SETIAP ORANG MENDAPAT FAEDAH, JIKA PLUMBUM DALAM CAT DIHARAMKAN

 

Perspektif Pemikiran Sistem

Aktiviti ekonomi mendorong permintaan untuk cat. Di banyak negara membangun, termasuk Malaysia, cat plumbum masih digunakan dengan meluas. Pada masa kini di Malaysia tiada undang-undang untuk mengharamkan penggunaan plumbum dalam cat. Ini memberikan kesan buruk kepada kesihatan manusia dan seterusnya memberikan kesan buruk ke atas ekonomi. Pengenalan undang-undang cat plumbum akan menghapuskan penggunaan plumbum dalam cat. Ini akan memecahkan kitaran dan hasilnya menambah baik kesihatan manusia dan aktiviti ekonomi. Ilustrasi mengambarkan Perspektif Pemikiran Sistem [+] mempengaruhi dalam arah yang sama, [-] mempengaruhi dalam arah yang bertentangan.

Untuk mendapatkan maklumat lanjut lihatlah Foresight Briefs diterbitkan oleh Program Alam Sekitar Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (UNEP) di https://wedocs.unep.org/…20.500.11822/34627/FB.pdf

#BanLeadPaint