Banjir yang berulang kali melanda Malaysia telah diburukkan lagi oleh perubahan iklim yang dikaitkan dengan pembalakan dan pembangunan berlebihan. Bencana banjir juga turut mengorbankan manusia dan ternakan.
Apabila bencana alam melanda, haiwan ternakan yang tidak berdaya dan sentiasa menjadi antara banyak mangsa. Namun langkah untuk memindahkan atau melindungi ternakan ini masih belum dilaksanakan. Bantuan dan usaha pemulihan oleh kerajaan hanya tertumpu kepada hampir secara eksklusifnya terhadap orang ramai.
Menurut penternak di Terengganu, banjir pada Disember lalu menyebabkan mereka kerugian RM3.47 juta. Walaupun pada hakikatnya haiwan ini boleh berenang atau cuba melarikan diri jika ia tidak ditambat atau dikurung. Ternakan ini biasanya lemas atau mati akibat terdedah di dalam air banjir yang sejuk.
Jabatan Perkhidmatan Veterinar (JPV) Terengganu melaporkan sejumlah 43,789 ekor lembu, kerbau, kambing, biri-biri, ayam, itik, puyuh dan rusa menjadi mangsa banjir, dengan ayam menjadi mangsa yang paling banyak. Itu hanyalah kerugian yang dilaporkan dari satu negeri di antara banyak yang mengalami banjir baru-baru ini.
Haiwan adalah sumber utama mata pencarian penternak miskin, namun tiada pengurusan bencana untuk ternakan. Tiada kesediaan, pencegahan atau pemulihan yang tertumpu kepada lembu, kerbau, kambing atau ayam.
Banjir menyebabkan haiwan lemas, mengalami trauma, kejutan, patah anggota badan, kehilangan darah, dan dehidrasi dan akibatnya banyak yang mati. Memandangkan betapa besarnya kerugian dan kepentingan ternakan bagi berjuta-juta orang, Pihak Berkuasa Veterinar sepatutnya mengambil alih kepimpinan dalam pengurangan risiko bencana dan pengurusan haiwan. Ini nampaknya peranan yang sewajarnya Perkhidmatan Veterinar Negara Malaysia yang menguruskan haiwan dan kebajikan haiwan di seluruh negara. Sesungguhnya, doktor haiwan kerajaan boleh membantu untuk mencegah penderitaan dan kematian awal dengan merawat haiwan yang ditimpa bencana seperti yang diperlukan menamatkan penderitaan haiwan yang tidak dapat dibantu.
Oleh sebab itu, sebarang pelan bencana yang boleh dilaksanakan mestilah menggariskan peranan dan tanggungjawab doktor haiwan swasta, pemilik dan penjaga ternakan, penternak dan pemilik haiwan lain. Untuk membantu menyediakan doktor haiwan bagi penjagaan kecemasan ternakan dalam bencana seperti banjir yang berulang di Malaysia, Pertubuhan Kesihatan Haiwan Sedunia (WOAH) telah menerbitkan Garis Panduan WOAH mengenai Pengurusan Bencana dan Pengurangan Risiko Berkaitan dengan Kesihatan dan Kebajikan Haiwan bagi negara anggota. Komuniti menghargai haiwan mereka dan meminta bantuan doktor haiwan dalam masa bencana seperti itu. Doktor haiwan adalah amat penting di barisan hadapan dalam bantuan bencana dan pada bulan-bulan pemulihan yang berikutnya.
Terdapat banyak cara untuk menambah baik tindak balas bencana berkaitan dengan ternakan. Doktor haiwan boleh memainkan peranan dengan menjadi perancang dan penasihat dalam pengurangan risiko dalam komuniti mereka sendiri dan dengan membantu pemilik ternakan untuk menyediakan pelan bencana mereka sendiri. Doktor haiwan juga boleh melobi pihak berkuasa tempatan untuk memasukkan haiwan dalam persediaan bencana mereka.
Unit Tindak Balas Kecemasan Veterinar (VERU), dengan kumpulan pelajar veterinar yang sangat terlatih boleh dikerahkan pada masa bencana untuk menyediakan penjagaan veterinar terhadap haiwan yang cedera atau sakit. Sehingga 2012, unit VERU telah diwujudkan dengan kerjasama sekolah veterinar di lapan negara: Colombia, India, Myanmar, Kenya, Nicaragua, Mexico, Thailand dan Costa Rica. Malaysia boleh bekerjasama dengan negara-negara ini untuk membangunkan unit tindak balas Kecemasan Veterinar.
Penggubal dasar di Malaysia masih belum membuat rancangan untuk menyelamatkan dan membantu ternakan dan haiwan bekerja semasa atau selepas bencana, walaupun haiwan ini penting kepada ramai rakyat Malaysia. Kini tiba masanya bagi Jabatan Perkhidmatan Veterinar dan Penternakan Haiwan meninjau sumber yang diperlukan, menentukan peranan dan tanggungjawab mereka yang terlibat (doktor haiwan, pemilik ternakan dan penternak, pelajar veterinar), dan mewujudkan serta menguatkuasakan dasar berkaitan perlindungan dan penjagaan ternakan dan haiwan bekerja semasa dan selepas bencana.
Pelan ini juga bukan semata-mata mengenai menyelamatkan haiwan pada masa bencana, ia mestilah termasuk persediaan dalam jangka masa panjang. Tanpa campur tangan dalam penyelamatan ternakan ia mungkin mati akibat kekurangan makanan, air, dan penyakit akibat daripadanya. Ia juga membantu untuk mengurangkan kerugian kewangan kepada penternak jika Garis Panduan WOAH mengenai Pengurusan Bencana dan Pengurangan Risiko Berkaitan Kesihatan dan Kebajikan Haiwan diterima pakai.
Mohideen Abdul Kader
Presiden
Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP)
Surat Kepada Pengarang, 15 Mac 2023