Acara Istimewa

MENGGALAKKAN TINDAKAN PENGGUNA BAGI PERALIHAN TENAGA YANG ADIL DI MALAYSIA
Inisiatif Penjimatan Tenaga di SekolahTerpilih di Pulau Pinang
– Laporan Projek CAP
Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) dengan bangganya ingin berkongsi laporan projek “Menggalakkan Tindakan Pengguna Bagi Peralihan Tenaga Yang Adil Di Malaysia” di sekolah. Projek ini secara amnya bertujuan untuk meningkatkan kesedaran dalam kalangan pengguna dan komuniti sekolah tentang kepentingan penjimatan tenaga dan kecekapan tenaga dalam menangani perubahan iklim, serta mengambil tindakan untuk mengurangkan penggunaan tenaga.

BERSEMADILAH DENGAN TENANG, SAHABAT
Kami Akan Sentiasa Mengingatimu
Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) telah kehilangan seorang rakan seperjuangan, Ng Got Keng, yang meninggal dunia pada 12 Februari 2023.
Keng, seperti panggilan mesranya, menyertai CAP pada 1 Julai 1988 sebagai Artis Grafik dan berkhidmat selama 32 tahun sehingga 31 Disember 2020. Beliau terus menyokong usaha kami walaupun selepas meninggalkan pertubuhan ini.
Keng merupakan salah seorang daripada ramai wira yang tidak didendang di CAP yang bekerja secara senyap di belakang tabir, mengendalikan proses penting seharian yang membolehkan kami berkongsi visi kami dan menyebarkan mesej pengguna yang penting kepada orang ramai. Pernah bekerja di firma pengiklanan sebelum ini, dia membawa pengalaman yang diperolehnya terhadap kerjanya di CAP iaitu menyediakan grafik, reka letak dan lukisan untuk buku, akhbar dan penerbitan bercetak kami yang lain.

Pesta dan Persidangan Benih Anjuran Persatuan Pengguna Pulau Pinang
Ucapan alu-aluan oleh En. Mohideen Abdul Kader,
Presiden, Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP).
22 November 2022
Pesta dan Persidangan Benih
Anjuran Persatuan Pengguna Pulau Pinang
22hb – 24hb November 2022 di RECSAM, Pulau Pinang
Para peserta yang dihormati, tuan-tuan dan puan-puan!
Dengan sukacitanya, saya mengalu-alukan anda semua ke Pesta dan Persidangan Benih Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP). Saya ingin merakamkan penghargaan kepada semua penceramah dan penyumbang sumber, serta semua peserta dan kakitangan CAP yang telah menyumbangkan masa dan tenaga mereka dalam memastikan kejayaan pesta ini. Pesta benih ini yang dianjurkan oleh CAP disokong oleh Agroecology Fund.

Ucapan oleh Presiden Persatuan Pengguna Pulau Pinang, Encik Mohideen Abdul Kader pada 21 September 2022 Sempena Green Action Week 2022
Terlebih dahulu, saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada Pengetua, guru-guru dan pelajar SMK Convent Butterworth kerana sanggup untuk memikul tugas yang besar ini bagi menganjurkan aktiviti Green Action Week Persatuan Pengguna Pulau Pinang 2022 di sekolah ini. Kami juga ingin mengucapkan berbanyak terima kasih kepada pihak Jabatan Pendidikan Negeri Pulau Pinang (JPNPP) kerana turut menyokong aktiviti yang diadakan ini, serta Majlis Bandaraya Seberang Perai (MBSP) yang berada di barisan hadapan dalam menggalakkan sekolah-sekolah di bandaraya ini menuju ke arah amalan hijau.

DIA MEMILIKI HATI EMAS
20hb Ogos 2022
Uma Ramaswamy Iyer, 65, adalah pejuang hak pengguna yang berdedikasi dan bersemangat yang berkhidmat dengan Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) selama hampir 35 tahun. Beliau merupakan setiausaha peribadi kepada Allahyarham Presiden CAP, S M Mohd Idris selama hampir 32 tahun. Selepas kematiannya, dia terus memegang jawatan ini di bawah Presiden baharu, Encik Mohideen Abdul Kader, sehinggalah kematiannya baru-baru ini.
Uma terlibat dalam bidang penting di dalam kerja pentadbiran CAP, dan bertanggungjawab ke atas siaran akhbar kami untuk satu tempoh masa yang agak lama. Sehingga kematiannya, beliau merupakan Ketua Bahagian Aduan yang menasihati dan memperjuangkan keadilan untuk pengguna dalam pelbagai perkara.

Achuran A/L Koran atau lebih mesra dipanggil Mano, amat disenangi dan disayangi oleh rakan setugasnya di CAP kerana lembut tutur kata dan sentiasa suka menolong
24hb Feb 2022
Perjalanannya di CAP bermula pada tahun 70-an ketika Subarrow memperkenalkan pertubuhan itu kepadanya. Mendiang Encik Rajean, Ketua Bahagian Luar Bandar ketika itu mengalu-alukan Mano dengan sepenuh hati dan amat menghargai bantuannya ketika menjalankan kegiatan CAP di peringkat awal dulu.
Mano ketika itu bekerja di kilang pembungkusan dan apabila ada masa terluang, beliau segera berbasikal ke CAP untuk membantu. Selepas mendapat pekerjaan yang lebih stabil di Suruhanjaya Pelabuhan Pulau Pinang, hubungannya dengan CAP bertambah kukuh dan beliau secara aktif membabitkan diri dalam segala kegiatan yang dianjurkan oleh CAP dan SAM pada hujung minggu.

