi menyelia kerja pembinaan…”.
Ia juga bagus apabila laporan SCI juga menyarankan supaya “MBPP membuat pemeriksaan mengejut, dengan mengunjungi tapak pembinaan, dari semasa ke semasa. Jika perlu, sumber manusia dalam Jabatan Penguatkuasaan MBPP perlu diperbesarkan dengan pekerja yang berkelayakan.”
Melainkan kemampuan penguatkuasaan pihak berkuasa perbandaran kita ditingkatkan dengan lebih serius dan diikuti dengan ketegasan terhadap semua pembangunan kawasan bukit, tragedi seperti apa yang berlaku dalam kes Granito akan berulang lagi.
Meletakkan kepercayaan sepenuhnya kepada jurutera, pemaju dan kontraktor untuk mengikuti undang-undang tentulah tidak bijaksana sepertimana yang dilihat daripada tragedi ini.
Kami berharap langkah Kerajaan Negeri Pulau Pinang menubuhkan satu jawatankuasa melibatkan pelbagai agensi bagi memberikan saranan berikutan laporan SCI dipercepatkan dan diambil tindakan dengan segera.
Sehinggalah pembaharuan dilaksanakan, tiada pembangunan tanah bukit dan cerun bukit perlu diluluskan.
Siaran Akhbar, 30 Ogos 2019