Penang Forum bimbang apabila Kerajaan Negeri Pulau Pinang mendakwa bahawa 97% iaitu hampir kepada 16,000 responden menunjukkan sokongan bagi cadangan sistem transit aliran ringan (LRT) melalui maklum balas kepada soal selidik yang diadakan di beberapa tempat sekitar negeri ini.
Kepada mereka yang melihat soalan kaji selidik itu menyedarinya bahawa ia mengandungi tiga soalan yang mendorong kepada mereka untuk menjawab bahawa mereka menyokong projek berdasarkan “fakta” sebelah pihak yang disediakan oleh pegawai di pelbagai tempat itu.
Pada hakikatnya, kebanyakan reponden dan orang ramai tidak ditunjukkan pro dan kontra LRT tanpa berat sebelah – mahupun mereka didedahkan dengan alternatif yang lebih baik, murah dan cepat.
Malah, mereka didedahkan dengan “Fakta” yang berat sebelah oleh pegawai di pelbagai tempat pameran.
Berikut adalah tiga soalan dalam kaji selidik itu:
Soalan 1: Adakah anda menyokong PTMP sebagai cara untuk mengurangkan kesesakan di Pulau Pinang?
Sudah tentu, semua orang akan menyokong pelan induk pengangkutan Pulau Pinang jika mereka diberitahu ia akan mengurangkan kesesakan tetapi kebanyakan orang tidak tahu pelan induk pengangkutan Pulau Pinang yang manakah yang dirujuk oleh soalan ini atau apakah ia perlu?
Adakah “PTMP” merujuk kepada pelan Halcrow yang lebih murah, yang meletakkan sistem pengangkutan awam bersepadu yang terdiri daripada 534 bas, feri, tram moden dan rel komuter yang sebahagian besarnya ditinggikan atau dipisahkan daripada lalu lintas kecuali dalam kawasan tapak warisan? Semuanya dengan kos RM10 bilion.
Atau cadangan SRS dengan kos RM50 bilion, dengan pilihan yang lebih mahal yang memerlukan tebus guna tanah yang besar untuk membiayainya, dengan membahayakan sumber perikanan kita serta meletakkan kedudukan kewangan negeri dalam bahaya?
Dan bagaimana dengan tanah besar Pulau Pinang? Adakah ia dilupakan untuk lima hingga 10 tahun akan datang?
Soalan 2: Keutamaan pengangkutan awam untuk dibina di bawah PTMP ialah LRT Bayan Lepas. Adakah anda akan menggunakannya sebaik sahaja ia selesai?
Soalan ini tidak memberitahu responden di mana transit aliran ringan akan pergi dari Bayan Lepas. Jadi bagaimana responden akan tahu jika mereka akan menggunakannya jika mereka tidak tahu ke mana ia akan pergi? Jika penduduk dari Tanjung Tokong mengisi soal selidik itu, adakah mereka mengetahui bahawa “LRT Bayan Lepas” sebenarnya pergi ke komtar dan tidak ke Tanjung Tokong?
Soalan juga gagal untuk menjelaskan pelan SRS bagi Pan Island Link bernilai RM9 bilion dari Utara ke Selatan pulau. Tidakkah ramai respoden lebih suka untuk memandu sepanjang lebuh raya baharu yang mahal ini (untuk beberapa tahun sebelum ia sesak) sebagai ganti mengambil laluan LRT Komtar ke Bayan Lepas?
Soalan itu juga gagal untuk menjelaskan kos LRT yang semakin meningkat kepada “lebih daripada RM10 bilion” sehingga kini. Kini, RM10 bilion cukup untuk melaksanakan pengangkutan awam yang baik di seluruh negeri termasuk tanah besar Pulau Pinang (di bawah pelan Halcrow) tetapi responden tidak menyedari akan alternatif ini.
Tidak dijelaskan juga dalam soalan ini mengenai ramalan angka penumpang LRT (42 juta setahun di pulau dengan 800,000 penduduk) di bawah pelan SRS yang mendapat kritikan.
Tempat pameran awam itu juga tidak menunjukkan sebarang ramalan kewangan kepada orang awam. Malah, hanya butiran teknikal pembinaan yang ditunjukkan.
Adakah reponden menyedari implikasi kewangan jika angka penumpang LRT ini tidak dipenuhi? Di manakah kerajaan negeri Pulau Pinangakan mencari wang jika jualan tiket tidak dipenuhi untuk kos operasi dan penyeleggaraan dianggarkan kira-kira RM170 juta setahun? Adakah kadar cukai taksiran akan juga dinaikkan lagi? Orang ramai tidak mengetahui mengenai perkara ini.
Orang ramai juga tidak ernah ditunjukkan apakah data yang digunakan untuk membuat rumusan bahawa LRT dan jajarannya adalah pilihan yang betul bagi Pulau Pinang.
Tanpa semua maklumat ini, adalah mustahil bagi responden memberikan jawapan yang bermaklumat. Soalan ini pada dasarnya memangsakan ketidaktahuan orang ramai terhadap semua butiran penting ini.
Soalan 3: Adakah anda menyokong/bersetuju bahawa penduduk Pulau Pinang perlu melihat kepada pengangkutan awam sebagai satu cara yang lebih murah dan hijau untuk bergerak?
Soalan ini jelas memperdaya penduduk Pulau Pinang dengan mengaitkan PTMP sebagai “cara untuk bergerak yang lebih hijau dan murah”.
Tetapi pada realitinya terdapat pilihan lain yang lebih murah dan cekap yang boleh dibina lebih cepat pada kos yang lebih sedikit. Soalan itu juga tidak menjelaskan alternatif lain yang lebih murah seperti sistem bas yang lebih cekap, tram moden dan automous rail rapid transit (ART) yang tersedia.
Soal selidik LRT ini mengingatkan semuanya dari atas ke bawah yang sebahagian besarnya “sesi rundingan” sehala dengan nelayan dan “taklimat awam” berhubung “PTMP”. Pada sesi itu, orang ramai tidak disediakan dengan alternatif sebenar terhadap cadangan pengangkutan SRS dengan kos RM50 bilion, yang memerlukan tebus guna tanah secara besar-besaran yang akan memusnahkan ekologi bagi membiayainya.
Adakah kerajaan akan menyatakan bahawa kajian LRT menunjukkan bahawa 97% penduduk menyokong skim tebus guna tanah bagi tiga pulau itu maka ia sepatutnya membayar bagi LRT?
Soalan alternatif kita kepada penduduk Pulau Pinang ialah:
1. Adakah anda menyokong PTMP Halcrow yang memberikan penduduk Pulau Pinang sistem pengangkutan awam bersepadu dengan kos RM10 bilion atau satu laluan LRT dengan kos RM10 bilion?
2. Adakah anda akan menggunakan LRT ke lapangan terbang jika anda boleh memandu ke sana dalam masa 15 minit menggunakan PIL 1?
3. Adakah anda menyokong ART atau BRT yang:
> lebih murah untuk dibina (1/10 daripada kosnya)
> lebih cepat untuk dibina (1/10 daripada masanya)
> tidak akan menyebabkan gangguan utama ketika pembinaan
Kenyataan Akhbar Penang Forum, 25 Oktober 2019