“Langkah kawalan membabitkan undang-undangtermasuklah statut, peraturan, dan/atau piawaian teknikal mandatori dengan menetapkan had yang terikat dan boleh dikuatkuasakan bagi cat plumbum dengan pengenaan denda jika gagal mematuhinya. Ringkasnya, ia dirujuk dalam dokumen ini sebagai “undang-undang cat berplumbum.” Kawalan peraturan ke atas pelbagai sumber pendedahan kepada plumbum telah dizahirkan demi melindungi kesihatan awam, seperti yang diperhatikan melalui penurunan kepekatan plumbum dalam darah penduduk di banyak negara.
Kesan penting pendedahan plumbum ke atas sosioekonomi
Penurunan IQ memberi kesan buruk kepada produktiviti ekonomi seseorang individu. Potensi kesan kerugian ekonomi setiap tahun kepada masyarakat akibat pendedahan plumbum sejak kecil dianggarkan $977 bilion dalam dolar antarabangsa, iaitu 12% keluaran domestik kasar dunia pada 2011. Kos lain termasuklah yang disumbangkan oleh perlakuan jenayah yang berpotensi dikaitkan dengan pendedahan plumbum, dan kos penjagaan kesihatan bagi rawatan keracunan plumbum, dan rawatan masalah kardiovaskular serta penyakit renal akibat pendedahan kepada plumbum.
Negara-negara yang terus membenarkan pengeluaran, penjualan dan penggunaan cat berplumbum sedang membentuk legasi pendedahan kepada plumbum yang berterusan dan kesan buruk terhadap kesihatan dalam jangka panjang. Menghapuskan cat plumbum sekarang menguntungkan ekonomi pada masa depan, iaitu dari segi mencegah kerugian akibat berkurangnya produktiviti, dan mengelak kos kesan plumbum terhadap kesihatan, dan dalam usaha menangani legasi cat berplumbum untuk menjadikan rumah dan premis lain selamat untuk dihuni. Kos menangani cat legasi dianggarkan antara US$193.8 juta dan US$498.7 juta di Perancis, dan antara US$1.2 bilion dan US$11.0 bilion di Amerika syarikat.” – dari “Global Elimination of Lead Paint” oleh WHO dan UNEP
UN Environment Programme
World Health Organization (WHO)
IPEN: for a toxics-free future
Untuk maklumat lanjut mengenai “Plumbum dan Kesakitan”, dapatkan panduannya di sini