SAM, CAP urge Government to Ban Trawl Nets

Sahabat Alam Malaysia (SAM) and the Consumers’ Association of Penang (CAP) urge the government to immediately ban the use of trawl nets in order to save our fisheries resources from impending extinction.

SAM and CAP are submitting a memorandum to Prime Minister Dato’ Seri Najib Tun Razak today (18 December 2014) expressing our concern that the continued use of trawl nets will not only threaten the livelihood of 80,000 coastal fishers in the country but also adversely impact the future of our fisheries sector. The memorandum will also be submitted to Agriculture and Agro-Based Industry Minister Dato’ Ismail Sabri Yaakob, Secretary General of the Ministry and the Director-General of Fisheries.

Besides SAM and CAP, other non-governmental organizations, fisheries experts and scientists have also expressed their concern on this matter and hope that the issue is given serious attention by the government.

Survey conducted by SAM and CAP found that trawl nets not only trap and kill more than 90% of juvenile fishes and fries but also destroy coral reefs that are breeding grounds for marine life. In recent years, trawlers have been more active in catching small fishes following the increasing demand to supply feed for the aquaculture industry.

Subsequently, there is frequent encroachment by trawlers into the coastal fishing area i.e. Zone A (1 to 8 nautical miles from shore). This has caused depletion of fish stock and thus catch of fishers has dwindled to nearly 70%.

Coastal fishers claim that their livelihood has been threatened since forty years ago due to the activities and encroachment of trawlers. In addition to depleting income, major loss is also suffered when the trawlers collide with their fishing nets. At present about 150 species of marine life are endangered or extinct due to the widespread and uncontrolled use of trawl nets.

SAM and CAP urge the government to ban trawl nets in the country, as implemented by other countries such as Japan, Hong Kong, Indonesia and Palau. If a ban on trawl nets is not imposed now, come 2048, Malaysia’s seas will be out of fish.

———————————————————-

Below is the Memorandum (in Bahasa Malaysia), sent to the Prime Minister Dato’ Seri Najib Tun Razak, the Agriculture and Agro-Based Industry Minister Dato’ Ismail Sabri Yaakob, the Secretary General of the Ministry and the Director-General of Fisheries.

MEMORANDUM

HARAMKAN PENGGUNAAN PUKAT TUNDA DALAM SEKTOR PERIKANAN DI MALAYSIA

18 Disember 2014

Pendahuluan

Perikanan merupakan salah satu sektor terpenting bagi sesebuah negara. Ia bukan saja menjadi tunggak ekonomi bagi membangunkan negara-negara terbabit, malah yang lebih utama sektor ini menjadi nadi kehidupan masyarakat nelayan dan sumber bekalan makanan untuk rakyat serta manusia sejagat.

Di Malaysia terdapat lebih 100,000 nelayan menjalankan aktiviti tangkapan di negara ini. Daripada jumlah tersebut 80,000 daripadanya adalah nelayan pantai yang mencari rezeki di Zon A (1 batu nautika hingga 8 batu nautika dari pantai), dan selebihnya adalah nelayan bot pukat tunda seramai 27,000 orang melibatkan 6,116 buah bot pukat tunda yang mencetuskan berbagai masalah sejak 40 tahun yang lalu.

Berasaskan masalah-masalah yang berlaku serta maklumat-maklumat yang diperolehi hasil tinjauan Sahabat Alam Malaysia (SAM) dan Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP), memorandum ini menggesa Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani bagi pihak kerajaan Malaysia mengharamkan penggunaan pukat tunda di negara ini dengan secepat mungkin.

Kenyataan Masalah

Penggunaan pukat tunda bermata saiz kecil serta kelengkapan berat bukan saja memerangkap dan membunuh (memusnahkan) anak-anak ikan (benih) tetapi juga mengancam serta mencemarkan dasar laut. Pada masa yang sama pukat tunda turut memusnahkan batu karang yang menjadi tempat pembiakan ikan.

Sebuah bot pukat tunda memerangkap atau membunuh lebih 90% anak ikan (benih) yang tidak boleh dimakan dan dipasarkan. Anak-anak ikan ini dijadikan ikan baja dan dibekalkan kepada pengusaha projek akuakultur untuk dijadikan makanan ternakan mereka.

Setakat ini lebih kurang 150 jenis ikan dan lain-lain hidupan laut termasuk udang yang menjadi sumber tangkapan utama nelayan pantai telah dan sedang mengalami kepupusan akibat penggunaan pukat tunda.

Keadaan tersebut menjadi lebih buruk apabila berlaku pencerobohan bot pukat tunda ke kawasan tangkapan nelayan pantai dan gagal dibanteras secara berkesan oleh pihak berkuasa berkenaan. Selain bot pukat tunda tempatan, nelayan bot pukat tunda asing seperti Thailand, Indonesia dan Vietnam turut melakukan perbuatan yang sama.

