Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP), Majlis Hijau Pulau Pinang (PGC), Majlis Hindu Sangam Bukit Bendera Malaysia (MHS) dan Pengurusan Kuil Sri Singamuga Kaliamman, Teluk Bahang menggesa penganut supaya tidak menggunakan sebarang jenis bahan busa sintetik semasa sambutan perayaan tersebut. Masi Maga Theppa Thiruvizha perayaan perarakan kereta terapung yang disambut pada 17 Februari tahun ini di Teluk Bahang, Pulau Pinang.
Perarakan Kereta Terapung yang disambut pada usia 115 tahun Kuil Singamuga Kaliamman di Teluk Bahang adalah perayaan tepi laut, yang menarik ribuan penganut setiap tahun ke kuil itu. Sebuah pedati terapung yang dihiasi dengan lampu dan bunga yang membawa dewa kuil akan mengadakan lawatan di laut semasa perayaan ini.
Ia telah menjadi tradisi kuil ini; beribu-ribu penganut memasang lampu hiasan pada tanglung untuk diapungkan selepas membuat hajat semasa lawatan kereta kuda. Lampu berhias ini dipasang pada bahan styrofoam dan polistirena yang ringan dan terapung. Styrofoam dan polistirena yang ringan dan terapung mudah bergerak di atas air laut.
Pada masa lalu, ratusan bahan berasaskan busa sintetik ini telah dilihat terapung di laut pada keesokan harinya selepas perarakan. Bahan busa dan plastik ini dikenali sebagai pencemar laut utama yang mengancam kehidupan laut.
Styrofoam dan polistirena tidak boleh terbiodegradasi dan boleh terurai kepada kepingan yang lebih kecil. Ini tersilap termakan sebagai makanan oleh hidupan laut seperti ikan dan penyu yang merosakkan atau membunuh mereka.
Akibat daripada kesan pencemaran marin dan kesan buruk terhadap hidupan liar marin, CAP, PGS, Majlis MHS Bukit Bendera dan pengurusan Kuil mengambil kesempatan ini untuk merayu para penganut agar menjauhkan diri daripada styrofoam atau sebarang jenis polistirena dan bahan asas plastik untuk tanglung cahaya.
Kira-kira dua hingga tiga dekad lalu tanglung ini dipasang pada lapisan batang pokok pisang yang mempunyai sifat terapung dan akhirnya terbiodegradasi di dalam laut. Pihak pengurusan kuil telah mempromosikan alternatif mesra alam sejak beberapa tahun lalu dan tahun ini sekali lagi kuil mengatur alternatif mesra alam.
Oleh itu, CAP bersama PGC, Majlis MHS Bukit Bendera dan pengurusan Kuil menggesa penganut untuk mencari alternatif yang lebih selamat dan mesra alam seperti pinggan yang diperbuat daripada pokok pinang, batang pokok pisang sebagai tanglung ringan. Amalan bakti disertai pendekatan mesra alam akan menjadikan perayaan terapung ini akan lebih bermakna buat penganut di samping menunaikan hajat mereka.
Siaran Akhbar, 15 Februari 2022