TA'ZIAH ATAS KEMBALI KERAHMATULLAH TAN SRI DATO' SERI DR.HARUSSANI ZAKARIA
30 hb Mei 2021
Assalamualaikum warahmtullahi wabarakatuh
إِنَّا لِلَّهِ وَإِنَّا إِلَيْهِ رَاجِعُونَ
Bagi pihak seluruh warga Persatuan Pengguna Pulau Pinang merakamkan ta’ziah kepada semua ahli keluarga Allahyarham dan kakitangan pejabat Jabatan Mufti Perak diatas kembali kerahmatullah Tan Sri Dato’ Seri Dr Harussani Zakaria.
Pemergian Allahyarham adalah kehilangan besar buat masyarakat Islam dinegara ini.
Allahyarham adalah tokoh ulama yang telah memberi khidmat yang cemerlang untuk memajukan pelbagai urusan Islam di tanah air.

Aktivis ternama, Martin Khor Kok Peng meninggal dunia
Malaysia telah kehilangan salah seorang aktivis dan intelektual terbaiknya yang telah bekerja tanpa mengenal penat lelah bagi penduduk yang tertindas dan kurang bernasib baik di peringkat kebangsaan dan antarabangsa.
Martin Khor merupakan Setiausaha Kehormat Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP), Penasihat Third World Network, Ahli Majlis Sahabat Alam Malaysia dan bekas Pengarah Eksekutif South Centre (satu pertubuhan yang berpusat di Geneva yang mewakili kepentingan 53 negara membangun).


CAP meraikan 50 tahun
CAP dirasmikan pada 7 November 1969 di Dewan Bandaran di Pulau Pinang dan Allahyarham S. M. Mohd Idris dipilih sebagai Presiden dan hari ini dengan rahmat Tuhan, ia telah mencapai tonggak ke-50.

Pejuang Hak Pengguna
Oleh MARTIN KHOR*
S. M. Mohamed Idris adalah satu anugerah. Beliau adalah kekuatan alam. Pemergiannya pada 17 Mei lalu membawa kepada berlalunya satu era. Saya meragui akan begitu bertuah untuk mendapat seorang lagi yang sepertinya.
Beliau mempunyai minda yang luar biasa, dengan tidak pernah puas terhadap maklumat berhubung semua jenis isu, daripada yang kecil hinggalah kepada yang besar. Beliau boleh memproses dan mensintesis semua maklumat dan melihat hubungan antaranya. Kemudian menterjemahkannya kepada tujuan untuk tindakan konkrit dan dasar.

Surat kepada Rakan-rakan Kami
Presiden, S.M. Mohamed Idris
Kepada rakan-rakan semua,
Dengan dukacitanya kami memaklumkan bahawa Presiden, S. M. Mohamed Idris telah meninggal dunia pada 17 Mei 2019.
S. M. Mohamed Idris hidup penuh aktif dan bermakna sehingga akhir hayatnya pada usia 93 tahun. Beliau menjadi Presiden Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) apabila ia ditubuhkan pada 1969. Sebelum itu, beliau merupakan ahli Majlis Perbandaran Pulau Pinang dan sudah pun menjadi pemimpin komuniti yang terkenal. Beliau turut terlibat dalam pergerakan Kemerdekaan.

CAP menerima Anugerah Merit Ibnu Khaldun dari Universiti Islam Antarabangsa Malaysia
Pada 10 November 2018, Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) dianugerahkan Anugerah Ibnu Khaldun untuk Transformasi Sosial Global oleh Menteri Pendidikan, YAB Dr. Maszlee Malik, yang juga Presiden Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) .

Satu ‘Multiversity’ bernama CAP
Pada 1969 universiti Malaysia kedua ditubuhkan di utara yang dikenali sebagai Universiti Pulau Pinang. Ia kemudiannya dinamakan Universiti Sains Malaysia. Di bawah kepimpinan naib canselor Tan Sri Hamzah Sendut yang dinamik, UPP terkenal di seluruh dunia dengan banyak kejayaan pertamanya. Saya antara pelajar perintis.

Ucapan oleh S.M. Mohamed Idris, Presiden Persatuan Pengguna-Pengguna Pulau Pinang Sempena Penganugerahan Anugerah Tun Abdul Razak oleh Yayasan Tun Abdul Razak pada 22 Jun 2014, Kuala Lumpur
Assalamualaikum Wr Wb Bismillahi Rahman in Rahim Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada Yayasan Tun Razak kerana memberikan peluang kepada saya untuk menyampaikan penghargaan dan kekaguman terhadap sumbangan yang dibuat oleh Allahyarham Tun Abdul Razak. Beliau telah meletakkan asas yang kukuh untuk mewujudkan Malaysia yang bersatu dan progresif yang berakar umbi daripada tradisi dan sejarah yang lepas.

Pelancaran buku CAP "Bergerak Menuju Sisa Sifar: Tindakan Masyarakat di Pulau Pinang"
Ucapan Presiden Persatuan Pengguna Pulau Pinang, Encik S.M. Mohamed Idris semasa melancarkan buku CAP "Bergerak Menuju Sisa Sifar: Tindakan Masyarakat di Pulau Pinang"
Pertama-tama Persatuan Pengguna Pulau Pinang ingin mengucapkan terima kasih kepada Presiden Majlis Perbandaran Seberang Perai (MPSP), Dato 'Sr Haji Rozali bin Haji Mohamud, atas kerjasama yang diberikan untuk bersama-sama melancarkan buku CAP yang bertajuk "Bergerak Menuju Sisa Sifar: Tindakan Masyarakat di Pulau Pinang ”.