Berikutan aktiviti bot pukat tunda di negara ini hasil tangkapan dan sumber pendapatan nelayan pantai di negara ini telah merosot mencecah 70% setiap kali turun ke laut. Pada masa yang sama mereka juga mengalami kerugian besar akibat kerosakan alat tangkapan kerana dilanggar oleh bot pukat tunda yang menceroboh Zon A.

World Fish melaporkan bekalan ikan di perairan Malaysia menurun antara 80 hingga 90 peratus akibat penggunaan pukat tunda.

Negara-negara seperti Jepun, Hongkong, Indonesia dan Palau telah mengharamkan penggunaan pukat tunda. Manakala negara-negara yang sedang mengambil tindakan mengurangkan penggunaan pukat tunda ketika ini ialah Taiwan, Korea Selatan, China, Australia, Colombia, Ecuador, Amerika Syarikat, European Union, New Zealand, Ukraine, Papua New Guinea, Peru dan Rusia.

Para saintis meramalkan bahawa manusia bakal kehilangan sumber perikanan menjelang tahun 2048 sekiranya masyarakat antarabangsa gagal bersatu mengharamkan penggunaan pukat tunda yang disahkan menjadi punca kepupusan hidupan laut serata dunia.

Apa Kata Pihak Berkenaan/Kerajaan

Masalah kekurangan ikan menjejaskan sasaran untuk mencapai tangkapan ikan sebanyak 1.76 juta tan metrik menjelang 2020, menurut Laporan Ketua Audit Negara 2012. Antara faktor kekurangan ikan itu ialah perpindahan ikan secara besar-besaran, tangkapan ikan berlebihan, kemusnahan terumbu karang dan pencemaran laut.

Analisis audit menunjukkan jumlah kadar pendaratan ikan sejak 2003 hingga 2012 adalah sangat rendah iaitu pada 1.28 juta tan metrik kepada 1.48 juta tan metrik sahaja. Menurut laporan ini, alam sekitar memainkan peranan amat penting untuk sektor perikanan (Sinar Harian: 3 Disember 2013 )
————————————————————
Vesel pukat tunda adalah 13% dari jumlah vesel dan peralatan menangkap ikan di Malaysia. Ia menyumbang kepada pendaratan ikan laut yang besar iaitu 50% dari jumlah pendapatan ikan laut di negara ini.

Jabatan Perikanan menyedari keburukan peralatan pukat tunda. Pihak jabatan tidak menggalakkan penggunaannya dan telah membekukan lesen baru sejak tahun 1982 serta sentiasa mencari jalan mengurangkan impaknya kepada sumber perikanan. (Mohamad Shaupi Deraman,Timbalan Ketua Pengarah Jabatan Perikanan Malaysia )
———————————————————–
Tindakan tegas bagi menghentikan operasi nelayan pukat tunda akan dilaksanakan dalam masa terdekat bergantung kepada kesesuaian masa untuk memastikan sumber hasil laut dapat dipulihkan.

Bekas Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Mohd Johari Baharum berkata, jika diikutkan hanya negara ini sahaja yang masih membenarkan nelayan menggunakan pukat tunda kerana Thailand dan Indonesia telah mengharamkannya.

Pukat tunda bukan sahaja mengancam banyak spesies ikan seperti ikan terubuk, ikan selar yang kini semakin berkurangan tetapi juga turut mengancam sumber laut yang lain. (Sinar Harian : 4 Februari 2013 )
———————————————————–
Negara kerugian hasil laut yang tinggi apabila lebih 175,000 tan anak ikan dengan nilai kira-kira RM1.5 bilion musnah setiap tahun akibat pencerobohan nelayan yang menggunakan pukat tunda.

Bekas Ketua Pengarah Jabatan Perikanan Malaysia, Datuk Ahmad Sabki Mahmood berkata akibat kegiatan pukat tunda itu juga, kajian mendapati dalam tempoh 29 tahun sumber perikanan negara merosot sehingga 76%. (Berita Harian : 6 Jun 2014 )
————————————————————
Kerajaan akan membatalkan lesen pukat tunda sepenuhnya bermula tahun 2016 selepas mengambil kira kesan penggunaan pukat jenis ini yang menjadi punca utama kemerosotan sumber perikanan negara.

Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, menyatakan keputusan itu diambil selepas mengadakan kajian dan perbincangan dengan persatuan nelayan di seluruh negara sejak tahun lalu.

