Amat Jelas Akta Bahan Letupan Dipersendakan

Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) telah mengingatkan pelbagai pihak berkuasa mengenai pencabulan Akta Bahan Letupan sejak lebih dua dekad tetapi gesaan ini tidak dipedulikan. Memandangkan hujung minggu lepas kita menjadi bahan ketawa apabila mercun dan bunga api yang diharamkan dinyalakan dengan bebas tanpa sedikit pun rasa takut kerana melanggar undang-undang.

Pihak berkuasa berkenaan membiarkan isu ini tanpa usaha politik untuk menguatkuasakan  Akta tetapi membuat tindak balas spontan apabila insiden berlaku. Jika pihak berkuasa sanggup untuk menggunakan sepenuhnya undang-undang untuk menghapuskan ancaman ini maka ia tidak akan mengekalkan perniagaan menjual mercun/bunga api.

Adalah tidak menguntungkan untuk berniaga jika pengimport, pemilik gudang, peruncit dan mereka yang ditangkap kerana memiliki bahan letupan menerima hukuman maksimum. Pada hakikatnya, undang-undang perlu dipinda supaya harta mereka yang terlibat dalam perniagaan ini juga turut dirampas.

Jelas mercun/bunga api tidak hanya dijual di belakang kaunter atau di lorong-lorong belakang apabila enam gerai secara terbuka menjualnya di sepanjang Jalan Mergastua dijilat api pada 17 Februari 2018. Ia mengakibatkan kemusnahan sebuah kereta Toyota Vios dan motosikal dan sebahagian daripada kereta Honda City.

26 orang cedera apabila mercun meletup ketika sambutan Thaipusam di Sungai Petani pada 2 Februari 2018. Empat orang didakwa tetapi Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) juga ingin mengetahui dari manakah mereka mendapat sumber mercun mereka itu. Kenapa siasatan berakhir dengan empat orang ini? Pembekal juga bersalah kerana mengimport tanpa lesen, menyimpan dan menjual bahan letupan ini.

Ini baru permulaan tahun yang ‘baik’ 2018.

Kami menggesa agar jika sekiranya pihak berkuasa tidak mampu dalam menguatkuasakan undang-undang, maka mereka mungkin menarik balik pengharaman ke atas mercun/bunga api sepenuhnya. Ia mungkin tidak dilihat seburuk sebagai mempunyai undang-undang dan peraturan yang tidak dikuatkuasakan dan mempersendakan undang-undang di negara ini.

 

Kenyataan Akhbar, 20 Februari 2018