Apa Yang Berlaku Dengan Parkir Pintar Pulau Pinang?

Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP), Majlis Perbandaran Seberang Perai (MPSP), dan syarikat HeiTech Padu Bhd (HeiTech) bertanggungjawab kepada pembayar cukai di sebabkan oleh masalah yang dihadapi berhubung pemasangan sensor bernilai berjuta ringgit di 647 lot parkir Majlis di Pulau Pinang. Ia bukannya ‘kesilapan’ memandangkan daripada 647 sensor itu, hanya 30 (4.6%) sahaja yang dipasang.

Syarikat itu telah gagal untuk melaksanakan apa yang telah dipersetujui dalam syarat pemasangan sensor dan ketersediaan aplikasi daripada Google store. Aplikasi itu hanya boleh diperolahi daripada Apple iOS. Kegagalan itu jelas menjejaskan usaha kerajaan negeri dalam memperkenalkan ‘Parkir Pintar Pulau Pinang’ (PSP).

Orang ramai berminat untuk mengetahui mengenai pelancaran PSP ini:

· Bagaimana ia boleh berlaku dan apakah yang menghalang pemasangan baki 617 sensor lagi?

· Kenapa hanya 30 sensor sahaja yang dipasang?

· Kenapa aplikasi tidak dapat diperolehi dalam Google store sebelum pelancaran?

· Adakah pihak berkuasa tempatan memantau kemajuan projek sebelum PSP dilancarkan?

Adakah kemajuan projek termasuk ketersediaan aplikasi kepada orang awam, dipantau oleh pihak berkuasa berkaitan, maka ia tidak sepatutnya mengakibatkan keadaan yang memalukan apabila ia dilancarkan. Pelancarannya sepatutnya ditangguhkan sehingga semua masalah diselesaikan.

Dengan pelancaran itu, sistem yang sepatutnya bermula dengan 647 lot parkir tetapi kini hanya terdapat 30 lot sahaja. Adakah Majlis Bandaraya Pulau Pinang mengambil kutipan parkir daripada hanya 30 lot parkir atau HeiTech perlu membayar pampasan kepada pihak Majlis untuk kekurangan itu sehingga sistem beroperasi sepenuhnya?

Pemilik kenderaan masih tidak menyedari bagaimana sistem ini berfungsi dan bagaimana ia akan menjejaskan generasi tua yang tidak mengerti dengan telefon pintar atau tidak mempunyai telefon pintar. Pemilik kenderaan juga perlu mengetahui apakah yang akan mereka lakukan dengan baki kupon parkir semasa selepas pelaksanaan PSP atau mereka akan dikenakan denda jika kehabisan kupon di tempat di mana PSP belum dilaksanakan sepenuhnya?

Kami menggesa kerajaan negeri supaya mendedahkan kepada orang ramai hasil maklum balas oleh HeiTech memandangkan ia melibatkan semua pembayar cukai dan isu berhubung kupon parkir semasa. Memandangkan PSP sudah pun dalam proses percubaan, pemilik kenderaan juga berminat untuk mengetahui apakah jenis e-wallet yang mereka boleh gunakan.

 

Kenyataan Akhbar, 23 Ogos 2019