Kebanyakan nelayan yang menggunakan pukat tunda ini beroperasi di Zon B atau 8 batu nautika dari pantai dan apa yang dikesalkan ada juga nelayan terbabit menggunakan pukat tunda di kawasan yang tidak dibenarkan sehingga menjejaskan pendapatan nelayan pantai. (Berita Harian : 2 November 2014)

Apa Kata NGO/Nelayan Pantai

“Kami berharap agar kerajaan tidak menunggu lama untuk mengharamkan penggunaan pukat tunda di negara ini kerana masalah yang dihadapi oleh nelayan-nelayan pantai sekarang semakin meruncing.

Jika tindakan segera tidak diambil sumber pendapatan dan kehidupan nelayan-nelayan pantai di negara ini akan terjejas dengan lebih teruk lagi”.

Jamaluddin Bin Mohamad, Pengerusi, Persatuan Pendidikan dan Kebajikan Jaringan Nelayan Pantai Malaysia(JARING)

———————————————————-

“Banyak negara di dunia telah memberi perhatian serius mengenai kesan buruk penggunaan pukat tunda. Justeru kami berharap kerajaan Malaysia akan memberi perhatian yang sama dan mengharamkan segera penggunaan alat tangkapan tersebut.

Di Pulau Pinang misalnya ada nelayan pantai yang terpaksa bergadai barang kemas kerana sumber pendapatan harian teruk terjejas akibat pencerobohan bot pukat tunda yang kerap berlaku dan gagal dibanteras dengan berkesan oleh pihak berkuasa.

Oleh yang demikian kami berharap pukat tunda diharamkan penggunaannya dengan segera demi masa depan kehidupan nelayan pantai dan sumber perikanan di negara ini”.

Ilias Bin Shafie, Pengerusi, Persatuan Kebajikan Nelayan-Nelayan Pantai Pulau Pinang (PIFWA).

————————————————————

“Kami sudah tidak tertahan lagi menghadapi ancaman oleh bot-bot pukat tunda yang kerap menceroboh kawasan tangkapan kami. Selain mata pencarian kami terjejas teruk, ramai di antara kami yang mengalami kerugian akibat kerosakan jaring kerana dilanggar oleh bot pukat tunda.

Nelayan-nelayan bot pukat tunda langsung tidak mematuhi peraturan dan undang-undang kerajaan. Mereka menceroboh kawasan tangkapan kami tidak kira siang atau malam. Kesannya perairan kami tercemar dengan serius dan sumber perikanan semakin pupus serta pendapatan harian terus merosot ke tahap yang amat mendukacitakan kami.

Jika tidak kerana pukat tunda berbagai jenis ikan dapat kami tangkap dan pendapatan yang kami perolehi begitu lumayan. Tetapi pukat tunda telah menggelapkan masa depan kehidupan keluarga kami. Jika masalah ini tidak berlaku kami memperolehi lebih RM100.00 sehari tetapi sekarang hendak dapat RM20.00 pun susah dan kadang-kadang pulang dengan tangan kosong”.

Che Ani Bin Mat Zain, Pengerusi, Jawatankuasa Bertindak Nelayan Pantai Kawasan Jerlun, Kedah.

Kenyataan SAM dan CAP

Sahabat Alam Malaysia (SAM) dan Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) bimbang dengan masalah yang berlaku dalam sektor perikanan masa kini. Penggunaan pukat tunda yang mencetuskan ancaman ke atas sumber laut dan pendapatan nelayan pantai sejak sekian lama jika dibiarkan boleh menggugat bekalan makanan untuk rakyat dan ekonomi negara pada masa akan datang.

Justeru SAM dan CAP menggesa Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani mengharamkan penggunaan alat tangkapan tersebut dengan secepat mungkin demi mengekalkan sumber perikanan untuk generasi akan datang, bekalan makanan rakyat yang mencukupi serta kesejahteraan hidup masyarakat nelayan pantai yang bertali arus terancam kehidupan mereka.

SAM dan CAP percaya jika perkara ini tidak diberi perhatian serius, perairan negara akan ketandusan sumber perikanan dengan lebih cepat dan kami menjangkakan 20 tahun lagi hidupan laut akan mengalami kepupusan.

Kesimpulan

Demi mengekalkan sumber perikanan supaya tidak mengalami kepupusan peralatan tangkapan moden perlu dikaji sebelum penggunaannya diperkenalkan kepada nelayan-nelayan di negara ini. Selain pukat tunda yang jelas memberi kesan buruk ke atas hidupan laut, peralatan lain seperti pukat rawa sorong, pukat kisa, pukat buaya, pukat apollo dan pukat siput juga perlu dihapuskan dan dilarang penggunaannya di bawah Akta Perikanan.

S.M. MOHAMED IDRIS
Presiden
Sahabat Alam Malaysia &
Persatuan Pengguna Pulau Pinang