Satu ‘Multiversity’ bernama CAP

Oleh Dzulkifli Abdul Razak*

Pada 1969, universiti Malaysia kedua ditubuhkan di utara yang dikenali sebagai Universiti Pulau Pinang. Ia kemudiannya dinamakan Universiti Sains Malaysia. Di bawah kepimpinan naib canselor Tan Sri Hamzah Sendut yang dinamik, UPP terkenal di seluruh dunia dengan banyak kejayaan pertamanya. Saya antara pelajar perintis.

Sedikit yang saya ketahui ketika itu terdapat sebuah lagi pertubuhan dibentuk pada masa yang sama. Tidak lama kemudian saya terikat dengannya dalam pencarian untuk pendidikan seimbang.

Dalam masa singkat, Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) mendapat tempat dalam masyarakat, di bawah pimpinan S. M. Mohamed Idris sebagai presidennya. Seperti USM, ia juga menempa banyak sejarah pertamanya, mungkin lebih lagi. Saya bernasib baik menjadi pelajar kepada kedua-dua institusi ini sejak dari mula penubuhannya.

Dalam banyak cara CAP seolah-olah sebuah “universiti” yang saya telah menyediakan diri untuknya. Ia berorientasikan pengguna dan komuniti, bebas (autonomi), benar dan terbabit dengan isu harian, bersemangat dan inklusif.

Universiti konvensional ketika itu merupakan “menara gading” dan “elitist” yang dibanggakan. Hanya dalam beberapa tahun lalu mereka berjaya membuang imej lama dan cuba untuk menerapkan apa yang dilakukan CAP.

Sementara CAP terus mengambil isu besar dan lebih global yang melibatkan kemanusiaan, universiti kembali kepada “menara gading” dangan “rankers” dan dorongan komersial. Kemanusiaan tidak menjadi sebahagian daripada kriteria itu.

CAP melancarkan dirinya sendiri dengan misi “untuk menggalak dan berusaha ke arah ekologi yang lebih mampan dan masyarakat yang adil – bersuara untuk pengguna. Ia kekal tidak dapat ditandingi oleh universiti.

Pada 1982, Menteri Alam Sekitar, Datuk Stephen Yong mengunjungi CAP dan menyatakan penubuhan kementerian itu berkait dengan CAP – satu penghormatan kepada CAP dalam kelas tersendiri yang mendahului masa. Pada tahun yang sama CAP terbukti mengotakan janji apabila “bersuara” bagi pihak petani Thean Teik di Pulau Pinang menentang mereka yang berkuasa.

Selepas itu semuanya menjadi sejarah apabila CAP menyentuh lebih banyak hati dan minda dengan jujur, ikhlas, dan secara langsung. CAP menjadi terkenal di seluruh negara dan dunia sebagai ikon dalam memperjuangkan keadilan sosial dan ekologi.

Sesuatu yang menyedihkan yang hilang dalam institusi pendidikan tinggi di mana generasi “pengguna” akan datang “diajar” tujuan silang sebagai modal insan. Saya memperoleh manfaat (dan masih menerimanya) yang terbaik dari kedua-duanya. Mungkin lebih dari CAP kerana keprihatinannya yang begitu dekat dan baik dalam bentuk konteksnya dari sudut pembelajaran bersama.

Keprihatinan CAP bukanlah bahan buku teks (terutama apabila kebanyakannya “diimport” dan bercampur dengan orientasi dan pandangan dunia asing) dengan kebijaksanaan tempatan dan asli menambah nilai kepada pencarian untuk penyelesaian paling wajar. CAP melaksanakan apa yang dicakapkan.

Gesaannya ke arah “berfikir global, bertindak lokal” serasi dengan aktivis yang menumpukan hidup mereka kepada CAP sehingga mampu untuk menyesuaikan diri dengan keadaan tempatan, bertentangan dengan mereka yang mempunyai kepentingan. Sering ia menjadi pembuka mata kepada mereka yang begitu obses terhadap pemeradaban dunia.

Tetapi bagi CAP proses yang terbabit adalah sebaliknya – membezakannya daripada institusi “kelas dunia” yang lebih cenderung untuk “meniru” daripada menjadi “asli” dalam usaha untuk kekal begitu.

CAP adalah “universiti” tersendiri berdasarkan 50 tahun menyumbang dan menjadi perintis badan pengetahuan keseluruhan yang baharu (asli) yang benar-benar “translational” sifatnya – sesuatu yang universiti diarahkan untuk melakukannya dengan perasaan yang bercampur- baur.

Bagi saya, CAP lebih daripada itu – ia suatu multiversity – kerana mampu untuk menyambung bukan sahaja antara lokal kepada global, tetapi juga teori untuk diamalkan, masa lalu ke masa hadapan, rakyat kepada pemimpin, yang muda kepada yang tua, sementara menjauhi rasuah dan amalan tidak beretika. Dan dengan penuh rasa tanggungjawab serta rasa hormat dalam memenuhi kepercayaan yang diberikan oleh pengguna melalui khidmat selama lima dekad dan seterusnya.

Tiba masanya bagi orang lain membuang penutup mata dan memperlajari daripada CAP bagaimana untuk terus kekal dalam mencetuskan “revolusi pendidikan” (ingat Pak Lah); tidak hanya untuk mengubah atau membentuk semula. Dengan berbuat demikian pihak Kementerian akan memperolehi manfaat besar daripada “kepakaran” unik Malaysia daripada badan seperti CAP, Makna dan Mercy (antara beberapa nama) dalam mengembangkan Malaysia dan meletakkan Malaysia di dalam peta sebagai pemimpin dunia sebenar. – The Sun, 21 Mac 2018

*Penulis memperolehi manfaat besar daripada falsafah CAP, cara yang unik dan berani dalam usaha menjadikan USM universiti berstatus APEX pada 2008 dan menghidupkan moto USM “Kami Memimpin”.