VAKSIN COVID-19: Jangan Dikenakan Bayaran Berlebihan

Jika anda berfikir untuk mendapatkan vaksin CoronaVac atau Covilo Covid-19 dalam persekitaran persendirian, ketahui kosnya. Kerajaan telah mewartakan harga siling bagi 2 vaksin ini. Berdasarkan pekeliling yang diterima oleh Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) baru-baru ini daripada Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), harganya adalah seperti berikut:

> CoronaVac – maksimum RM62 pada peringkat borong, RM77 pada peringkat runcit

> Covilo – maksimum RM49 pada peringkat borong, RM61 pada peringkat runcit

Bagaimanapun harga runcit, tidak termasuk yuran perkhidmatan dan kos barang pakai buang yang digunakan dalam proses vaksinasi.

Pelaksanaan harga bagi 2 vaksin ini, di bawah Perintah Kawalan Harga dan Antipencatutan (Penentuan Harga Maksimum) 2022, yang berkuatkuasa pada 15 Januari 2022.

Di bawah undang-undang, kemudahan kesihatan swasta dan farmasi mesti mempamerkan harga “dalam kedudukan yang mudah dilihat oleh orang ramai yang ingin membeli vaksin”.

Jika anda telah dikenakan bayaran yang berlebihan untuk vaksin, anda boleh mengadu kepada pihak berkuasa di sini:

https://moh.spab.gov.my/eApps/system/index.do